Thursday, June 28, 2012

Kuat

Salam takzim....hari Khamis sudah....minggu terakhir bulan Jun sudah.....fuh2...
Bulan yang kuat....dan mungkin juga minggu2 yang sungguh kuat untuk aku jalani.

Minggu cuti hari tu aku turun ladang adik tolong petik cili.

Minggu bukak sekolah, aku kena fitnah dengan anak murid sendiri kata aku memalukan dia dalam kelas. Siap keluar surat khabar Bahasa Cina dan  Bahasa Tamil. Kesnya memang aku salah pukul budak tu dengan selipar aku....tapi sipi lengan baju je....kotor pun tak sebab aku guna bahagian yang atas. Bukan bahagian  tapak. Kes tu start dari aku lepas keluar kelas. Budak tu pergi mengadu dengan pengetua. Dan aku dah terangkan hal yang sebenarnya. Budak tu memang bermasalah. Faham2 je lah kalau kelas ke dua last kan. Budak tu pulak, sebenarnya tua setahun dari kelas yang dia duduk ni. Badan pun besar dah macam abang Uci aku je.

Pengetua memang dah nasihatlah kemungkinan parents budak tu akan datang. Esoknya tu memang parents budak tu datang....mak dia cikgu sekolah Tamil, ayah pulak kerja tarik kereta. Masa dalam bilik guru tu, memang dah settle down lah kan minta maaf. Aku siap tunjuklah prestasi anak dia yang dapat 18 markah dari 100 % dalam paper Matematik aku tu..... Anak dia pun dah janji nak jadi baik dan dapat prestasi baik.

Lepas diorang balik tu, aku dapat call dari pengetua kata, parents buat laporan polis. Memang tak patutlahkan. Polis pun ada call nak confirmkan cerita tu....then aku pergi balai jumpa dengan pegawai yang terima laporan tu. Polis tu cerita dia kata aku ni dah memalukan dia....sebab kawan2 ketawakan dia dalam kelas. Memang bohong juta2 lah cerita budak tu....masa tu aku marah 1 kelas sebabnya tak nak dengar apa aku ajar....bising yang bukan sikit2....aku pergi belakang....aku ada lah cubit dengan budak perempuan 3 orang yang bercakap. Lepas tu bila semua dah senyap, aku baru nak jalan pergi depan, budak ni boleh pula bercakap dengan kuatnya...bercakap dengan kawan sebelah kiri dia. Budak yang dengar tu tak bercakap...dia diam je....aku pun dengan spontan, patah balik ke belakang....zas...aku ambil sandle, aku lepuk dekat bahu dia. Dengan kondisi semua senyap...semua pun jadi tergamam...dan budak tu mungkin tak expect aku boleh buat macam tu. Tapi seriously....tak ada yang gelak pun.

Dah masuk minggu ke 3 dari kes tu....polis tak ada pun call apa2 lagi. Aku pun tak tahu progress cerita ni macam mana. Yang dahsyat tu masuk surat khabar siap tunjuk muka seposen macam sakit sangat. Kalau hal ni berlanjutan, mungkin naik mahkamah....kena saman malu.

Aku memang cuak.....takut....tapi, aku berserah dan terus berdoa agar kes ni tak berlanjutan. Banyak susah dari senang kes2 macam ni.

Dan untuk pengetahuan korang, aku baru je check result exam budak tu, dia dapat periksa nombor 31 dari 32 orang yang ada dalam kelas tu. Dapat 2nd last pun sebab budak yang last tu tak datang ambil exam. Dan tiap2 hari juga, ada je cikgu mengadu perangai kurang sopan dan kurang terdidik budak tu dalam kelas. Kalau dah cikgu lain pun boleh bengang....inikan pulak aku yang memang sah2 kurang sabar dalam mengawal kelas.

Aku terpikir juga....kalau betul perangai budak ni baik.....takkanlah pindah sekolah dari Johor ke Port Dickson ni. parents budak tu still duduk Johor. Budak tu dekat sini dengan nenek dia je. Dan aku juga terfikir, kenapa perlu banyak sangat tali pemujaan sembahyang dekat tangan dia. Tu bukan tanda nak suruh jadi perangai elok ke??? Budak2 lain, walaupun kelas belakang, tak ada lah nak kurang sopan sangat....tak ada pon pakai tali tangkal sembahyang berderet2.

Itu cerita kuat yang aku kena hadapi.....kuat nak hadapi pertanyaan dari kawan2 dekat sini. Kuat nak kawal sabar supaya kes ni tak berulang.

2 minggu ni jugak ada sukan tara sekolah. petang2 balik lambat....lepas tu ada sukan petang ni pulak....(tak pernah di buat orang, sukan sekolah waktu petang)
Dan minggu2 terakhir bulan 6 ni aku start puasa...sebagai praktis menjelang Ramadan. Kuat jugak untuk tak balik buat beberapa minggu. Puasa dan sukan....tak adalah letih pun...still lagi boleh jalan macam biasa....

Allah bagi aku ujian nak suruh aku kuat. Dan memang aku kuat...nak hadapi semua ni....Alhamdulillah.

Jumpa next entry....pada bulan depan....
~batubersurat: lagi 2 hari nak bulan baru~

Monday, June 25, 2012

Idea Gila

Idea gila banyak....cuma tak buat je.

