Tuesday, February 1, 2011

Harga minyaK

Salam sayang semua :)

Dah lama kan LY tak merapu meraban.
Tetiba je kan waktu ni nak meng-update cerita yang tengah hot lagi sensasi seperti sensasinya kisah Fasha Sandha dan Jejai clash. Sensasi ker?????? Kalau tanya kat abah LY tak de nya dia tahu siapa tu Fasha Sandha. Hakhak......

Hari Ahad lepas ni kan ada pilihanraya kecil Dun Tenang kan. Lepas tu hari Isnin ada pengumuman harga minyak Ron97 naik seposen lagi. Korang tahu ke tak ni?????
Kalau tak tahu sah2 korang ni jenis yang pakai basikal kan......tak pun jenis yang tak engok berita kat TV3 dengan baca surat khabar Utusan Malaysia. Almaklumlah korangkan duduk dekat Papua New Geanni (betul ke tak spelling LY ni wei)

Apa kes ni wei nak kecoh2 pasal minyak naik?????
Korang tahu ke beza Ron97 dengan Ron95 tu yang korang nak kecoh??
Korang tahu tak macam mana nak bezakan minyak tu ron97 ke ron95 kalau korang beli dalam je???
Korang tak tahukan??

Korang tahu tak siapa yang jumpa minyak ron97 dengan ron95 tu??
Korang memang tak tahu kan???
Korang tahu tak macam mana proses nak ekstrak minyak dari dalam laut tu??
Korang tahu tak berapa lama masa yang diambil untuk gas asli terbentuk (minyak tu nama orang yang tak belajar kimia sebut)???
Korang tahu tak berapa ke dalaman laut/muka bumi yang harus digali sebelum minyak disedut oleh pam2 gas asli???
Korang tahu tak berapa peringkat gas asli diproses sehingga terjadi minyak jet/kapal terbang, atau minyak kereta atau gas masak atau tar atau yang lain2nya??? Korang tak tahu kan?????

Korang pernah buat test minyak mana yang lebih tumpat???
Korang tahu tak kenapa kita guna minyak/gas dan kenapa kita tak guna air atau pasir???
Banyak lagi persoalan yang LY nak kemukakan....
Tapi LY pasti korang tak terjawab nanti sebabnya masa SPM pun korang tak pernah nak jawab soalan berkaitan minyak ni dalam paper Sains atau Kimia korang kan????????

Meh sini orang yang pernah belajar pemprosesan minyak nak bagi tahu.
Minyak tu datangnya dari gas asli yang terbentuk hasil dari pada pereputan dinosor2 yang wujud berjuta2 tahun dahulu. Proses berlakunya gas asli sangat lama. Jika anda membuang sampah sarap, sisa2 makanan kotak KFC atau McD ke dasar laut atau mana2 perut bumi belum pasti akan menjadi gas asli sebab bahan2 tu susah nak mereput!!!!!!!

Kalau korang nak tahu.........minyak atau gas asli sangat sukar untuk dicari. Sebab tu lah jadi mahal. Korang tahu tak walaupun Malaysia ni adalah pengeluar minyak tetapi peratusnya dari keseluruhan dunia sebagai pengeluar utama tak sampai 1 percent pun. (kalau korang rasa LY tipu, korang boleh berenti baca...hehehe). Pengeluar utama adalah dari negara2 Arab bersatu. Dalam 85% minyak dunia asalnya dari negara Arab. Dahsyat tak wei........sebab tulah orang2 Arab ni kaya. Sebab saudagar minyak banyak kat sana. Sebab tu korang nampak ramai orang Arab datang shopping dekat Malaysia masa musim panas dekat negara diorang. Yang korang nampak tu sebenarnya yang tak berapa nak kaya. Diorang mampu datang Malaysia je....yang super tera giga kaya tu semua shopping dekat negara2 barat.
Tak percaya?????? Tak percaya sudah....malas cerita....dah lari dari topik.

Bagi orang yang bukan seratus peratus berjiwa seorang pencari gali gas asli atau jurutera cari gali petroleum atau jurutera kimia petroleum.....apatah lagi orang yang tidak berangan nak jadi macam Ben Afleck dalam cerita Armageddon sebagai seorang pencari minyak tu.....memang sukar nak faham apa itu minyak/gas asli (LY sebenarnya tak tahu nak sambung ayat apa dengan kata2 kat atas ni)

Kalau korang nak tahu, program BSDP(K)-Matematik yang LY tempuhi di UPM dulu...bagi mereka yang ambil KIMIA sebagai minor kena ambil paper CHM4001...dalam paper Kimia Perindustrian tu terselit topik berkaitan PETROLEUM.
Suatu topik yang sangat menarik untuk dikupas seperti kupas kulit bawang. Boleh menangis mata ni akibat terlalu seronok kan?????????

Topik ni diajar oleh DR TAUFIQ YAP ABDULLAH (betul ke nama dia ek).....muallaf ni...(chop....dulu je muallaf...sekarang bukan muallaf sebab title muallaf tu boleh guna 3 tahu je la....itu pon korang tak tahu ke....cetek bebenor pengetahuan am korang ni)
Beliau ni pernah mengeluarkan artikel berkaitan ron95 dan ron97....tak percaya...korang pergi tanya beliau sendiri....

Akibat dari keterujaan belajar subjek Kimia Indstri yang bergelumang dengan topik minyak sawit, simen, sabun, gas asli bagaikan...terjadilah peristiwa LY dapat F masa final exam paper tu. Kahkah...okaylah kan...daripada dapat D...lagi teruk pointer jadinya.
Akibat seronok juga, maka kenalah repeat paper tu. Alhamdullillah...lulus C-emerlang.....kahkah....
LY memang akan senyum ikhlas punyalah kalau orang tu boleh lulus tahap Mumtaz untuk papers berkaitan PETROLEUM ni....

Korang tahu tak rupa sebenar gas asli adalah hitam.......korang tak tahu kan...yang korang tahu minyak motor kereta korang warna kuning atau merah je.
Korang tahu tak, LY pernah naik motor yang nyawa2 ikan minyak dia.....
Korang tahu tak akibat dari tak tengok minyak motor dalam tank motor....LY pernah bertolak motor tengah2 syok pergi meronda2 keliling kampung.
Korang tahu tak masa tu jugaklah LY tak bawak telefon dan duit dalam poket.....nasib baik muka baik...hutanglah dulu beli minyak dekat kedai.

Berbalik kepada kekecohan harga minyak naik......LY tak ada kaitan langsung nak kena explain kenapa dan mengapa harga minyak boleh naik. Tu korang kena tanya pakar.
Yang LY tahu, LY saja nak kecoh kat sini....

Kalau korang nak harga minyak turun, senang je....
Korang jadi Perdana Menteri....
TAAAAAAAPPPPPPPPIIIIIIIII....LY pasti korang akan meneruskan legasi menaikkan harga minyak ni sebab minyak dekat Malaysia ni dah nak habis....dah tu pulak, korang kena ingat tentang memorendum ASEAN berkaitan minyak ni.
Malaysia memanglah keluarkan minyak, tapi bukan kita yang proses sepenuhnya....Malaysia tetap beli minyak jugak...


Apa2 pun...korang kalau nak senang, jadilah orang Terengganu....belajar pandai2...nanti dapat saguhati dari Yayasan Terengganu yang duitnya tu asal dari minyak petronas tu.


p/s:artikel tidak boleh dijadikan sumber bahan rujukan membuat assignment paper kimia atau petroleum korang....

~batubersurat: kau tipu tipu tipu lagi.......persoalan yang kat atas tu boleh google jawapannya~

No comments: