Salam sayang di hari Sabtu.
Harap semuanya sihat2 belaka.
Ly tak sihat sikit....sakit tekak, batuk dan selsema tak elok lagi.
Pagi2 minggu ni selalunya rumah dah riuh rendah dengan suara budak2. Tapi peliklah pulak bila bangun je sunyi sepi. Askar2 tak datang rupanya. Mesti sibuk susun buku sekolah, siapkan kerja sekolah tak pun basuh kasut agaknya sebab cuti pun dah nak habis.
Tadi, jiran LY datang rumah ambil baju sekolah anak dia. Macam biasalah kan...mak LY borak2 dengan kawan dia tu perkara biasa. Lepas tu terbuka pulak cerita pasal kawan LY masa kecil2.
Sadis pula dengar cerita jiran LY tu. Bila ingat balik memori lama, tu antara kawan baik sekampung masa zaman sekolah rendah. Sama2 pergi mengaji al-Quran, sama2 balik sekolah. Sama2 geng sembahyang terawih dekat surau. Dan sama2 satu kelas masa di SKSL.
Masa zaman kecik2 tu, dia ni yang paling cantiklah dalam kampung ni. Dah tu masa mengaji suara dia pun sedap juga. Tapi sayang seribu kali sayang, mengaji selalu tak datang. Dia ni anak kesayangan mak dia berbanding kakak dia.
Masa naik sekolah menengah, masing2 dah lain2 kelas. Masuk je zaman remaja, kawan LY ni memang advance sikit dari LY. Dialah antara kawan2 yang dah pandai keluar jalan2 sampai KL sorang2. Lepas tu berani pulak nak lepak2 KL sampai tak balik rumah. Mungkin sebab anak kesayangan mak, dia diberi kebebasan sebebas-bebasnya.
Kebebasan yang melampau akhirnya memakan diri. Dari seorang budak kampung akhirnya transform menjadi seorang remaja urban yang terlampau. Hilang jati diri, hilang identiti. LY juga seolah2 hilang seorang kawan yang sangat LY sayang.
Masa berlalu, seiring usia remaja yang tidak dimanfaatkan dengan betul, kawan LY ambil keputusan untuk berhenti sekolah sebelum bermulanya exam SPM. Seingat LY, dia sudah mula buat kerja part time dari tingkatan 4 lagi. Kawan LY ni cari duit sebab nak enjoy. Mungkin duit yang mak ayah bagi tak berapa nak cukup untuk beli baju baru, alat make up atau mungkin jugak tak cukup untuk buat rambut.
Hari2 terus berlalu, bila LY tamat study di matrik, kawan LY ni kahwin. Kahwin sebab dah mengandung hampir 6 bulan. Lelaki yang jadi suami dia tu tua sikit je dari kawan LY ni. Kahwin muda, fikiran tak matang, ekonomi pun tak stabil susah nak bina keluarga. Bila macam2 masalah timbul, orang lain pun malas nak layan.
Hidup macam orang nomad. Ke hulu ke hilir tak menentu. Menumpang sana sini mengharapkan simpati. Sadis je dengar cerita makcik dia yang juga kawan baik sekampung LY. Mak dia yang dulu bangga2 sangat dengan anak dia ni pun dah malas nak layan kerenah dia.
Sekarang ni, kawan LY tu dah ada 3 orang anak. Menjadi bualan jiran bila, ada yang selalu dengar si suami ni selalu sebut perkataan cerai, tapi masih bersama. Hanya Allah yang tahu apakah status kawan LY ni bersama suaminya. Dan yang paling sedih sekali, bila mengenangkan anak2 nya yang masih kecil dan tak tahu apa2 tu.
Baru2 ni kawan LY ni kemalangan dan Allah tarik nikmat tangannya. Seolah2 cacat walhal tangan masih ada. Masalah timbul silih berganti. Hanya Allah yang tahu, betapa berat ujian yang Dia berikan kepada kawan LY ni. Pernah ada masanya, dia membiarkan anak2 nya tanpa ambil kisah jika orang mahukan anak2nya. Sehinggakan kadang2 LY lihat dia dalam tekanan yang amat sangat. Semoga dia tidak membuat perkara yang dilaknat Allah.
Bila kenang balik kisah zaman remaja, inikah balasan atas nikmat kebebasan yang mak ayah kita berikan dulu. Semua orang buat silap, LY sendiri hampir tergelincir ke zaman remaja yang salah. Tapi berkat doa, sekatan kebebasan dan kasih sayang yang tinggi membuatkan kita sedar jalan mana yang harus kita pilih.
Menjadi persoalan pagi ni, terdetik di hati LY nak jadikan anak kawan LY ni sebagai anak angkat. LY nak ambil anak dia yang paling tua tu, perempuan umur 5 tahun. LY nak bawak dia tinggal PD. Sekolah kan dia. Jauhkan dia dari dunia yang penuh pergolakan, perbalahan.
Tapi banyak kekangan yang harus ditempuh dan dirempuh. Terutama sekali, sebab famili LY kenal betul dengan famili kawan LY tu. Nanti bergaduh pulak mak ayah LY dengan mak ayah kawan LY sebab merendahkan kredibiliti mereka sebagai atuk dan nenek sebab tak mampu nak jaga cucu mereka.
Apa yang mampu LY buat masa ni adalah doakan kawan LY tu terus tabah menempuh dugaan Allah. Yang terpenting sekali, semoga dia diberi hidayah untuk berada dilandasan yang betul.
Sampai sinilah dulu. Merepek yang bukan2 pulak pagi2 Sabtu ni kan. Ada ke yang nak baca???????
~batubersurat: apa pandangan korang pasal anak tak sah taraf?~
3 comments:
ade je yg nak bace..terutamanya aku..he3
saye bace kak yan..
hehe..
anak dye yg sulung dah la comel..
geram je tgk.. hehe
aku pun baca yan!!huhu...
ko punya cter mcm drama..sedih plak aku baca..tersentap bila sedar rupanya drama tu sebenarnya dari cerita realiti...
Post a Comment