Saturday, November 26, 2011

Apa dapat kalau baca novel sejarah Islam ni??

|
|
|
|
|
|
Salam sayang...dah lama rasanya tak mulakan entri dengan salam. Perasan tak?? Korang memang tak perasan sebab sibuk jawab salam dekat FB.

Okay...hari ni nak cerita pasal buku...tapi bukan review oaky. LY nak sembang apa yang LY dapat kalau baca buku ni.

Bagi orang yang minat membaca mesti diorang ada cerita sendiri kenapa dia membaca dan apa yang dia dapat.

Lately ni LY rasa macam dah jemu nak baca novel cintun Melayu yang banyak dialog mat saleh. Mungkin disebabkan faktor usia barangkali minat tu dah berkurang. Hal-hal cintun dalam novel Melayu tu pun lebih kurang sama je...Pusing-pusing watak dan jalan cerita sama juga.

Lately ni buku dalam genggaman LY adalah novel sejarah Islam.
Best ke nak baca?? Bukan dah tahu ke?? Cerita-cerita tu kan dah tahu masa sekolah rendah dan menengah?? Inilah persoalan yang sering diajukan kepada LY.

Masa zaman sekolah rendah memang selalu pinjam buku Siri Sejarah Islam dekat pusat sumber. Tapi korang tahu je lah kan...novel edisi kanak2...mesti pendek2..tapi kali ni novel tu agak tebal dan dipenuhi dengan watak yang bermacam-macam nama. Susah tau nak ingat.

Kat sini, LY nak bagi tahu korang apa yang LY dapat simpulkan dari novel yang LY sedang tangkap lentok ni yang tak ada dalam novel cintun Melayu.

  1. Benda first yang LY dapat kesan adalah hal-hal perang ni zaman sebelum Islam datang pun dah berleluasa. Tak mustahillah yang zaman sekarang ni perang masih wujud.
  2. Dalam berperang...pihak musuh tak boleh membunuh utusan dari musuhnya. Kalau dah bunuh utusan, nanti nak berhubung macam mana kan...takkanlah nak isytihar guna sms pulak...zaman tu kan belum ada henfon.
  3. Stategi perang yang utama adalah memastikan kubu besar atau khemah tempat berkumpul adalah berdekatan dengan punca air. Kalau 1 pihak dapat kawal air, kebarangkalian nak menang tu besar. 
  4. Dalam perang zaman nabi dan sahabat dulu, perang dimulakan dengan perlawanan 1 lawan 1 antara panglima terhebat. Lepas 1 pihak kalah, barulah berperang secara besar-besaran.
  5. Setiap panglima Islam mempunyai strategi perang yang tersendiri. 
  6. Panglima Khalid al-Walid memulakan pertemuan dengan pihak musuh dengan mengadakan rundingan dan menyebarkan ajaran Islam. Sekiranya kata sepakat tak dapat dicapai barulah diisytiharkan perang di antara kedua-dua pihak.
  7. Konsep perang Islam yang sebenar, jika pihak musuh sudah mengaku kalah, orang Islam tak boleh terusan menyerang kerana dikhuatiri pihak musuh sudah tidak berdaya.
  8. Panglima Islam mencapai kemenangan adalah dengan membunuh panglima pihak musuh kerana strategi perang hanya diketahui oleh panglima. Dan juga sebagai pembakar semangat askar yang berperang. Tetapi tidak bagi panglima Islam, kerana setiap seorangnya berperang hanya untuk mencapai kemenangan ataupun syahid.
  9. Direncanakan juga dalam buku Khalid al-Walid, semasa beliau sedang bertarung dengan Georgirius Theoderius (panglima perang Rom) berlaku sesi menjawab soalan dari Theoderius berkaitan kepercayaan Khalid. Selepas Khalid menjawab pertanyaan tu, Jirjah(nama dalam Arab) terus mengucap dan menjadi askar Islam. 
  10. Ada masa LY boleh rasakan emosi yang ada pada setiap watak yang diolah dengan baik oleh penulis.
  11. Ada 1 lumrah kehidupan yang telah wujud sejak beribu-ribu tahun dahulu. Iaitu, kita baik dengan orang, belum tentu orang baik dengan kita. Ni adalah nilai dan pengajaran dalam setiap novel. (ni pandangan peribadi)
Ini apa yang LY rasa lah bila baca buku-buku cenggini. Kalau LY baca sejarah Somalia, mahunya LY menangis ketakutan bila membayangkan LY yang tinggal kat sana kot....huhu...

LY tak punya banyak wang untuk mengembara ke tempat orang. Apa yang LY mampu adalah kembara merentasi masa membayang dan merasakan apa sebenarnya yang telah terjadi dan masih wujud di muka bumi ini.

Tidur duluan...salam sayang...muah..muah...muah...

~batubersurat: sedangkan Khalifah pun masih dibenci inikan pula kita rakyat biasa~

No comments: