Salam takzim....
Ni sambungan untuk entri yang lepas....siapa yang tak baca, boleh rujuk di sini.
Tetiba kak Sya jerit...kak Sya suruh pegang perut dia....rasa heartbeat baby.
Memang laju heart beat baby masa tu...
Lepas tu sambung borak lagi....dan mata pun dah layu nak melayang ke alam mimpi.
"Yaannn...."
Tetiba kak Sya jerit lagi....
Kak Sya kata "akak kencing ke ni Yan??"
"Haaahhh...." LY tak faham....
LY pun cepat2 bangun pergi tekan suis lampu...
Bila dah terang....rupa2nya katil basah....seluar basah....banyak.
Kami yang tak tahu apa2....ingatkan air kencing....jernih je kan..bau pun tak ada..
Lepas tu kak Sya pergi toilet....bila dia buang air...ada darah sikit.
Kami terus kompom kan....yang air tu adalah air ketuban....
Macam2 persoalan yang timbul. Cepatnya air ketuban pecah...due date nak bersalin 17 Mei...ada sebulan lebih lagi..
Kami telefon kak Zie....jiran yang tinggal dekat rumah atas...Dia pon meng-confirm-kan yang tu air ketuban....dia suggest kalau keluar lagi, dia suruh kami pergi hospital. Kami yang tak ada apa2 experience ni....kalutlah...biar betul nak beranak....biar betul baby dah nak keluar ke bumi.
Kekalutan demi kekalutan kami terima.....barang baby dan semua keperluan untuk ibu, kak Sya tak ada. Sebab dia dah bajet nak lahirkan baby dekat Kuantan...barang2 baby yang dia dah beli semua dekat Kuantan. Tak ada satu pun kat PD.
Kami telefon pula Dilah...jiran rumah atas...kawan cikgu jugak...yang ada baby kecil...minta dengan dia barang2 asas baby yang ada nak buat bawa pergi hospital. Dia pun terkejut dan turun datang rumah kak Sya...selepas berbincang itu ini....kemas barang itu ini....
Lebih kurang jam 12 tengah malam kami pergi ke Hospital PD...7 minit drive cenggitu... Kak Sya naik kereta dengan Dilah dan husband. LY bawa kereta sendiri. Lepas check semua....Dilah dan Mizi balik dulu. LY stay sampai urusan kak Sya selesai. Lepas kak Sya dapat katil dan nurse pasang apa alat untuk check heartbeat baby LY kena keluar...mak Guard tak bagi stay....LY duduk luar...mesej2 dengan kak Sya....dia dah takut dan cuak semua kena stay sorang2...orang lain tak boleh teman.
Jam 3:30 pagi LY balik rumah...tak ada benda yang LY boleh buat pun. Barang semua dah bagi kat kak Sya....Drive jam 3:30 pagi seorang diri dari hospital PD sehingga ke kuarters. Memang takut...dan seram. Bila sampai dekat traffic light je, LY bagi lampu tinggi biar cepat hijau....tak sanggup nak tunggu lama2.
Pagi tu (Khamis), jam 7 pagi, LY tawakal jumpa pengetua...minta CRK on the spot...nasib baik dapat. Kalau tak dapat, memang LY nak cabut je ambil MC sebab masa datang sekolah, LY tak thumbprint.
Pagi2 LY cari barang yang kak Sya pesan....lepas tu pergi HPD balik...hantar barang. LY balik rumah balik sebab nak kena beli barang baby yang tak lengkap. Sebab takut baby keluar sebelum sempat barang2 dari Kuantan sampai.
Tengah hari tu, kak Sya kena pindah pergi Hospital Tunku Jaafar Seremban. Kak Sya naik ambulans...LY naik kereta sendiri. Dah lah tak tahu jalan...tetiba kena pergi hantar barang2 kak Sya pergi sana. Masuk HTJS sebab air perut kak Sya dah tinggal sikit. Doktor takut nanti baby lemas. Dan HPD tak ada doktor pakar.
HTJS memang super kritikal bagi orang yang tak pernah pergi. LY pusing dekat 5 kali untuk cari parking....dah lah susah cari parking....parking pulak sempit. Memang dahsyat...
Dalam kepenatan lepas cari parking....LY naik ke wad bersalin. HTJS ni besar...malas nak buang masa...LY tanya mak guard terus...sampai depan kaunter...terus tanya, pesakit dari PD..
Nurse kata, kak Sya tengah di-check doktor. Semua sorang diri....tak ada peneman. Penat tenggalam dalam rasa Cuak dan takut.
Lebih kurang jam 3:30 petang, kak Sya keluar dekat kaunter....masa nilah jumpa dengan kakak kepada kak Sya. Lepas tu kak Sya bagi barang2 peribadi dekat kami. Kakak dia uruskan pendaftaran dekat kaunter untuk dapatkan katil. Nasib badan, wad 1 dah penuh, dan wad kelas 2 pula tinggal 2 je tempat kosong!!!!!
Ya Allah...beratnya dugaan. Lepas tinggalkan barang. LY solat dan rehat dekat surau. Lepas tu naik balik. Masih belum ada khabar. Masa ni adalah ipar2 belah abang Zul datang. Tu pun kebetulan ada dekat KL, tu yang datang.
Dah petang sangat, kak Sya pun tak keluar lagi dalam labour room tu, LY pun decided balik rumahlah. Lagipun family dia dah ada.
Maghrib tu, lepas solat, LY telefon kakak dia tanya khabar kak Sya....
Alhamdulillah, kak Sya dan baby selamat.
.
.
.
.
Tenang sikit hati ni. "Esok boleh tengok!!!"
13 April....Jumaat...sekolah cuti sempena tahun baru agama Punjabi. Dengan membawa escort 3 orang...Aryna, Hayani dan Adlena (student kak Sya)...kami melawat kak Sya di HTJS.
Baby kena tahan di NICU. Orang luar tak boleh masuk. Baby lack of minerals.....doctor detect calcium and magnesium kurang dalam badan baby. Makanya, baby kena diberi antibiotik. Lagipun, baby lahir tak cukup bulan. Kemungkinan belum dapat cukup zat dari ibu.
Hujung minggu tu LY balik Lui sebab dah janji dengan mak dan dah terlalu homesick. Kakak2 LY pula nak berpicnic bagai sebab bulan ni kan birthday diorang. Family kak Sya pun ada dekat sini untuk jaga dia sementara waktu ni.
Petang Jumaat, LY balik Lui. Petang Jumaat jugak kak Sya balik PD.
Hari Ahad, LY dan kak Sya pergi HTJS untuk tengok baby. (Kak Sya yang tengok...LY dekat luar wad je)
Selasa kak Sya pergi dengan kak Zana sebab LY ada kursus dekat Ampangan. Khamis kami pergi lagi. Jumaat pun pergi lagi. Baby dah seminggu dekat HTJS. Hari Jumaat tu, kak Sya masuk wad untuk stay sana sebab ada katil kosong dalam wad NICU tu...
Dan hari ni, dah seminggu jugak kak Sya dekat hospital. LY datang hantar barang kalau ada apa2 yang kak Sya perlukan. Rutin sekolah macam biasa.
Dan esok....semoga dipermudahkan urusan kami untuk bawa baby keluar dari hospital.
Tak sabar nak jumpa baby LY.... Bonda yang bujang ni dah tak sabar nak jumpa baby Zara Nur Adelia.
Ni dia anak bonda yang sulung....
Gambar masa hari pertama.
Next update nanti cerita lagi kenapa nak sangat baby panggil LY dengan gelaran BONDA!!!!
No comments:
Post a Comment