Sunday, July 29, 2012

Saya dan Tadarus Quran

p/s: entri yang supersaiya panjang...rajin boleh baca...tak rajin....jangan segan2 nak klik pada X di hujung kanan google chrome anda

[start: 6: 35 pagi]
Salam 9 Ramadan..Huish...sejuknya dekat Lui ni....dah nak tahap suhu beku je LY rasa.

Hari ni nak cerita pasal tadarus sebulan sempena Ramadhan mulia ni.

Cara2 macam mana nak khatam kan Al-Quran dalam sebulan ni...

Memandangkan ramai dah yang post dekat FB tips macam mana nak habiskan 30 juz al-Quran tu dalam masa sebulan puasa...entri ni pun lebih kurang sama je dengan tips yang anda semua pernah baca, cuma ada tambahan sikit...entri ni tips untuk kaum Hawa.

Kebiasaannya, zaman sekarang rata2 guna Quran Karim...dah jarang nak jumpa Quran Majid... Quran Majid ni edisi lama...zaman mak2 kita dulu belajar guna Quran ni...kakak2 dan abang2 LY pun dulu belajar guna Quran Majid....tulisan Quran Majid complicated. Kalau tak biasa baca, memang susah....LY pun tak pandai nak baca....merangkak2 kalau guna Quran Majid...

Tapi sekarang dah senang...tulisan berkomputer yang sebaris. Font pulak tak tebal dan tak berkaligrafi. Tulisan standard macam tulisan budak2 belajar tulis jawi.

Susunan juz dalam Quran Majid pulak dah dimurnikan dalam Quran Karim yang lebih teratur dengan formula 20 muka surat bersamaan 1 juz.

Cumanya dalam Quran Karim, beberapa tanda tak di taip kerana adanya formula cara bacaan. Contoh macam huruf NUN kecil dihilangkan bila mana anda jumpa huruf berTANWIN (baris dua depan, baris dua atas, baris dua bawah) yang bertemu dengan huruf yang ada tanda mati. (Maaf, nak tunjuk contoh malas nak cari). (Cuba lihat surah al-'Alaq, ayat 2 dan 3....cuba baca dengan sambung kan kedua-dua ayat ni, huruf akhir ayat 2, Khaf tu tanwin, bertemu dengan Alif dan Khaf yang mati...kalau bacaan bersambung ayat dua 2 dan 3, huruf khaf tu hanya akan jadi baris bawah dan tambahkan huruf nun berbaris bawah dan matikan dengan khaf dalam ayat 3.) (Maaf, tak mampu nak beri contoh yang lebih baik)

Ada juga bila mana permulaan ayat tak bertanda...iaitu huruf alif. Contoh macam surah Al-'Alaq, ayat 1. Huruf pertama ALIF mati bertemu khaf. Kalau orang tak tahu mungkin akan baca AKRAK---...sedangkan bacaannya adalah IKRAK--- Untuk surah ni kebiasaannya kita memang dah tahu sebab biasa dengar....tapi untuk ayat yang kita tak hafal dan jarang2 jumpa, formulanya adalah dengan melihat kepada huruf ketiga dalam permulaan ayat tu....Jika huruf ketiga adalah berbaris atas dan bawah, maka sebutan Alif adalah baris bawah. Jika  huruf ketiga adalah baris depan, maka mulakan sebutan huruf pertama dengan baris depan juga. Senangkan. Dalam ayat 1 surah al-Alaq tu, huruf ketiganya adalah RA baris atas. Baca, sebutan Alif adalah baris bawah. Yang orang tahu,  Alif mati bertemu Lam....ambil contoh mudah, surah al-Fatihah ayat 2....Bacaan adalah alif berbaris atas...Alhamdulillah...

Bila baca guna Quran Karim, LY selalu perhatikan, ramai yang masih tak berapa tahu macam mana nak bacakan 2 masalah dekat atas. Terutama sekali masa LY semak bacaan nenek2 dan makcik2 baca. Dah puas LY terangkan, masih ada lagi yang lupa. Mungkin juga LY yang tak pandai ajar. Huhu...Kalau anda baca Quran edisi Majid, semua huruf dan tanda ni memang ada.

Okay...matlamat asal dah tersasar...dari nak cerita pasal tips, dah cerita pasal quran pulak....apa2 pun sekarang ni, memang kena kenal dulu dengan Quran...kalau salah baca nanti tak dapat pahala.

Ni tips2 untuk kaum hawa supaya lebih mudah nak habiskan 30 Juz ayat Al-Quran dalam masa sebulan. Mula2 niat kerana Allah. Azam kena tinggi...kalau tak kuat memang susah sikitlah.

Mulakan bacaan dari malam pertama Ramadan iaitu sebelum bermulanya puasa pertama. Habis je terawih, Teruskan bacaan dengan 1 juz. Sebabnya kita  banyak tenaga lagi. Belum fikir penat lagi. kalau tak mampu, cukup dengan 4 muka surat sahaja....

Untuk setiap solat, baca  4 muka surat paling minima.
1 Juz= 20 mukasurat
1 hari= 1 juz
30 hari= 30 juz.
20 muka surat bahagi dengan 5 kali waktu solat = 4 muka surat.

Tapi, formula ni baik untuk lelaki dan orang tua perempuan yang dah menopos.

Untuk kaum hawa yang  ada kekangan masa lebih kurang seminggu tak boleh baca.
Kita kena guna formula lain.

Formula ni perlukan pengorbanan yang super saiya....terutama orang2 yang macam LY yang super saiya jadual penuh dengan aktiviti duniawi.

