|
|
|
|
|
Salam sayang semuanya.
Sebelum ni LY pernah post entry pasal kehendak atau keperluan. Yang pasal ke-tensen-an nak kena beli kereta tu bagaikan.
Sejak entry tu keluar sampailah ke hari ni, bayang-bayang kereta masih belum lagi mahu keluar. Disebabkan masih belum punya keperluan yang mendesak, maka kereta-kereta di Malaysia mahupun luar negara masih selamat dari di jual kepada LY. Hahaha…
Sekarang ni, kengkawan yang dah pakai kereta mungkin dah lebih 10000 KM kot diorang bergerak. Kalau nak banding dengan LY, diorang tetap kalah….sebabnya kalau kira KM bas dan train mesti dah juta-juta KM benda tu bergerak…hahahha…
Memandangkan tak lama lagi memang LY wajib juga beli kereta kan… So kat sini nak shortlist-kan beberapa kereta yang patut di-konsiderasikan.
(Tajuk review...tapi ni dah macam nak main pilih-pilih pulak...korang layan je lah kan)
Kalau setakat guna dari Lui nak ke Langat untuk bawak pergi kerja memang berbaloi pakai ni.
Okay jugak kalau beli Persona ni....harga pun mampu milik. Design pun ala2 cantik yang boleh menawan hati aweks dan pakweks kat Malaysia ni. Orang kata enjin pun tip top. Orang yang kata...bukan LY yang kata tau.... Haha...
Caldina...ramai juga berangan nak pakai ni. Kalau mampu apa salahnya kan. Tapi bila mengenangkan musim hujan dekat Lukut ni, jalan raya sedikit kebanjiran dengan lumpur sebab sistem longkang tak berapa nak canggih...batalkan jelah niat nak berangankan Caldina ni.
Nissan Teana....hentikan je lah angan-angan tu kalau gaji tak sampai 4 riban. Sama jugak macam kereta dekat bawah ni.
Toyota Camry.
Kereta ni memang best. Sebab aku selalu usha Pakcik Mazlan bawak. Syok wooo kalau de sebijik warna pearl white.
Ramai yang rasa macam kagum je kan kalau nampak orang pakai honda City ni....Bagi LY tak adalah gempak pun...enjin pun 1.5L je...tak adalah pecut mana pun. Yang best pasal kereta honda ni, kalau kita naik, bunyi enjin tu kita tak rasa sangatlah. Hempas pintu kuat2 pun tak de lah bunyi berdentum macam bunyi Vios. Minyak pun jimat. Tambah berbaloi kalau korang upgrade enjin Hybrid....jimat minyak dan duit korang...Apa lagi yang menjadi idaman orang ek???
Sekarang ni LY selalu nampak kereta ni dekat atas jalan raya Malaysia.
LY tertanya2....kenapa ramai sangat yang pakai ni....adakah diorang suruh LY pakai jugak????
Tak patut..tak patut...gaji tak sampai 3 riban berangan lebih2 pulak...
Sebelum beli kereta...duit kena ada....sebab kalau tak ada duit....macam mana nak beli. Haha...
~batubersurat: lain-lain pilihan....Viva, Saga, Vios, Civic...macam-macam ada...yang penting ada duit~
No comments:
Post a Comment