Friday, July 27, 2012

Saya dan Ramadhan

Salam Ramadhan hari ke-7.

Selepas episod seluar jean dan gitar...hari ni nak cerita tentang Ramadhan sempena bulan yang mulia ni.

Secara peribadinya....bulan Ramadhan ni memang bulan yang sangat2 LY tunggu.

Bulan yang sememangnya kita perlu muliakan.

Dari kecik membawa ke besar ni, aktiviti Ramadhan LY memang superb....
Bila tak buat memang rasa sedih...menyesal....dan rasa nak undur masa balik.

Kenapa yang LY suka sangat bila bulan Ramadan ni??

Kalau nak cakap pasal puasa....hari2 dalam bulan lain pun boleh jugak puasa. Tapi LY nak cerita selain dari yang Fardu dekat sini.

Mula2 nak cerita pasal terawih.

Rumah LY betul2 sejengkal je dari surau.....masa zaman Allahyarham Atok Latif masih hidup, beduk tu betul2 bertentang dengan bilik LY.  Kalau dah ketuk tu, kompom2 lah dengarkan....kalau buat2 tak dengar....lebih baik tak payah ada telinga.

Masa zaman kecik tu jugak....dari belakang bilik LY tu, boleh lompat longkang kecik nak ke seberang belakang toilet surau...ada jalan shortcut....senang gila lah nak pergi surau....dan abah LY memang akan sentiasa potong rumput dekat situ....senang nak lalu....takut2 lah ada ular ke kan kalau rumput panjang macam lalang. Ni lah laluan nak pergi mengaji...kalau bukan bulan puasa tetap jugak pergi surau sebab mengaji Quran.

Semakin meningkat dewasa....Terawih tu memang dah jadi wajib bagi LY...kalau tak buat, rasa macam tak lengkap je hidup...huhu....

Sampai dah masuk matrik pun, tak kan sekali2 tinggalkan terawih tanpa sebab. Dekat KMPP masa 2 minggu awal tu, solat jemaah dekat tengah dataran perhimpunan...berlantaikan tar...berbumbungkan langit...minggu ketiga solat dekat surau kompel...masuk minggu last sebelum balik raya, solat dekat surau KMPP yang sedikit jauh dari blok hostel. Huhu...

Masa tu, roomate pun memang rajin pergi surau untuk jemaah...so adalah geng masa jalan kaki nak pergi surau...

Masuk U pulak, jemaah dekat surau kolej je....bukan tak nak pergi Masjid...tapi kan lebih molek kita imarah kan tempat yang lebih dekat. Huhu...Tapi masa tahun last dekat kolej, adalah beberapa kali tertinggal terawih jemaah sebab ada kelas malam. Kat kolej jugak, bulan2 puasa rajin jemaah dekat surau kolej....ber-teman dengan cikgu Suzie kadang2..


Lagi satu aktiviti sempena bulan mulia ni, aktiviti tadarus Quran....
Dari kecik, memang surau dekat rumah LY akan buat tadarus beramai2....seorang baca, yang lain semak....baca semuka surat sorang...masa zaman kecik2, dengan geng2 semua akan tadarus sampai jam 12 malam atau 1 pagi bila malam minggu dengan tak sekolah. Kami yang kebanyakkannya perempuan akan ditunggu oleh abah masing2...Seronok time ni....sambil2 mengaji, kami memperhabiskan moreh yang tak habis makan masa lepas terawih...kadang2 mak LY siap buat air panas lagi sebab lambat lagi nak habis mengaji...tahap kerajinan kami mengimarahkan malam Ramadan....selalulah dapat khatam quran lebih dari sekali... Masa allahyarhamah Ustazah Zaleha masih hidup, beliau siap sponsor bunga telur putih masa malam khatam Quran....

Sekarang ni zaman dah berbeza....kawan2 semua dah ada komitmen lain. LY sendiri pun tak sempat nak tadarus jemaah ni...harap kan balik kampung je baru boleh join venture.

Tiap kali balik kampung, rasa sayu je hati....banyak kenangan yang terpahat dekat surau semasa LY dan kawan2 membesar. Termasuk juga kenangan mengaji dengan insan2 yang dah mendahului menghadap Ilahi. Terutama sekali, Allahyarham Ustaz Haji Mat Isa dan Allahyarham Tok Salleh...semoga rahmat Allah bersama insan2 ini.

Surau Al-Jama'iah batu 23 Sungai Lui sekarang ni dah banyak perubahan. Semoga menjadi lebih baik isi jemaahnya. Manusia datang dan pergi, entahkan dapat atau tidak bersama lagi untuk Ramadhan akan datang. Semoga Allah memberi rahmat kepada kita semua.

