Wednesday, June 8, 2011

Tamat sudah kisah Nate Haskell.

Salam sayang pengunjung blog [ya:alif:nun]

Lamanya rasa tak update blog.....malas + ketandusan kosa kata untuk memulakan cerita.
Cuti sekolah dah nak sampai penghujung. Kejap je rasa dua minggu ni.
LY baru balik dari jalan2 di Kelantan dan Terengganu kerana menghadiri majlis perkahwinan dan pertunangan teman2 BSDP-Matematik di UPM dulu.
Bahagianya tengok kawan2 dah jumpa jodoh. Semoga berkekalan hingga ke syurga.

Kalau nak cerita pasal jodoh, kahwin dan seumpamanya ni belum boleh lagi. LY masih bawah umur. Biar yang dah mumaiyiz je ceritakan....LY cerita benda lain.

LY baru habis tengok CSI tadi. Episod tragis bila Nate Haskell, the seriel killer akhirnya mati di bunuh oleh Dr. Ray Langston. Lama betul cerita pasal Nate Haskell ni dalam CSI (Vegas).
Seingat LY lah kan, cerita mula masa penghujung season 9. Masa tu Grissom masih teraju utama.

Watak Dr Ray ni mula di kenalkan masa Grissom pergi ceramah Dr Ray pasal sifat dan kelakuan penjenayah bernama Nate Haskell. Masa tu, Nate Haskell dalam tahanan penjara. Dr Ray ni kaji kes2 pembunuhan yang di buat oleh Haskell. Dr Ray ni kenal sedalam2nya sifat Haskell ni. Lepas tu, Grissom yang tengah buntu nak selesaikan  kes bunuh ni, minta bantuan Dr Ray. Dan dari situlah Ray main peranan dalam CSI walaupun sebenarnya dia hanyalah seorang pensyarah saja.

Ray dapat korek beberapa maklumat dari Haskell macam mana pembunuhan corak sama boleh terjadi dekat luar sedangkan Haskell ada dalam penjara. Siasat itu ini, team CSI dapatlah settle kan semua benda. Tapi untuk setiap maklumat yang Haskell bagi dia bagi syarat. Memang watak Haskell dalam CSI ni celaka habislah kalau nak digambarkan.

Haskell ni suka psiko kan Ray sebabnya diorang berdua ada background yang sama.

Bila masuk season 10. Grissom pindah. Dr Ray ditawarkan bekerja sebagai CSI level 1. Ada beberapa kes pembunuhan yang memerlukan maklumat dari Haskell. Walaupun dia dalam penjara, Haskell masih boleh nak cerita dan bagi maklumat yang penting untuk selesaikan kes2 dekat luar.

Dalam season 10 banyaklah konflik antara Haskell dengan Ray. Sampai  episod akhir season 10 tu, Haskell yang terlalu bengang dengan Ray sebab dapat selesaikan kes yang rumit. Haskell cederakan Ray guna tangkai spek mata. Sampaikan buah pinggang Ray rosak Haskell tusuk.

Masuk season 11. Masa Haskell dibicarakan, boleh pulak awek2 lama Haskell bantu dia lari dari penjara. Berderet episod dalam season 11 ni cerita pasal pemburuan Ray terhadap Haskell. Yang terbaik sekali pasal Haskell ni, dia tahu semua latar belakang Dr Ray ni. Memang psiko habis lah Haskell ni. Sampai Dr Ray pun boleh takut kalau dia akan jadi macam Haskell.

Episod tadi....Dr Ray nak selamatkan Gloria, ex-wife dia yang jadi mangsa terakhir kegilaan Haskell. Gloria tak mati tapi trauma. Sekarang ni, siasatan tengah dibuat terhadap Ray sama ada dia bunuh Haskell sebab nak pertahan kan diri atau memang Ray sengaja nak bunuh Haskell. Hakikatnya Ray memang bunuh Haskell dengan niat. Cuma team CSI tak dapat nak buktikan Ray bersalah sebabnya Detektif dengan Catherine cuba lindungi Ray. Tunggu esok je lah macam mana kesudahan cerita ni.

[season 11 dah habis rolling rasanya...tapi sekarang AXN ulang tayang maraton Selasa Khamis...kan LY lama tak dapat tengok Astro kat PD. So banyak ketinggalan. Nasib baik AXN buat maraton]

~batubersurat: lama betul LY layan CSI ni. Dari form 4 sampai sekarng...terbaik Jerry, tuan producer besar tu~

3 comments:

Enh Ear said...

susah tol nk carik rungan komen ni...
hihihih..
aku mmg suka tgh csi..
tapi jarang follow sebb kekangan astro... hahahha...
tq sbb share..

Lady Ya-alif-nuN said...

ur welcome....

ardmad said...

Dr Nate Haskell adalah salah seorang watak kegemaran saya. Cuba semak dkat Wiki - occupation (pekerjaan) dia catit: serial killer.
(he he)

- ManDan