Idea gila banyak....cuma tak sampai hati nak buat.

Idea gila banyak....cuma kalau buat nanti orang kata gila.

Nak je buat....
  1. beli air kotak ...cucuk serbuk julap guna picagari paling halus.... bagi budak minum...biar cirit-birit 2-3 hari.
  2. beli electric gun....cucuk mulut yang degil tak nak berhenti bercakap...cucuk dekat tangan ke jari ke mana2 yang malas nak buat kerja tu.
  3. benam kepala budak yang super melampau kurang ajar dalam kolam lumpur taman sekolah.
  4. simbah sambal sos keropok lekor dekat mata budak yang tak tahu duduk diam.
  5. baling mercun katak dekat telinga budak

Letak banyak2 dekat sini....memang dah nak masuk tahao gila lah gamaknya ni....

Thursday, June 14, 2012

Dugaan besar

Salam takzim.

Dugan hidup ni macam-macam. Setiap kali lepas solat, selalu doa minta dijauhkan dari malapetaka, FITNAH, jatuh ke lembah maksiat dan api neraka.

Selama hari ni selalu sangat dengar kawan-kawan kena fitnahlah....orang tak sukalah...kena dengki dan khianat lah..... pelik juga....kenapalah boleh jadi macam tu...sebabnya tak pernah rasa dan jarang nak ambil peduli hal-hal macam ni.

Manusia ni fitrahnya buat salah. Dan bagi orang yang waras, tak salah nak mengaku salah. Tapi dalam kalangan manusia ni ada juga yang jenis suka menghasut...tokok tambah cerita.... tak nak mengaku salah...talam dua muka...

Errrm.mmm.....entahlah....tak tahu apa yang LY nak taip kat sini....takut mengganggu sensitiviti pihak-pihak tertentu selain menjaga DIRI sendiri..

Memang sakit kena fitnah ni...tapi alhamdulillah....iman masih di dada. Menghadapi dugaan besar ni dengan senyuman....semoga menjadi orang yang sabar dan lebih berfikiran matang.

Thursday, June 7, 2012

Letih kuasa naga

Salam takzim.....
Penat....penat...penat.

Petik cili bukan calang-calang kerja.....
Tengah panas....mencangkung...membongkok...berdiri...menunduk...

Sampaikan nak baca gosip/news Euro pun tak sempat.

Ini baru ladang adik....belum ladang sendiri.
Errrmmm.....nasib baik tak bercita-cita nak jadi petani.

Apa yang LY boleh simpulkan sepanjang 2 minggu....
Buat apa yang kita suka....jangan nak ikut orang.
Rezeki Allah tu sentiasa ada. Yang penting usaha dan sabar.

Sengal satu badan buat kerja ladang ni.
Esok bersara sudah....mahu rehat pula....kerja sekolah bajet nak buat revision pun tak buat. Hahaha....


~batubersurat: Euro esok dah mula~

Monday, June 4, 2012

EURO 2012 #5 : Squad [part3]

Sambung lagi dengan 8 group terakhir....


** klik pada nama untuk maklumat lanjut**


# 9: Ukraine


# 10: PERANCIS
Goalkeepers
No.Name

1Hugo Lloris

16Steve Mandanda

23Cédric Carrasso


Defenders
No.Name

3Patrice Evra

4Adil Rami
(Muslim...player Valencia FC)
5Philippe Mexès

13Anthony Réveillère

21Laurent Koscielny

22Gaël Clichy


Midfielders
No.Name

2Mathieu Debuchy

6Yohan Cabaye

7Franck Ribéry
(Muslim juga...main kelab Bayern Munich)
11Samir Nasri 
(sebaya LY....Muslim juga...dia main dalam team Manchester City)
12Blaise Matuidi

14Jérémy Menez

15Florent Malouda

17Yann M'Vila

18Alou Diarra

19Marvin Martin

20Hatem Ben Arfa


Forwards
No.Name

8Mathieu Valbuena

9Olivier Giroud

10Karim Benzema
(sebaya LY.....Muslim)

#11: Jerman

Goalkeepers
No.Name

1Manuel Neuer

12Tim Wiese

22Ron-Robert Zieler


Defenders
No.Name

3Marcel Schmelzer
 (muda lagi....baru 24...)
4Benedikt Höwedes
  (pun 24 juga)
5Mats Hummels

14Holger Badstuber

16Philipp Lahm

17Per Mertesacker

20Jérôme Boateng


Midfielders
No.Name

2İlkay Gündoğan

6Sami Khedira
(Muslim...sebaya LY...main dalam kelab Real Madrid)
7Bastian Schweinsteiger

8Mesut Özil
(belum masuk 24....main kelab Real Madrid....Muslim)
15Lars Bender

18Toni Kroos

19Mario Götze

21Marco Reus



# 12: Itali


#13: Belanda


#14: Portugal


#15: Sweden

#16: SEPANYOL


Sunday, June 3, 2012

EURO 2012 #5 : Squad [part2]

Salam takzim.
 Sambung entri seterusnya...dengan bahagian ke dua pulak hari ni.

Sorry lah tak sempat nak update semalam. Busy lah katakan..
**klik pada nama untuk maklumat lanjut**

#5: Rusia


#6: Ireland


#7: England



# 8: Denmark


Sekian....lagi 8 kejap lagi.