Wednesday, May 4, 2011

Cara nak bayar PTPTN

Salam sayang korang...
Entri ni untuk mereka2 yang dah habis belajar serta telah habis menggunakan wang kerajaan yang telah diberikan kepada kita...

Kepada yang masih keliru nak bayar macam mana....
Ni antara satu cara yang paling mudah....

Hanya ambil masa beberapa minit je....

DENGAN SYARAT, korang mestilah dah register mana2 bank untuk LOG IN ID dan password korang...
Contoh, cimb-click atau maybank2u.


Mula2 korang bukak je laman sesawang rasmi PTPTN...
Lepas tu korang klik dekat link E-FES...

[ Lihat rectangle yang warna hitam]

Korang klik situ, nanti akan keluar link macam dekat bawah ni....

Masukkan nombor I/C korang.....
No pin tu ada dalam surat tawaran PTPTN masa mula2 kita dapat surat dulu...yang dekat bawah bar code....kalau tak ada surat, korang boleh check guna SMS....godek balik web PTPTN macam mana nak dapatkan no pin korang tu....

 bila korang dah masukkan nombor IC dengan no pin korang nanti akan keluar penyata terkini akaun PTPTN korang....korang scroll ke bawah....
Korang akan nampak benda kat bawah ni....
korang klik dekat PEMBAYAR PERTAMA...lepas tu isi berapa jumlah korang nak bayar....
Make sure OO dekat belakang tu pun korang isi...
Nanti bahagian JUMLAH tu akan keluar automatik....
Korang klik ikon BAYAR
Lepas tu akan keluar link ni....

 Korang semak balik jumlah yang korang nak bayar tu..kalau betul korang klik je TERUSKAN.

 nanti akan keluar link ni pulak....
Korang klik dengan cara apa yang korang nak bayar...kalau korang guna CIMB clik, klik dekat ikon CIMB click tu je la...
Lepas tu korang scroll ke bawah, klik ikon AGREE N CONTINUE macam dekat bawah.


Lepas tu akan keluar link bank...
kalau CIMB CLICK punya kes...
Korang masuk LOG IN ID dan password ...
Lepas tu korang klik nak minta TAC...
nanti bank akan hantar SMS dekat fon korang no TAC yang korang patut masukkan dalam bahagian TAC tu.......dapat je SMS terus masukkan no TAC sebab nya TAC yang korang dapat tu expired lepas sejam korang dapat SMS tu...

Dah dapat TAC tu..korang klik je la agree nak bayar jumlah yang korang dah tetapkan tadi...
Lepas tu selesai....gambar tak dapat display sebabnya tetiba LY ada masalah nak klik dengan CIMB...
Disebabkan malas nak ulang proses....korang yang sememangnya dah expert dengan tenet...plus pulak dah pandai baca...korang baca je instruction....
senang cerita....

Korang jangan takut kalau kena ulang banyak kali selagi korang tak masuk dengan bahagian bank...duit korang takkan hilang punya....pastikan jumlah yang korang masukkan tu betullah...dan kalau nak lagi selamat, korang print je transaction korang tu...

Okay, selamat membayar HUTANG PINJAMAN....jangan tangguh2...interest tetap naik setiap bulan....
p/s: harap maaf kalau tak berapa nak sempurna langkah2 bayar hutang ni...
~batubersurat: letak reminder setiap bulan untuk bayar hutang...nanti tak de lah terlepas pandang apa yang kena buat tiap2 bulan~

5 comments:

Enh Ear said...

huhhu.. main ngn tenet yg mls ni..

dentist-to-be said...

kak yan..
ajar buat print screen..
hehe..

Anonymous said...

Tima kasseh baru saya tahu cara bayaran online

Anonymous said...

time kasih byk2...hutang2 sy da terbayar..ilmu yg sgt berguna...

Ana admi said...

Thx..for info