Tajuk sebenar entri hari ni adalah LATIH AMAL EJAAN KURSUS PENULISAN SURAT RASMI DAN MEMO BERKUALITI.
Perrrrrrrrrrrrgggggghhhh.....panjang kan.
LY nak kongsi pengetahuan dengan pembaca2 semua supaya dapat menjadi ilmu dalam kehidupan seharian anda.
Dalam penulisan surat rasmi ada beberapa ejaan yang selalu kita rasa betul tapi sebenarnya salah.
Sebagai seorang rakyat Malaysia yang berwibawa, maka dengan ini LY nak kongsi apa yang LY dapat dari LDP semalam.
1- temuduga. Perkataan yang sebetulnya adalah temu duga.
2- dikemaskini. Yang betul adalah dikemas kini
3- rekabentuk. Yang betul: reka bentuk.
4- keretapi. Sebetulnya kereta api
5- bandaraya. Yang betul: bandar raya
6-perlantikan (pelantikan)
7- justeru itu (justeru)
8-merbahaya (berbahaya)
9- jalanraya (jalan raya)
10- tengahari (tengah hari)
11-bumiputra (bumiputera)
12- ianya (ia / nya)
13- memperolehi (memperoleh / perolehi ) :seingat LY masa sekolah dulu, cikgu BM LY bagitahu tak boleh wujud 3 imbuhan dalam satu perkataan.
14- segala sampah sarap (segala sampah / sampah sarap) : tak boleh mengulang perkataan yang mempunyai sifat berganda.
Tu biasa-biasa yang selalu kita jumpa dalam ejaan. Tapi untuk penggunaan kod-kod ringkas mesti ramai yang tak pernah ambil kisah kan.
Kepada mereka yang bakal berdepan dengan penulisan rasmi sila ambil perhatian dengan beberapa perkataan ringkas di bawah ini.
1- salinan kepada -kita selalu jumpa ni dekat bawah surat dengan akronim s.k
yang sebetulnya adalah s.k:
2 bagi pihak - akronim ni kita jumpa dekat bawah tanda tangan dan nama orang yang tanda tangan dengan akronim b.p
yang sebetulnya adalah b.p.
yang tepat lagi jitu adalah u.p:
4- Ke 25 :yang betul adalah ke-25
5- ke-IX : yang betul adalah ke IX
6- Y.B :yang betul dan standard adalah YB atau Y.B.
Lain kali kita belajar macam mana nak buat surat rasmi yang betul pula jika diberi kesempatan.
Jumpa lagi di lain masa.
~batubersurat: esok dah sekolah....arrrrrggggggggghhhhhhhh~
No comments:
Post a Comment