Sunday, May 15, 2011

Ben Ashaari Ucap Selamat Hari Guru

Salam sayang semua...

Ahad yang hening ni...tetiba LY rajin nak join segmen abang Ben...
Hahaha...
Santai bersama Ben Ashaari
(sorry abang Ben, tenet slow meyh....tak boleh nak letak gambar)


Sekolah pertama LY,  Sekolah Kebangsaan SUNGAI LUI, Hulu Langat Selangor (1994-1999)
Familiar kan dengan nama SUNGAI LUI ni...tajuk lagu Aizat AF okay nama sekolah LY....
Sungai Lui ni famous dengan air terjun yang menjadi kunjungan ramai pada hujung minggu....kalau abang Ben nak buat gathering blogger dekat Sungai Lui....LY suggest datang dekat AIR TERJUN SUNGAI GABAI....40 minit je dari KL pada waktu jalan tak jem...

Lepas tu, SMK Abdul Jalil, Hulu Langat (2000-2004)
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (2005-2006) [biological student, kelas Hayat 4 Praktikum 4, H4P4]
Universiti Putra Malaysia, Serdang Selangor [ Bacelor Sains Dengan Pendidikan(Kepujian)- Matematik] [2006-2010]

LY memang belajar untuk jadi cikgu...baru saja posting di SMK Raja Jumaat, Port Dickson.

Kerjaya ni asalnya pilihan cita-cita ketiga  kalau diikutkan dalam rekod kemajuan SMKAJ masa zaman sekolah dulu...huhuhu...tapi sudah ketentuan Allah...Alhamdulillah...

Cikgu-cikgu yang sentiasa diingati....
Sekolah rendah.....
Cikgu Ain yang cute yang jadi cikgu kelas masa darjah 1....
Cikgu Zaini...cikgu English masa darjah 2....garang oooo...
Cikgu Zamani.....cikgu Matematik darjah 4 dan 5.... Cikgu Hashim...cikgu Sains darjah 4 dan 6...cikgu Azman, ajar KH.....cikgu Nora, cikgu kelas masa darjah 6 merangkap cikgu Matematik yang garang dengan budak yang tak buat kerja.....hahaha.......cikgu Sarimah, ajar English darjah 6....Ustazah Azizah..cikgu Rosmina, ajar BM dan cikgu kelas masa darjah 5...cikgu lain2 yang masih dalam ingatan....cikgu Shidah, cikgu Habib, cikgu Mimi, cikgu Asmizul...yang masih contact, cikgu Taha sebabnya jadi abang ipar bestfriend LY, Mira...
Cikgu-cikgu sekolah masih kenal lagi dengan LY bila LY datang sekolah....dan LY pun masih ingat nama2 cikgu sebabnya dekat sekolah memang selalu tolong cikgu buat kerja...baik dengan cikgu...so benda tu imun dalam badan....tu yang melekat nama diorang dalam otak ni....

Cikgu sekolah menengah pulak, my best Matematik teacher, Cikgu Airil....nama macam muda, tapi orangnya dah tua...sekarang ni tak tahulah  beliau dekat mana....harap cikgu Airil sihat dan diberkati Allah...cikgu Airil banyak cuci otak LY dengan soalan2 yang mencabar....
Cikgu yang macam kakak/mak....cikgu Suharni...ajar KH-ERT dari LY form 1 sampai form 3...
Cikgu kelas 1A, Ustazah Anidah.....sayang ustazah ni sangat2....
Cikgu kelas 2A....Sir Goh Huat Seng....thanks a lot sir....U inspired me a lot...
Cikgu kelas 3A, cikgu yang kecik je...kalau duduk depan tak nampak dia kat depan dalam makmal Sains......cikgu Suriani Mustafa....
Cikgu kelas form 4A, Cikgu Fizik...cikgu Sajali...
Cikgu kelas 5A, teacher Fuziah Yaakob...
Cikgu Sejarah upper form yang best....Puan Hajah Suratin dan Puan Hajah Zaharah...
Cikgu BM...cikgu Suzana dan cikgu Asmah...
Dan

Masa dekat Matrik....lecturer yang paling best....ialah Puan Asiahwati...yang banyak membantu LY dalam Matematik....Puan Asiah selalu marah dekat LY sebab suka sangat skip jalan kerja...dia cakap, patutlah markah LY selalu rendah...sebab tak dapat full mark even jawapan akhir betul....

So...sekarang ni, kalau LY mengajar, mesti tekankan dekat student LY untuk buat jalan kerja yang betul...mesti susun jalan kerja dengan teratur...barulah pemeriksa senang nak bagi markah...hahaha...

Dikesempatan ini LY nak ucapkan SELAMAT HARI GURU kepada coursemates BSDP (K)- Matematik....geng2 1 Malaysia, Vas, Ady, Danny, Fatma, Yee, Mui Nee, Siew Ying...geng blok Seladang Suzi, Syima, Paan, Husna, Ana, Yana, Anis, Dayat, Anah, Geng blok Kijang Kama, Awin, Maa, Lisa, Ida, Jihan, dan Ila....Geng blok Rusa Naa, Ain (rusa), Ain (k5), Midah, Linda, Anizah...geng lelaki Pisang, Safuan, Anuar, Sky, Thomas...

Tak lupa...Senior blok Seladang...kak Intan, Kak Syaza...kak Yuli, Kak Widad..kak jannah.....

Kawan2 SMKAJ, Aizan...Zainab...dan my dear best friend...FAHIRA...a pre school teacher to be...

Semua guru2 di Malaysia....Happy Teacher's Day :)

1 comment:

airil said...

Cikgu sekolah menengah pulak, my best Matematik teacher, Cikgu Airil....nama macam muda, tapi orangnya dah tua...sekarang ni tak tahulah beliau dekat mana....harap cikgu Airil sihat dan diberkati Allah...cikgu Airil banyak cuci otak LY dengan soalan2 yang mencabar....

TQ kerana mengingati cikgu