Salam Takzim. Segala puji bagi Allah. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w.
LY beli 3 buku sekaligus Rabu lepas. 1 darinya adalah Haji Muda; Tip2 menjadi tetamu Allah.
Ni travelog bukan buku novel yang selalu kita baca. Macam yang sebelum ni LY pernah review KEMBARA ATIQ WAZIF...travelog pasal seorang ayah dengan keluarganya.
Kali ni travelog berkisar tentang perjalanan haji RIDZWAN BAKAR.
Mula2 masuk ruangan buku agama, niat hati nak cari buku panduan haji. Tapi tak ada yang berkenan. Banyak karangan penulis Indonesia dalam rak yang LY bertapa tu. Lepas tu LY ternampak buku ni. Macam biasa...LY memang akan mewajibkan diri LY membaca bahajian kulit belakang dulu. LY terus sambar tanpa pikir banyak.
Sampai rumah....malam tu LY mula baca novel yang LY beli. Bisikan Kata hati. (1 malam 1 hari dah habis baca).....malas nak komen....sebabnya tak ada yang menarik. Bagi chance orang lain yang buat review. Kihkih...
Semalam, hari Khamis... balik dari rumah pakcik Adan dengan tujuan menolong Nora menyiapkan urusan kenduri kawen beliau hari minggu ni jam dah masuk angka 1 pagi. LY balik rumah, kena jadi penumpang....menumpang di bilik sendiri yang dah bukan bilik sendiri. Huhu....LY mulakan bacaan sebab nak tunggu fon yang di cas.
Baca travelog ni kena hayati betul2....kena masuk dalam travelog ni...jadi pemerhati perjalanan penulis. Macam mana nak masuk....skill ni tak pernah belajar di mana2...kena hayati sendiri.
Setengah buku LY baca sehingga jam 3 pagi. Lepas tu setengah lagi LY baca selepas selesai kerja rumah. Maaf...mukadimah yang terlalu panjang....
Review LY tak banyak yang akan dikupas. Tapi cukuplah sekadar ingatan buat diri sendiri dan teman2.....beli, baca dan hayatilah apa yang ingin disampaikan penulis. Gaya bahasa yang santai tak akan memeningkan buat mereka yang jarang2 membaca sebagai amalan.
Bagi yang dah pasang niat nak buat haji waktu muda ni, belilah buku ni sebagai peniup semangat haji.
Cetakan pertama buku ni tahun 2008. Sekarang ni dah masuk ke cetakan ke-7 untuk 2011(yang LY beli ni). Serasa malu pula, bila setelah 5 tahun, baru di ketemukan dengan buku ni. Kalau LY jumpa 5 tahun yang sudah, mungkin tahun depan LY dah naik haji (Astagfirullah....jauhkan dari menyebut kalau....umpamanya kita menolak qada' dan qadar Allah)
Mulakanlah bacaan korang dengan BASMALLAH...semoga dibukakan pintu hati menerima hidayah dan membakar semangat haji yang ada. Khilaf dengan diri....LY sering terlupa memulakan pekerjaan dengan BASMALLAH. Sering waktu, sesudah selesai kerja, ketika mengucap ALHAMDULILLAH, LY sering teringat...."aku mulakan dengan BASMALLAH atau tidak tadi???" " Ya, Allah, aku lupa dengan BISMILLAH....aku lupa dengan rahmat dan rahim Allah...sungguh aku hamba yang lalai"
Bagi yang bukan kaki buku, LY nasihatkan mulakan buku ni dari helaian pertama....jangan terus ke muka surat 1. Helaian pertama dan muka surat 1 itu banyak bezanya.
Biasanya helaian bahagian depan ni ada mukadimah, kata2 pengantar dan dedikasi. Mungkin ada sedikit bunga2 isi yang nak disampaikan atau sebagai pemanis bicara. Dalam buku ni, ada 1 tambahan yang baru first time LY jumpa. Iaitu MUNAJAT. Tersentuh hati masa baca. (LY baca selepas habis satu buku. Baru LY baca yang depan ni...kalau LY baca awal2, mungkin malam tu juga LY habiskan sampai Subuh.)
Travelog ni ada 4 bahagian. Pertama: Sebelum Berangkat.
Penulis cerita macam mana dia mula ada akaun TH...lepas tu mendaftar...dan dipanggil 6 tahun lebih awal dari tahun yang TH bagi masa pendaftaran. Penulis pergi dengan 6 lagi ahli keluarga termasuk isteri beliau.
Yang best dalam part ni, penulis kaitkan tahun haji yang beliau ni pergi dengan ancaman Mekah yang akan diserang pada musim haji tu (tragedi september 11). Bahagian 1 ni dia bahagi kepada 10 bab cerita berkisar perkara2 yang terjadi sekeliling beliau dan keluarga sebelum berangkat ke haji.
