Salam takzim. Selamat bercuti kepada diri sendiri yang dah rupa macam makcik Senah kepenatan basuh baju dekat sungai.
Waktu ni...LY masih lagi dekat PD. Belum balik kampung lagi. Memandangkan nak cuti lama, makanya LY kena ambil masa sedikit membuat beberapa urusan penting yang melibatkan kesejahteraan dan keharmonian hidup selepas habis cuti nanti.
Checklist yang terawal dari semua yang terpenting adalah, menanda semua kertas exam. Kertas Matematik 1 Mutiara yang tak bersinar dah siap....Sains 1 Permata yang malap dah siap....Amalan Bahasa Melayu Peralihan Berlian yang pudar dah siap....Sains 2 Delima yang terover berkhasiat dah siap. Sedikit cuak dengan result 2 Delima yang hampir separuh kelas dapat A, seorang je tersesat dapat 50%...yang lain semua atas 55%....soalan setara peringkat PPD-PD yang terlalu senang ni menyesakkan nafas LY untuk menghadapi exam pertengahan tahun nanti. Di buatnya soalan susah masa exam bulan 5 nanti...result budak menjunam jatuh...habislah LY nak kena buat report.... Dan sesuatu yang mendukacitakan, skrip jawapan Matematik 1 Nilam hilang. Cikgu yang jaga exam tu kata dah masukkan dalam kotak pengumpulan. Tapi dah 2 hari LY cari...tak juga jumpa...dah tanya cikgu2 lain, diorang tak ada pulak ambil. Haaaaaissssssssssshhh...takut ni....Kalau nak kena buat re-test, memang LY akan suruh cikgu Khatijah tu settlekan semuanya. Penat tu LY buat soalan, staple soalan...last2 hilang. Memang LY akan meng-hangin je lah nanti.
Perkara kedua dalam carta.....sapu rumah dan mop lantai. Hari bekerja yang asyik balik jam 5 petang kalah kerani majlis daerah menyebabkan keadaan rumah tunggang langgang bagai kapal Jack Sparrow karam dilautan lumpur. Rambut2 yang beserakan, sisa pemadam pensil dan kertas2 yang direnyuk di hapuskan. Kemudian proses mengemop lantai dijalankan dengan jayanya.
Next, kemas dapur.....mengelap dinding yang berminyak akibat projek masak2 dari tukang masak amatur....bersihkan sink termasuk dalam package tajaan bersihkan dapur ni...dah siap berkilat, pinggan mangkuk cawan kuali dan yang sewaktun dengannya dikeringkan di tempat lain sebab nak buang air yang bertakung dekat rak pinggan. Sebagai makhluk Allah yang penakut, LY amat2 takut kalau2 terdapat pembiakan nyamuk Aedes di dalam rumah ni....Rak dah settle, pinggan je belum lap...nanti malam sikitlah LY buat.
Next, buang sampah dan semua sisa makanan yang boleh mendatangkan mudarat seperti pembiakan telur lalat....Start petang tadi, dah tak boleh nak masak2 lagi kecuali masak air.
Seterusnya....buku2 disusun....mana yang nak baca sebagai bekalan cuti di masukkan ke dalam beg. Kerusi meja makan belum kemas lagi...kejap lagilah kemas...tak pun kemas balik cuti nanti....huhuuuu....
Next...yang akan dibuat selepas solat Isyak nanti, adalah projek menyeterika baju kurung murung sarung sebanyak 20 pasang untuk stok 4 minggu. Atau mungkin untuk 3 minggu je sebab hari Sabtu kadang2 pun ada sekolah. Haaaaaaaaaaaaiiiiisssssshhhhhhhh.
DAAAAAAAAAAAAAANnnnnn pabila Esok, before balik, kena pastikan semua baju dekat penyidai angkat masuk dalam bilik. Kalau tak kering sidai dalam rumah. Kena check toilet kalau2 ada air bertakung...tong2 kena clearkan dan telangkup. Kunci air. Lampu dapur kena buka. Barang2 penting di bawa. Kunci pintu. Balik Lui....
~batubersurat: merancang aktiviti semasa cuti~
No comments:
Post a Comment