Bagaimana LY mengekalkan motivasi untuk tetap berterawih sehingga hujungnya Ramadhan??? Bila kita fikir tentang pahala dan ganjaran Allah, hati kita selalunya kurang terkesan kan?? Kerana kita fikir, solat di rumah pun boleh juga dapat pahala.

Tapi, LY sentiasa mencabar diri untuk ke surau...Kalau nenek tua boleh jalan bertengkak2 untuk ke surau, kenapa LY yang muda ni tak ambil peluang turut sama meng-imarahkan surau. Kalau nenek2 yang sembahyang duduk boleh tahan nak bersimpuh untuk 11 rakaat terawih dan witir, kenapa tidak LY.

Dan ketika ini, bermukim di Lukut PD ni, ada seorang insan cacat yang kakinya pendek sebelah tetap gagah dan  gigih meng-imarahkan surau kuarters ni. Insan tu kakinya cacat pendek tiada bahagian separuh peha sehingga ke buku lali. Dia mampu untuk berdiri dan solat jemaah dari Isyak sampailah habis witir. Termasuk juga bertugas menghidangkan makanan moreh kepada jemaah. Jika insan cacat tu mampu untuk buat tu semua, kenapa LY yang sempurna kaki sama panjang ni nak skip terawih kan!!! Sangat tidak bersyukur namanya tu...

Sekian dulu sampai sini....entri pun lebih kurang lalok je kalau dibaca...almaklumlah orang puasa sahur dengan air vitagen je...huhu....akibat air Blizz housemate tertumpah masuk periuk nasi pagi tadi.

~batubersurat: Semoga bertemu keampunan dan rahmat Ilahi~

Tuesday, July 24, 2012

Sahur stylo!!

Salam sayang semua....

Ni lah makanan yang LY makan untuk sahur pagi tadi.....

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

stylo kan????

ringkas dan cepat hadam.

Telur ayam kampung ni lagi mahal kalau beli dekat kedai banding dengan harga telur ayam biasa.

Untunglah Abah LY ada bela ayam.....senang sikit nak dapat.

Masa zaman sekolah, ni lah sarapan pagi kalau dah boring makan nasi lemak atau roti canai.
Pagi2 subuh dah menggodek kotak tempat ayam bertelur.


Saturday, July 21, 2012

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan 1433H.
Selamat berpuasa kepada yang menunaikan kewajiban ini.
Selamat berterawih kepada yang mengimarahkan malam2 Ramadhan.
Selamat bertadarus kepada yang mencari ganjaran pahala yang tak terhingga.
Selamat bersedekah kepada mereka yang mencari keredhaan-Nya.

Dan semoga tidak lupa bayar zakat fitrah.
Huhu...tahun lepas LY bayar zakat sendiri sebab abah LY lupa dekat anak dara bujang dia yang duduk jauh dari pandangan mata beliau.

Ayuh kita kumpul pahala banyak2....semoga dipermudahkan.

Mohon maaf andai ada salah dan khilaf serta janji yang tak tertunai dan terabai.

Tuesday, July 17, 2012

Maafkan aku wahai teman, andai pernah lalai dalam persahabatan.

LY ada seorang teman ni....
Sama baya....suatu masa dulu pernah jadi teman rapat.

Masa zaman2 belum kenal duniawi lagi.

Dia....anak ke dua dari 5 beradik...kami kenal sejak lahir kot....huhuhu....
Dia tua 25 hari dari LY.

Nak dijadikan cerita, kami kawan sebab kami ni satu zon dalam kampung Sungai Lui tercinta. Membesar bersama kami ni adalah lagi 5 orang member. Tapi yang seorang ni, memang lain dari yang lain.

Cantik dan anak manja. Tahap manja dia ni, LY perasanlah kan masa kecik tu, apa yang dia buat semua mak dia restu.

Kisah ni sebenarnya LY pernah tulis....tapi malas lah pulak nak cari yang mana 1 link nya.....

Baru2 ni masa cuti hujung minggu lepas, LY balik kampung sebab ada kenduri tahlil. Dalam sibuk2 tu, adalah dengar mak LY bertanya khabar pasal kawan LY ni pada mak saudara kawan LY tu.

Bunyi macam serius....bila LY tanya....memang serius pun..

Kesnya, kawan LY tu accident dah 3 hari lah........kena langgar masa jalan kaki nak pergi ke bus-stop. Masa tu hujan. Teruk jugalah cederanya. Bahu kanan dia retak dan ada pendarahan dalam kepala. Doktor kata, kalau buang boleh jadi hilang ingatan. Kalau tak buang, tak tahulah nak jadi apa. Dulu dah accident sekali masa lari dari bekas suami dia....efek sampai tangan kiri cacat seumur hidup dan  dapat kad OKU. Yang ni tambah sebelah kanan pulak. Wallahualam. Tu kisah starting je....

