Tajuk jiwang tak???
Aicheche....
Ok...tajuk tak ada kena mengena kot dengan cerita ni.
Sebenarnya cerita ni agak ketinggalan berbanding kawan2 yang lain. Cerita pasal urusan jual beli kereta. Kawan2 lain semua dah umur setahun kereta diorang. LY je yang sangat2 ketinggalan.
LY nak start dari awal....dari impian dan angan2 masa kecil sampai semuanya jadi kenyataan. (Kenyataanlah sangat...hahahha)
Abah LY dulu kerja driver lori Majlis Daerah Hulu Langat (sekarang dah upgrade jadi Majlis Perbandaran Kajang)....dan bila bawak lori tu, LY pun selalu jugalah terjebak untuk jadi penumpang setia lori kerajaan yang besar kedabak tu. Syoookkk wooo naik lori...tapi yang sebenarnya syok naik kenderaan tinggi. Dari kecil dah biasa naik kenderaan tinggi...
Dah besar sikit, ada jiran LY yang pakai Jeep. Tuan Haji Adnan...ni bukan je jiran, tapi merangkap kawan juga ni... Suka naik jeep dia....stereng dia besar gila...tapi beliau dah jual jeep dia tu.
Start dari sinilah pasang angan2 nak ada jeep atau pajero sebijik...
Masa ambil lesen dengan Pak Din..dia jemput dan hantar balik rumah dari belajar kereta naik Storm....keterujaan naik kereta besar yang lebih spesifik diletak dalam keluarga SUV atau 4x4 ni LY memang rasa semacam. Rasa macam dekat kayangan je duduk dalam SUV ni. (memang melampau punya perasaan...belum ada kerja dah berangan lebih)
Bila dah kerja, hajat memang untuk simpan duit sambung study memandangkan buat master tak lama dan kos yuran pun boleh tanggung sendiri. Atau mungkin nak beli tanah atau rumah...tapi disebabkan kekangan tugas yang memerlukan kenderaan untuk bergerak sana sini, maka LY buat keputusan untuk beli kereta dulu.
Tapi semua yang LY nak LY tak mampu....Haha...LY angan2 nak beli Mitshubishi Pajero sebijik...
Bila dah puas fikir sampai bulan 6 cenggitu, hajat nak sambar Grand Livina je lah....tapi hold dulu masa bulan Jun 2011 tu sebab tak ada rasa2 nak beli kereta lagi. Masa ni kawan2 (coursemate UPM) lain semua dah sambar Proton Saga, Persona dan kebanyakan yang lain dah pakai MyVi sebijik termasuklah blogger Enhear yang baru masuk kerja bulan 2 2011.
Pencarian dan survey masih diteruskan...tapi masih belum ada ura2 untuk kemana2 show room yang terdekat dalam PD tu. Kak Sya ada juga provok untuk sambar Vios....tapi LY tak minat.
Hari2 cakap nak ambil grand livina...grand livina....grand livina...sampai semua pun naik bosan kot...ye lah, cakap je lebih...tapi show room yang sejengkal dari rumah (PD) pun tak pergi. Tapi berkat cakap hari2 yang dah umpama doa tu, di pertunjukkan jalan yang mudah masa bulan September 2011. Masa ni masih lagi dalam mood raya. Masa tu beli barang dekat TF dengan kak Sha...depan tu ada show car...and...it was grand Livina ok....with the one... a new version of Livina.
Ya Allah...love at first sight. It's AAAAAAAAAssssssss----YOOOOOOOOOuuuuuuuuu-VVVVVVVVyyyyyyy (baca SUV dengan rasa excited).
Untuk kesekian tahunnya lesen kereta terperuk dalam dompet, hari tu LY dengan berani test drive. Parking lot TF memang besar. Habis pusing 1 parking lot tu. Terbaik....kali terakhir bawa kereta rasanya 2 tahun sebelum tu. Tu pun antara rumah dengan rumah Aunty Fauziah yang jarak dalam 2 km.
Balik je rumah, terus google. Kereta tu baru launching dekat Malaysia 2 hari. Pergghhhh2....kereta tu dah lama wujud. Versi 1.5L dekat luar negara je. Dan dalam Malaysia ada 500 unit yang dalam stok.
LY tak ambil masa lama untuk fikir. Uncle Nissan Tan Chong Motor PD tu pun ada lah calling2 tanya "mau angkat ka???"
Hujung minggu bulan 9 2011 tu LY balik Lui dengan pamplet. Bincang dengan along LY. Mak abah pun tak kisah kalau LY mampu. Then balik PD balik. Next week tu, LY turun Bangi hari Sabtu...pergi kedai Nissan...jumpa Miss Lucy Liew yang comel dan banyak mulut tu. (Sorry Uncle Nissan PD, tak ambil dengan lu itu kereta). Settle borang itu ini, LY pilih warna grey. Next week tu Lucy mesej, kata kereta mungkin tak ada stok warna grey. Tapi LY kata LY boleh tunggu. Tapi penungguan yang amat menyeksakan sehingga pergi dan balik Langkawi hujung bulan 10 2011 tu masih belum ada berita gembira.
Masa tu semua dah tahu, rahsia yang along simpan kitorang pergi kedai Tan Chong Motor pun dah terbongkar. Hahaha...tunggu dan tunggu lagi...terseksa woooo...
Orang asyik dok perli2 je...kalau kat sekolah, yang suka perli Bad dengan Abadi. Kat rumah mak abah ni, kak ngah LY asyik perli je. Sampai 1 tahap, orang lain suruh cancel kan order tu. Dah lah suruh cancel 1 hal, ada ke patut diorang suruh pergi ambil MyVy atau Viva....Nooo...no...no....kalau nak suruh LY pakai Myvi or Viva, dari awal tahun lagi LY dah pergi order gamaknya.
Ada pulak tu masa hujung bulan 12 cenggitu, along LY suruh ambil Kia Forte.
Dalam hati, dari ambil Forte, baik ambil Kia Sportage je....SUV jugak....lagi besar.Awal bulan Januari 2012....Lucy call..ada stok warna oren....grey memang tak ada. Tapi LY let go...tak nak lah oren...LY nak grey. Masalah Tan Chong dari masa LY order dulu tu ialah, kilang sparepart besar dekat Bangkok tergendala sebab Bangkok kan banjir dari bulan 10 tu.
Setelah berbulan lamanya, LY pun dah boring menunggu. Duit pun asyik pergi joli je. Siap beli TV flat skrin untuk mak LY lagi. LY call Lucy, ada apa2 kaler lepas ni bagi LY je. Yang Lucy cuba dapatkan tu yang stok 500 yang awal dulu tu lah...nak tunggu stok baru memang tak ada.
Sehingga akhirnya....Lucy berjaya dapatkan sebijik untuk LY. 10 Feb 2012. Sekali lagi turun Bangi dengan along LY. Settle sign agreement dan bayar 10%. 15 Feb 2012...Lucy suruh datang ambil kereta. Dan disebabkan LY bersekolah, sekali lagi khidmat Along LY diperlukan.
Dan petang, masa Maghrib tu, Wak No-Gear terpacak depan kuarters guru Lukut. Along LY punya kejam...dia suruh LY parking dekat tempat parking yang agak sempit abang Khalid buatkan untuk LY. Dah lah LY ni lama tak mem-parking kereta. Sekali dapat yang besar montel ni....berpeluh2 nak memparking...kalau sekali tak apa, ni sampai dua kali kena paksa. Malu gila bila kawan2 kuarters tengok.
Dan bila kena hidup seorang diri dekat perantauan...Tak ada abah yang boleh tolong ajar. Tak ada along yang boleh tengok2kan. Tak ada adik2 yang boleh kena paksa teman atau suruh buat kerja senang bawa kereta, parking kereta ni....memang susah mula2...semua kena belajar sendiri.
10 hari Wak No-Gear hidup dekat PD....petang2 bawa jalan pekan PD nak mahirkan balik skill memandu yang hampir luput di ingatan. Dan Sabtu hujung bulan 2 tu, LY berani2 gajah redah PD-Lukut-Seremban-Serdang dan akhir sekali sampai dekat Lui dengan berjaya. YYYYYeeeeeeeeeeeeaaaaaaaaaaaahhhhhhhaaaaaaaa.....Sebelum ni LY memang tak pernah bawa kereta luar dari kawasan Lui. Dan ada seorang makcik ni, suka memperlekehkan LY kata LY ni penakut bawak kereta dan bangga gila anak dia boleh bawak kereta jauh2 pergi pekan dan highway sampai Johor nun. Tapi dalam hati LY yang membara ni kutuk jugak untuk melegakan hati sendiri. "Anak makcik bawa kereta orang..bukannya kereta sendiri pun.". Huhu...
Dan disebabkan rasa tak puas hati tu, LY rasa macam malas nak pelawa makcik tu naik Wak No-Gear. (Unsur2 sifat dendam ni harus dikikis...)
Dan masa balik weekend tu, makcik2 yang suka kutuk LY tak berani bawak kereta, LY hon kan. Haaammmmmmmmmeeeeeeeekkkk kauuu... (unsur riak terdapat di sini...tapi cepat2 dibuang dengan memberi senyuman sebagai sedekah)
Dan hari ni, Wak No-Gear dah umur sebulan. (Ikut tarikh pasang no.plat kereta dan tinted percuma Tan Chong bagi)....Disebabkan LY ni memang ada sikit sifat banyak songeh...no plat pun minta bagi percuma dari Lucy. Ye lah kan...lama tu tunggu. Kalau ikut nafsu yang sebenarnya, memang nak membazir duit lagi seriban untuk beli nombor plat 3 angka...tapi dah hari tu LY beli TV untuk mak LY, kira larilah bajet sikit. Ni nasib Lucy bagi free.
Berbaloi tunggu lama...walaupun tak dapat warna idaman...tapi yang brilliant white ni kira okaylah. Cantik juga apa....TAPI siapa yang pentingkan hiasan dalaman kereta, mungkin tak pilih kereta ni. Sebabnya tak lawa pun. Lawa lagi interior Vios G dan Persona H-Line yang fully leather. Wak No-Gear tak canggih pun...cumanya kat sini, LY nak ulang balik bahawasanya, LY pencinta SUV. Dan ini je yang LY mampu. Dan sememangnya LY penakut untuk bawak kereta kecil. Bukan nak memperlekeh..tapi dah hakikat....memang takut nak bawak kereta kecil. Atau lebih tepat kereta rendah. Bagilah kereta sport Fairlady ke...ferrari ke...dah namanya rendah, memanglah rasanya LY tak akan bawak.
Walaupun LY bawak kereta masih huru hara dan takut2....tapi disebabkan oleh keyakinan bawak SUV tu lain dari bawak sedan...tu yang rasa confident untuk travel seorang diri Lui-Serdang-PD yang berjarak 100 km. Lain2 kena tingkatkan lagi skill yang ada.
Original gambar Wak No-Gear tak dapat nak upload sebab kabel fon tak ada. So tengoklah Wak No-Gear dari datuk Goggle..
Panggil Wak sebabnya no plat KL....mula2 nak ambil plat selangor. Tapi LY terlewat seminggu. Bajet boleh lah dapat BLN1502...sekali Lucy bagi tau, dah running BLN8***... tak bolehlah nak patah balik ke angka 1. Kalau dapat BLN memang kena bagi nama Brader je ...barulah rasa macam brader2 bawak SUV ni....huhuhuhu....
Dah panjang sangat karangan MUET ni...so kena stop dulu.
~batubersurat: ehhh.....vanilla coklat episod last la...
1 comment:
bagi aku cantik ja.. hihi..
ce tolong ain ni sikit.. hiihihih...
http://enhear.blogspot.com/2012/03/contest-teka-teki-tekuk-therosputih.html
Post a Comment