Thursday, July 12, 2012

Review lagu: Teman Pengganti

Sebelum ni selalu review filem dan buku je kan....kali ni nak review pasal lagu pula....lagu baru Malique feat Black...baru dengar dua hari sudah masa balik dari beli cendol.

Puas jugak cari...sebab dengar dah separuh jalan. DJ pula tak ulang sebut tajuk lagu. Tapi selepas bergigih mencari senarai lagu baru dan membaca lirik2....akhirnya dapat jugak tajuk lagu ni. TEMAN PENGGANTI....by Malique featuring Black.

Dulu2 masa zaman sekolah...sebelum tidur malam, selalu review lisan dengan kakak apa makna disebalik lagu.

So, tetiba terfikir nak buat review pasal lagu ni pulak....

Huhuhu...

Ni dari pemahaman LY je okay...tak ada unsur2 interview dengan pemilik lagu sebenar...huhuhu...

Lagu ni macam mengisahkan seorang lelaki yang ada penyakit. Dia ada seorang kekasih hati yang dia sangat2 sayang...dan kekasih dia pun sangat sayangkan dia. Tapi lelaki ni dapat mimpi konon2nya dia nampak kekasihnya berbahagia dengan seorang lelaki lain. Lelaki ni redha dengan ketentuan Ilahi sebabnya dia tahu dia akan pergi meninggalkan dunia ni.

Kononnya lelaki ni dapat vision pasal kekasih dia akan tetap bahagia selepas dia meninggal. Kekasih dia akan dapat pengganti diri dia nanti. Dalam bait lagu ni juga macam sebut, sepanjang diorang bercinta ni, lelaki ni rahsiakan sakit dia. Dia akan ceritakan rahsia tu sebelum dia pergi buat selamanya.

Kalau diteliti juga, pasangan ni macam mempunyai hubungan yang sangat akrab macam pasangan yang kenal dari kecil atau mungkin tinggal sekali dekat rumah anak2 yatim. Lelaki ni menganggap kekasih hati dia ni sangat2 istimewa...tapi dalam masa yang sama, dia tak pernah lupa dengan sang Pencipta yang lebih istimewa. Bait2 akhir lagu ni, seumpama nota terakhir lelaki ni pada kekasih dia....pesanan untuk kekasih dia. (So touching kalau buat movie)

Melodi lagu ni yang agak sayu dengan suara Black memang kena.....overall, walaupun susah nak cari lagu yang puitis zaman millenium ni, tapi kalau lagu Malique ke Altimet ke...ahli Fiqir ke....LY memang suka....banyak vocab diorang yang luar dari normal artis lain.

~batubersurat: ambil pengajaran yang baik2 je.....jangan sampai hanyut~

11 comments:

HafizM said...

hehe
nice review

lagu ni buat aku tertanya ape maksud tersirat lagu ni
teringin nak taw dari mulut pereka lirik

anyway ko dah tolong clearkan persoalan aku yang kompleks

unite studios said...

maaf ye kalau saye nk btulkn sikit..

bg sy lagu ni mengisahkan sepasang suami istri..dimane si suami ade pnyakit tp die brhsia dgn istri die..
sb die tau pnyakit die akan mmbawa maut dpd bila2 masa..

n about d 1st lirik kalau perasan *die membelai mu dengan izin dan permisi* bermakna istri die da kawen dgn llki lain..:) n lastly kalau dgr..die siapkn tmpt tdur,cincin,kunci kereta n duet dalam laci untuk wife die buat mjlis kawen tu nt..dats my view..tq..huhu

aries freakrie said...

my view n point..boleh jadi lagu ni dr si isteri utk si suami..kenapa?sbb bait ni.."Bilik dah kukemas, katil dah kurapi" jarang laki nak kemas mengemas ni..hehehe..

Anonymous said...

sy rasa mmang betul apa yg korang kata tu...cuma yg last tu je cincin kunci dompat dalam laci tu rasany bermaksud tuk wat majlis tahlil n kos pengebumian bila dia dh mati nti....rsenye lah :)

Anonymous said...

pd pandangan saya, bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi, cincin kunci dopet dalam laci bermaksud dia tinggalkan kekasih dia. sikit wang itu saja baki moga2 ckup utk majlis tu nnt(majlis kenduri arwah utk die). sedih btol lagu ni.susah nak cari lagu rap yg boleh mmbuatkan org sedih.

Anonymous said...

70 000 hijab harus kusingkap

1. Rasulullah pun melalui 70,000 hijab daripada nur hingga sampai ke Mustawa, tempat Kalam menulis, yakni Kalam catatan di Luh Mahfuz.

2. "Allah itu dilindungi oleh 70000 hijab, andaikata satu/semua
hijab itu diangkat, nescaya seluruh makhluk akan terbakar disebabkan panasnya cahaya wajah Allah"
Hadith tersebut diriwayatkan di dalam Sahih Muslim, Sunan Ibn Majah, Musnad Ahmad tetapi tiada lafaz "dilindunggi 70000 hijab".
hadith diatas hendaklah diterjemahkan dengan berhati-hati. Ibn Athir ada menyebut di dalam kitabnya AnNihayah fi gharibil hadith wal athar makna hadith tersebut ialah jika nur/cahaya itu terdedah dan terkena kepada manusia, maka manusia akan lebur seperti leburnya gunung di dalam cerita Nabi Musa berjumpa Allah Ta'ala ( rujuk Surah AlA'raf ayat 145)

ephol said...

kalau dgr kat bait last malique, background ada bunyi mesin hayat... tut tut.. tuttttttttttttt

NiaLidia. said...

"Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti "

rasanya yang ini lebih menjurus kepada persiapan sebelum kematian dia dan kenduri arwah utk kematian dia. rasanyalah. tp apa2pun, lagu ni mmg syokkk.

mya's said...

setuju sangat2,,, susa nak jumpa lirik lagu yang puitis macam ni lagi,,
btw,, lagu ni sangat menyentuh perasaan . . sy pun suka jgk lagu altimet, ahli fiqir etc =)

cik neto said...

ni kan lagu tentang malique.. mmber adik aku cakap ni lagu pasal malique ntok bini dye.. tp dye rasiakan.. xnak sape2 tahu...tp bini dye dh tahu kot yg dye sakit... ntah betol ke idak xthu la... aku pn dpt khabar angin je

Anonymous said...

rahsia Muhammad hampir terbongkar...