Yang seriusnya, mak dan ayah kawan LY ni tak nak pergi tengok anak dia merangkap kawan LY yang accident tu dekat hospital. LY dengarlah mak LY ni bercakap2 dengan mak saudara kawan LY tu. Memang dahsyat dan tragis je bila dengar.

LY bukan nak cerita buruk kawan LY ni, cumanya LY sedih dan terkilan bila dengar kawan LY ni jadi mangsa kebencian mak ayah sendiri. Dah macam anak terbuang pula.

Mak LY cakap.....kenapa sampai nak benci dan dendam dengan anak sendiri. Salah anak yang dulu2 tu, puncanya dari siapa kalau bukan salah didikan mak ayah. Anak2 jadi macam tu salah siapa kalau bukan mak ayah yang tak didik???

Ada betul juga apa yang mak LY cakap masa dia berborak dengan mak saudara kawan LY tu. Bukan nak singkap aib orang....tapi cakap orang2 tua ni memang ada betulnya.

Bila LY ingat2 balik memori lama kami bersama. Kawan LY ni memang dimanja2 dan dilebih2kan dari yang lain. Even kakak sulung dia tu mak kawan LY ni buat macam anak tiri je. Padahal umur jarak setahun je. Tahap manja tu memang jelas dan ketara. Sebabnya masa kecik2 dulu, memang jenis main dekat rumah kawan ibarat "rumah aku rumah kau...rumah kau rumah aku". Semua orang pun tahu style mak kawan LY ni manjakan dia macam mana....

Kalau bab2 kerja rumah tu, kakak dia memang jadi mangsa....dan kawan LY ni memang gaya ratu je lah dekat rumah tu. Kawan LY ni cantik....masa dekat sekolah rendah dulu, rasa2nya pernah dapat anugerah pelajar terkemas. Tapi obsesi pada benda yang cantik dan kecantikan tu pernah bawa padah pada dia.

Bila kami masuk sekolah menengah...kami dah tak sama kelas. Jarak perhubungan persahabatan pun mula merenggang. Cuma masihlah bertegur sapa bila berjumpa. Tak pernahlah terjadi apa2 sengketa yang boleh bawa kepada permusuhan.  Persahabatan yang cuma gitu2. Gitu2 yang LY pandang enteng rupa2nya membawa perubahan besar kepada kawan LY ni. Sungguh rasa bersalah bila kawan rapat masa kecil jadi terpesong dari landasan yang diharapkan oleh ibu bapa.

Siapa yang tak tahu, ni nak bagi tahu, kawasan Hulu Langat ni dekat je dengan KL. Masa zaman sekolah menengah ni lah masing2 kenal dunia luar. Zaman naik sekolah menengah lah buat benda yang bukan2....melepak dekat shopping kompleks...tengok wayang...keluar midnight....macam2 lah lagi....dah nama pun kami ni tinggal dekat uptown. Ni perkara yang common budak2 area Langat buat bila dah masuk alam besar....konon2 dah besar sangat nak explore benda yang orang dewasa buat.

Eksperimen diri yang terlalu jauh, rupa2nya memakan diri. Yang LY masih ingat lagi, bila kawan LY terlalu obses untuk cantik(mungkin untuk tarik perhatian), macam2 produk dah pakai dekat muka...lepas tu dapat infection sebab muka yang suci tu kena bahan2 kimia yang tak sepatutnya. (Walhal muka dia dah cukup cantik) Sampai satu tahap, datang sekolah kena tutup muka.....lepas tu dah teruk sangat....malu nak datang sekolah.... bila dah asyik tak datang sekolah, pelajaran pun dah ketinggalan. Interest pada buku pun kuranglah...subjek pula susah2 masa form 5.

Dalam masa yang sama, dia ada buat kerja part time....(LY syak mungkin dia kerja pakai make-up untuk tutup kesan yang macam jerawat pada muka dia) Kalau datang sekolah, tak boleh make-up...malu nak tayang muka yang merah bintik2....bila dah kerja...pegang duit sendiri...boleh beli baju sendiri....stylo kawan LY ni memang tak pernah kalah lah dengan kawan2 lain.

Masa ni, mak kawan LY masih lagi manja2 kan anak dia ni. Semua pun restu je apa yang anak dara dia buat. LY ingat lagi ayat mak dia pada mak LY...biarlah anak nak bebas...buat apa nak kongkong2... nanti dia memberontak..

Itu statement masa lebih 7 tahun dulu...masa belum SPM lagi.

