Thursday, October 13, 2011

Keperluan atau Kehendak??

AKU DILEMA!!

Ingat lagi masa tahun 2 kat UPM dulu....masa ada kem AJK kolej kat Tiara Beach resort PD tajaan UPM. Ada satu sesi tu....MTK (Majlis Tertinggi Kolej) KOSASS (Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah) minta pendapat pasal nak menaiktarafkan atau masalah yang ada dekat KOSASS.

Masa tu budak lelaki sibuk nak minta apa ke bendanya entah...LY pun tak ingat...yang pasti LY punya cadangan masa tu kan... LY cakap dengan selamba tenuk nya "Kita kena bezakan antara keperluan dan nafsu"...masa tu penghuni lelaki dekat KOSASS tak puas hati pasal apa LY tak ingat. Yang pasti pada pendapat LY masa tu, benda tu tak perlu pun sedangkan diorang sendiri boleh menggunakan apa yang sedia ada dengan baik dan cermat. LY pesan memang manusia ni sifatnya tak pernah puas....sebab tu nak mintak yang lebih2.

TAPI SEKARANG ni....LY ada masalah pasal nak beli kereta.
Keperluan ke atau kehendak hati sekarang ni?????????

Dilema oh dilema....kenapa mesti menghantui diri ini.
Tak boleh ke menghantui diri orang lain.
Cuba lah kau hantu kat orang yang dah lama kerja ke.....kenapa mesti nak hantu-hantukan aku. Takut tahu tak???

Zaman belajar dulu, tak pernah pun terniat nak ada kereta sendiri bawak pergi kelas. Almaklumlah sedar diri. Dan masa tu, kereta memang bukan keperluan. Makanya tak pernah meminta dihadiahkan sebiji kereta. Walaupun masa tu layak je nak minta....sebabnya abang dengan Sabri pernah dapat motor sebijik untuk kemudahan belajar. Boleh je minta dengan menggunakan kaedah ugutan dan psiko. Haha....tapi LY relax je nak ke hulu ke hilir naik bas. Syok pe.....cuci mata tengok budak kolej lain.

Sekarang ni....dah kerja. Mula-mula tak pikir pun nak beli kereta dalam masa terdekat ni. Almaklumlah nak kukuhkan institusi kewangan sendiri. LY ni nama je belajar matematik tinggi. Tapi ilmu ekonomi 5% pun tak ada. Kalau orang kelentong pasal ekonomi memang LY percayalah agaknya.



Dilema...pergilah kacau orang lain...jangan kacau aku.
Aku benci tau...

Boleh tak nak tampal dekat meja dalam bilik guru atau buat tag nama yang liminate tu tulis "SAYA TAK ADA KERETA....JANGAN SURUH SAYA PERGI KURSUS....JANGAN SURUH SAYA BAWAK BUDAK PERGI PERTANDINGAN....JANGAN SURUH SAYA JADI PENGAWAS DEKAT SEKOLAH YANG JAUH-JAUH....JANGAN SURUH SAYA PERGI MEETING LUAR DARI SEKOLAH....SAYA OKAY JADI CIKGU DUDUK KAT SEKOLAH SAMPAI HABIS WAKTU PNP"

Boleh kan....boleh kan.....lepas tu letak tanda peringatn dekat meja kerani...meja pengetua...meja GPK dan Ketua Bidang.

Kenapalah keadaan suka mendesak kita buat keputusan yang kita belum nak putuskan lagi.
Baru bercita-cita nak beli rumah dulu!!!! Ermmmmmmmmmm...............


Bila tengok kawan-kawan ada kereta...memanglah rasa cam seronok dah boleh merayau bila-bila nak.....tapi yang jadi masalahnya...LY bukan kaki merayau pun. Cukuplah setakat nak pergi Giant atau TF nak beli lauk-lauk untuk dimasak.

Haish...payah tau tak nak buat keputusan antara hidup dan mati ni.

~batubersurat: bahagiakan ibu bapa tu kan lagi baik.....hold dulu niat nak sambung belajar....ada rezeki, fight untuk scholarship....~

1 comment:

Enh Ear said...

mmm..penadapt aku lah... kereta tu keperluan kot.. kalo da motor pun dah cukup sbnrnya..
satu ag.. janji ada aset.... ;)