Wednesday, February 2, 2011

Kemalangan sewaktu ke tempat kerjA

**** berita ni tak terpublish masa hari kejadian kerana wartawan tak sempat nak datang***

Sabtu, 29 Jan 2011, Sungai Lui - Seorang pemuda berusia 20 tahun yang dalam perjalanan ke tempat kerja telah menabrak mati seekor binatang berkaki empat yang tiba2 menyeberangi jalan yang sedang dilalui oleh pemuda itu. Binatang itu di percayai dalam kumpulan yang hendak pulang ke kediaman masing-masing sekitar jam 6:30 pagi. Tempat kejadian adalah 3 batu dari rumah pemuda terbabit.

Pemuda terbabit yang telah melihat kelibat binatang pertama melintas dan mengambil tindakan untuk meneruskan perjalanan tanpa perlu memperlahankan motor miliknya. Tanpa beliau sedari, muncul lagi seekor kawan kepada binatang yang baru melintas. Binatang tersebut yang tidak melihat kiri dan kanan jalan terus melintasi jalan utama di kampung itu. Dan tidak semena-mena, bahagian depan motor pemuda terbabit melanggar tepat bahagian perut binatang berkenaan dan menyeretnya lebih dari 50 meter dari titik awal pertembungan.

Berikutan kejadian itu, binatnag terbabit mati ditempat kejadian akibat kejutan yang teramat sangat sehingga berlaku perciritan sehingga mengenai tubuh badan dan motor pemuda terbabit. Pemuda terbabit yang mengalami luka di bahagian lutut dan beberapa anggota badan yang lain telah selamat mendapat MC selama 3 hari.

Akibat dari kejadian awal pagi itu, pemuda terbabit terpaksa melakukan proses pembersihan dan penyucian mengikut kaedah yang ditetapkan oleh ajaran agama Islam iaitu proses SAMAK. Pemuda terbabit terpaksa bertungkus lumus menyamak motor miliknya yang penuhi tahi binatang terbabit serta tubuhnya yang menindih binatang terbabit sewaktu kejadian. Pakaian yang dipakai oleh beliau terpaksa dibuang serta merta.

Nasihat beliau, janganlah menunggang motor dengan laju di kawasan yang menjadi laluan babi hutan melintas.

-Berita penuh boleh berhubung dengan kakak mangsa yang merangkap pengarang berita ini-

~batubersurat: LY still nak gelak bila terpandang luka kat kaki pemuda tersebut~

1 comment:

Enh Ear said...

aduh..... cirit?
eeeyuuuu...
sabo jalah....