Tuesday, August 10, 2010

Ramadan datang lagi.


Hari: Selasa
Tarikh: 10 Ogos 2010 (29 Sya'ban 1431 H)

Malam ni tengok anak bulan.....maka ada kenduri dekat surau...
Dan seandainya penyimpan mohor2 besar diRaja mengisytiharkan esok puasa....maka malam ni mula Terawih yang pertama.....dan maka mulalah aktiviti bertadarus....

Ana (sempena bulan ramadan ni tukar style kata ganti diri) dah mulakan me-request dekat emak ana menu cucur sampah (kuih sayur) dan kuah kacang.....isk3...belum puasa lagi dah minta macam2....

Dan harapan ana untuk puasa kali ni....dapat sembahyang raya pada 1 Syawal nanti...(belum puasa dah fikir hal2 raya)....

Semoga tahun ni, dapatlah ana khatam Quran barang 2 3 kali......
Semoga tahun ni, dapat lah berkumpul dengan rakan2 lama yang masing2 dah bawa haluan sendiri....
Semoga generasi yang muda2 bawah ana nak join aktiviti tadarus yang kakak2 diorang dah lama amalkan ni....

Semoga makcik2 dan pakcik2 membaiki bacaan al-Quran masing2....(ana pun bukan la pandai sangat...tapi nak tegur salah tu okaylah kan...)

dan sempena Ramadan yang mulia ni....Ana mohon dimaafkan segala kekhilafan yang pernah ana lakukan dalam sedar atau pun tidak....ana hanya makhluk Allah yang kerdil dan sering alpa dan sering pula melakukan kesilapan......
~notakaki:AHLAN WA SAHLAN YA RAMDAHAN~

3 comments:

dD said...

slamat bepose cik yan....:))

Nurhasyimah Musa said...

selamat menunaikan ibadah puasa..=)

Cik Ya-Alif-Nun said...

slamt berpose kwn2...