Thursday, June 28, 2012

Kuat

Salam takzim....hari Khamis sudah....minggu terakhir bulan Jun sudah.....fuh2...
Bulan yang kuat....dan mungkin juga minggu2 yang sungguh kuat untuk aku jalani.

Minggu cuti hari tu aku turun ladang adik tolong petik cili.

Minggu bukak sekolah, aku kena fitnah dengan anak murid sendiri kata aku memalukan dia dalam kelas. Siap keluar surat khabar Bahasa Cina dan  Bahasa Tamil. Kesnya memang aku salah pukul budak tu dengan selipar aku....tapi sipi lengan baju je....kotor pun tak sebab aku guna bahagian yang atas. Bukan bahagian  tapak. Kes tu start dari aku lepas keluar kelas. Budak tu pergi mengadu dengan pengetua. Dan aku dah terangkan hal yang sebenarnya. Budak tu memang bermasalah. Faham2 je lah kalau kelas ke dua last kan. Budak tu pulak, sebenarnya tua setahun dari kelas yang dia duduk ni. Badan pun besar dah macam abang Uci aku je.

Pengetua memang dah nasihatlah kemungkinan parents budak tu akan datang. Esoknya tu memang parents budak tu datang....mak dia cikgu sekolah Tamil, ayah pulak kerja tarik kereta. Masa dalam bilik guru tu, memang dah settle down lah kan minta maaf. Aku siap tunjuklah prestasi anak dia yang dapat 18 markah dari 100 % dalam paper Matematik aku tu..... Anak dia pun dah janji nak jadi baik dan dapat prestasi baik.

Lepas diorang balik tu, aku dapat call dari pengetua kata, parents buat laporan polis. Memang tak patutlahkan. Polis pun ada call nak confirmkan cerita tu....then aku pergi balai jumpa dengan pegawai yang terima laporan tu. Polis tu cerita dia kata aku ni dah memalukan dia....sebab kawan2 ketawakan dia dalam kelas. Memang bohong juta2 lah cerita budak tu....masa tu aku marah 1 kelas sebabnya tak nak dengar apa aku ajar....bising yang bukan sikit2....aku pergi belakang....aku ada lah cubit dengan budak perempuan 3 orang yang bercakap. Lepas tu bila semua dah senyap, aku baru nak jalan pergi depan, budak ni boleh pula bercakap dengan kuatnya...bercakap dengan kawan sebelah kiri dia. Budak yang dengar tu tak bercakap...dia diam je....aku pun dengan spontan, patah balik ke belakang....zas...aku ambil sandle, aku lepuk dekat bahu dia. Dengan kondisi semua senyap...semua pun jadi tergamam...dan budak tu mungkin tak expect aku boleh buat macam tu. Tapi seriously....tak ada yang gelak pun.

Dah masuk minggu ke 3 dari kes tu....polis tak ada pun call apa2 lagi. Aku pun tak tahu progress cerita ni macam mana. Yang dahsyat tu masuk surat khabar siap tunjuk muka seposen macam sakit sangat. Kalau hal ni berlanjutan, mungkin naik mahkamah....kena saman malu.

Aku memang cuak.....takut....tapi, aku berserah dan terus berdoa agar kes ni tak berlanjutan. Banyak susah dari senang kes2 macam ni.

Dan untuk pengetahuan korang, aku baru je check result exam budak tu, dia dapat periksa nombor 31 dari 32 orang yang ada dalam kelas tu. Dapat 2nd last pun sebab budak yang last tu tak datang ambil exam. Dan tiap2 hari juga, ada je cikgu mengadu perangai kurang sopan dan kurang terdidik budak tu dalam kelas. Kalau dah cikgu lain pun boleh bengang....inikan pulak aku yang memang sah2 kurang sabar dalam mengawal kelas.

Aku terpikir juga....kalau betul perangai budak ni baik.....takkanlah pindah sekolah dari Johor ke Port Dickson ni. parents budak tu still duduk Johor. Budak tu dekat sini dengan nenek dia je. Dan aku juga terfikir, kenapa perlu banyak sangat tali pemujaan sembahyang dekat tangan dia. Tu bukan tanda nak suruh jadi perangai elok ke??? Budak2 lain, walaupun kelas belakang, tak ada lah nak kurang sopan sangat....tak ada pon pakai tali tangkal sembahyang berderet2.

Itu cerita kuat yang aku kena hadapi.....kuat nak hadapi pertanyaan dari kawan2 dekat sini. Kuat nak kawal sabar supaya kes ni tak berulang.

2 minggu ni jugak ada sukan tara sekolah. petang2 balik lambat....lepas tu ada sukan petang ni pulak....(tak pernah di buat orang, sukan sekolah waktu petang)
Dan minggu2 terakhir bulan 6 ni aku start puasa...sebagai praktis menjelang Ramadan. Kuat jugak untuk tak balik buat beberapa minggu. Puasa dan sukan....tak adalah letih pun...still lagi boleh jalan macam biasa....

Allah bagi aku ujian nak suruh aku kuat. Dan memang aku kuat...nak hadapi semua ni....Alhamdulillah.

Jumpa next entry....pada bulan depan....
~batubersurat: lagi 2 hari nak bulan baru~

3 comments:

therosputih said...

kawan aku pernah buat mcm ni

dia sediakan semua komen dari semua guru subjek bg pelajar tuh, then kau simpan untuk bukti..in case jadi apa2...

Lady Ya-alif-nuN said...

entah la ain....yan pun x tahu nak mula kat mana...sistem skola x telus...surat saman bagi konon2 nak takutkan budk jgn bg langgar disiplin....tp bg bnyk2 pun budk x kena buang skola...

Enh Ear said...

hohoho... sabar ye