Belum setengah tahun sekolah masa form 5, kawan LY ni dah ambil keputusan drastik tak nak sekolah lagi. Sayang kan....masa ni LY kelas lain.....dia kelas lain....masa tu LY sendiri tak pernah nak tegur dia atau nasihat dia. Sedangkan masa tu LY sendiri cukup matang untuk bimbing dan bagi nasihat pada dia. Mungkin jarak masa 5 tahun kami tak pernah rapat (sekolah menengah) tu yang buatkan LY malas nak ambil berat hal dia. Atau mungkin juga, LY sendiri yang khilaf pentingkan diri sendiri untuk mencapai kejayaan (serius, LY langsung tak pernah buat study group dengan kawan2 sekampung, sedangkan LY ada kelebihan yang kawan sekampung LY tak ada....tapi dengan kawan2 sekelas 5Amanah tu memang LY rajin tunjuk lagak nak ajar macam2)

Tak ada SPM....tak ada apa2 sijil melainkan PMR dan UPSR je yang kawan LY ada....tak kemana pun kawan LY  masa tu. Masa orang lain sedang sibuk fikir nak sambung pelajaran atau mungkin cari kerja....kawan LY ni masih lagi terumbang ambing tanpa hala tuju...even kawan2 yang tak dapat keputusan bagus masa SPM pun masih lagi boleh survive cari kerja hatta hanya kerja kilang. Tapi kawan LY ni tak ada apa2....


Keseronokan yang dia cari, memakan diri....bernikah pada umur 19 tahun....masa tu LY baru tamat program matrikulasi.....setahun tanpa khabar berita dari kawan LY ni.....LY jauh kejar cita2....tapi kawan LY sibuk memburu cinta. Cinta dan kegembiraan yang mendukacitakan keluarga kawan LY. Bila mana ayah dia dapat tahu, yang dia dah bunting....terus dia di nikahkan....

~to be continued.....banyak kerja lain belum siap~

Thursday, July 12, 2012

Review lagu: Teman Pengganti

Sebelum ni selalu review filem dan buku je kan....kali ni nak review pasal lagu pula....lagu baru Malique feat Black...baru dengar dua hari sudah masa balik dari beli cendol.

Puas jugak cari...sebab dengar dah separuh jalan. DJ pula tak ulang sebut tajuk lagu. Tapi selepas bergigih mencari senarai lagu baru dan membaca lirik2....akhirnya dapat jugak tajuk lagu ni. TEMAN PENGGANTI....by Malique featuring Black.

Dulu2 masa zaman sekolah...sebelum tidur malam, selalu review lisan dengan kakak apa makna disebalik lagu.

So, tetiba terfikir nak buat review pasal lagu ni pulak....

Huhuhu...

Ni dari pemahaman LY je okay...tak ada unsur2 interview dengan pemilik lagu sebenar...huhuhu...

Lagu ni macam mengisahkan seorang lelaki yang ada penyakit. Dia ada seorang kekasih hati yang dia sangat2 sayang...dan kekasih dia pun sangat sayangkan dia. Tapi lelaki ni dapat mimpi konon2nya dia nampak kekasihnya berbahagia dengan seorang lelaki lain. Lelaki ni redha dengan ketentuan Ilahi sebabnya dia tahu dia akan pergi meninggalkan dunia ni.

Kononnya lelaki ni dapat vision pasal kekasih dia akan tetap bahagia selepas dia meninggal. Kekasih dia akan dapat pengganti diri dia nanti. Dalam bait lagu ni juga macam sebut, sepanjang diorang bercinta ni, lelaki ni rahsiakan sakit dia. Dia akan ceritakan rahsia tu sebelum dia pergi buat selamanya.

Kalau diteliti juga, pasangan ni macam mempunyai hubungan yang sangat akrab macam pasangan yang kenal dari kecil atau mungkin tinggal sekali dekat rumah anak2 yatim. Lelaki ni menganggap kekasih hati dia ni sangat2 istimewa...tapi dalam masa yang sama, dia tak pernah lupa dengan sang Pencipta yang lebih istimewa. Bait2 akhir lagu ni, seumpama nota terakhir lelaki ni pada kekasih dia....pesanan untuk kekasih dia. (So touching kalau buat movie)

Melodi lagu ni yang agak sayu dengan suara Black memang kena.....overall, walaupun susah nak cari lagu yang puitis zaman millenium ni, tapi kalau lagu Malique ke Altimet ke...ahli Fiqir ke....LY memang suka....banyak vocab diorang yang luar dari normal artis lain.

~batubersurat: ambil pengajaran yang baik2 je.....jangan sampai hanyut~