Bahagian 2: Madinan al-Munawwarah. Pecahan cerita dari bab 11-23. Penghayatan yang LY dapat dari bahagian ni, betapa pentingnya kita ni menghayati sejarah, simbolik amalan dengan kejadian alam. Bab ni, penulis biarkan beberapa soalan yang tak terjawab oleh dia....dan kalau mahu, kita bolehlah mencuba menjejak jawapan kepada persoalan yang penulis ni nak kita umat Islam fikir2kan. Contohnya, kenapa solat jenazah tanpa rukuk dan sujud.
Dari penulis ni LY simpulkan, jika kita ke sesuatu tempat, kajilah dulu latar belakang sejarah dan pengajaran yang di peroleh dari tempat yang kita nak lawati tu. Betapa terkesannya pengalaman penulis dalam diri LY adalah ketika dalam bab 16: Ratapan Uhud. Penulis menceritakan bagaimana dia memerhatikan orang Iran, Turki dan Syria begitu bersungguh menangis di Bukit Uhud. Jika kita yang buta hati, buta sejarah, kita pasti tertanya2 kenapa mereka menangis beriya-iya dalam berdoa... Tetapi seandainya kita juga menghayati peristiwa peperangan Uhud, pasti kita juga akan menangis seperti rakyat Iran, Turki dan Syria. DANNN.....tak terlintaskah di fikiran kita, kita berada di tempat bersemadinya para syuhada yang syahid semasa perang Uhud. Tak cemburukah kita, kita berpijak di bumi yang didalamnya syuhada yang pasti tempatnya di syurga.
Bahagian 3: Cabaran di Mekah, Arafah dan Mina...bab 24-47. Ada antara bab yang menguji tahap pemikiran kita. Macam LY, selepas baca, baru terfikir...sebelum ni tak pernah pun nak hayati betul2 atau mengaitkan sesuatu amalan dengan kejadian alam. Penulis membuka minda dengan perkaitan tawaf yang melawan arah jam, kenapa putaran orbit juga dalam arah lawan jam. Semua kejadian ni menunjukkan betapa agungnya Allah dalam menyusun atur ciptaanNya. Subhanallah... Dalam bahagian ni, penulis cerita tentang hari haji...perjalanan melengkapkan rukun haji bersama2 2 juta jemaah yang lain....Ada juga tip2 berguna...teori Aswad...dan beberapa pengajaran kisah orang sekeliling yang sememangnya perlu diambil pengajaran.
Bahagian 4: Pascahaji: Cabaran dan panduan....bab48-53...dalam bahagian ni berkisar apa pengertiannya haji dan tawaf dalam diri individu tu sendiri...Lepas tu ada beberapa cadangan senarai semak sebelum ke tanah suci...pendidikan selepas haji....dan terpenting sekali panduan kewangan haji...
Overall....marilah baca buku ni.....LY jamin anda semua mampu habiskan. Kalau tak boleh baca, korang takkan jumpa blog ni....hehe...
Nasihat LY....baca...baca...dan baca....
LY kagum dengan seorang akak classmate Talaqqi dengan LY...umur beliau 28 tahun dah pergi haji.
Tiap kali kelas, beliau tanya, dah daftar haji ke belum??? Bersungguh2 dia suruh LY daftar segera.
Ketika entri di tulis jumaat malam sabtu, (sambung draft semalam)...Sepupu LY baru je menikah petang tadi. Dan tok kadi kampung LY ni ada bagi sedikit tazkirah berkenaan kahwin muda. Tok Kadi (Ustaz Jasmi) pesan siapa2 yang ada anak dara atau bujang di rumah, bersegeralah berumah tangga.
Dan selepas majlis terinai, LY sempat bertanya kepada ustaz tu berkenaan nasihatnya dalam tazkirah petang tadi. LY bertanya, yang mana perlu didahulukan "KAHWIN atau HAJI"
Ustaz Jasmi tu cakap...kahwin. Bila ditanya KENAPA....beliau jawab "kalau haji dibuat waktu usia lewat, kita tak punya rasa malu...tapi kahwin ketika usia lewat, kita pasti punya rasa malu...kahwin tu mengawal nafsu.."
Dalam nada yang tenggelam timbul berlawan dengan bunyi karaoke rumah pengantin, sambil LY tepuk bahu Dan(seorang sahabat yang sama2 membesar)...."kenapa ustaz tak bagitahu 6 tahun lepas...kan dah bazir masa...kalau tak dah kawen dulu sebelum sambung belajar"
Sebelum balik ustaz tu pesan..."dah jumpa lawan...datang rumah isi borang"
(maaf kerana selit cerita kahwin ni dalam review travelog ni....sekadar mencari jawapan...
~batubersurat: LY katakan kepada DAN...."kita tak cukup menggatal...sebab tu tak kawen lagi!!!"
Ustaz Jasmi
1 comment:
Alhamdulilah Tahniah!
Boleh baca buku aplikasi Haji Dr Ridzwan berjudul Rindu Baitullah dan Bila Pintu Hati Terbuka iaitu bukan follow up Haji Muda.
Boleh lawat facebook/drridzwan
Post a Comment