Mula2 korbankan masa tengok TV drama bersiri dan saturday night movie...contoh macam CSI, drama2 Melayu dekat TV3...tak kisahlah bercorak Islamik atau tidak...yang pasti memang kena korbankan. [Jangan takut kalau tak dapat tengok...tahun depan, mesti ada ulangan masa sahur!!!!!]

Ini cara LY...
1- lepas solat Subuh baca paling kurang 6 muka surat....paling banyak boleh habis 10 muka surat. LY tak ber-make-up ke sekolah....so memang ada banyak masa waktu pagi. Habis mengaji pun sempat relaxs tengok Tv sebelum pergi sekolah.

2. Jadual cikgu tak sama setiap hari macam orang kerja pejabat....tapi 20 minit waktu rehat sangat berharga untuk solat Dhuha.... Pastikan baca paling kurang 3 muka surat lepas anda buat solat Dhuha...

3. Kalau cikgu, Zohor tu selalunya kita ambil masa dengan waktu makan tengah hari kan...maka, boleh gantikan dengan baca lagi 5 muka surat. Amalkan solat dekat sekolah...balik rumah boleh terus rehat.

4. Waktu Asar, sebelum memulakan langkah kaki dan tangan untuk memasak atau jalan di bazar, baca lagi 5 muka surat.

5. Lepas berbuka dan solat Maghrib, LY tahu ramai yang kenyangan....so bacalah paling kurang pun 3 muka surat sementara nak pergi Tarawih jemaah bagi yang suka berjemaah.

6. Lepas Tarawih, ambil tenaga dan hilangkan kehausan dengan air masak putih lebih kurang dua gelas. Sambung bacaan dengan gear yang paling laju tapi pemanduan mesti selamat agar tak terbabas. Baca lagi 5 muka surat.

7.  (6 + 3 + 5 + 5 + 3 + 6 ) = 28 muka surat....Isnin sampai Jumaat...28 x 5 hari x 3 minggu = 420 muka surat.

8. Hari Sabtu dan ahad tukarkan....Subuh = 6, Dhuha= 6 Zuhur= 6, Asar= 4, Maghrib = 3,  Isyak = 6. Total = 31 muka surat. [31 x 2 hari x 3 minggu = 186]

9. Kenapa LY buat 3 minggu punya calculation sedangkan itu bersamaan dengan 18 hari je...sedangkan kalau uzur syar'ie hanya secara purata adalah 7 hari...masih ada baki 5 hari. Baki yang selebihnya tu, apa kata tingkatkan balik tahap hafazan....manalah tahu banyak yang dah lupa...macam LY sebab banyak sangat ingat dunia sampai dah lupa surah lazim.

10. LY buat calculation macam ni, sebab nya ada hari2 yang kita tak sampai target....boleh jadi disebabkan perjalanan musafir....(semalam masa drive balik Lui, sempatlah baca 3 muka surat dekat RnR Seremban....)...persiapan untuk memasak juadah yang lebih lama dari waktu lazim untuk hari2 istimewa....persiapan hari raya...nak pasang langsir...nak kemas rumah...nak buat kuih raya...nak jahit baju raya....nak shopping raya....macam2 hal orang perempuan ni kan....huhu....samalah jugak dengan LY ni pun...

11.  Lagi satu tips, jangan amalkan gosok baju dan tudung waktu pagi sebelum pergi kerja....sebabnya anda akan buang masa....prepare siap2 baju untuk seminggu...macam LY memang gosok baju untuk sebulan terus...tak payah nak fikir2. Gantikan masa tu dengan mengaji.

12. Kalau tak mampu baca seorang diri disebabkan kurang yakin dengan tahap bacaan...tak salah cuba mengaji dalam kumpulan....baca dan semak...paling kurang 1 setengah juz untuk setiap malam. Kalau boleh buat 2 juz lagi bagus. Boleh khatam 2 kali dalam 1 bulan. (Masa zaman LY sekolah dulu, 3 kali khatam untuk 1 bulan....semua berkat kerja berpasukan...baca dan semak)

13. Kalau dalam kumpulan, jangan malu nak tegur bacaan yang salah baca...sebabnya, semua tu dikira pahala...orang yang ditegur dapat pahala baca dan pahala belajar dari kesilapan...dan orang menegur dapat pahala baca dan mengajar...masyaAllah...besarkan nikmat Allah bagi..senang2 je dapat.

14. Benda ni pun biasa juga orang buat...bila ada nak mengagumi bacaan seseorang tu, kami biasa bertakbir...ALLAH...ALLAH...masa arwah Tok Salleh hidup, kami suka lah usik....sebut ALLAH ALLAH sebab dia mengaji sangkut2 nafas pendek...(bukan sebab dia tak pandai mengaji)

15. Dalam kumpulan tadarus surau dekat rumah LY ni, kami diajarkan untuk baca bersama-sama ayat terakhir masa orang yang punya turn tu...dalam 3 kalimah terakhir...lepas tu sambung dengan lafaz takabbalallah huminna wa minkum...memang semua akan bertakbir....

16. Kajian peribadi mencatatkan setiap muka surat tu boleh baca kurang lebih dalam2 minit...kalau 20 muka surat bersaam dengan 40 minit...kira dengan masa berhenti nak tarik nafas panjang....nak telan air liur...nak minum air....masa sejam memang boleh habis 1 juz. tapi pastikan bacaan lancar dengan semua hukum tajwid mesti betul dan harakat pun kena jaga. Jangan sebab nak kejar masa, main terjah je.... (nak buat malam minggu mengaji lah dekat surau atau masjid...kalau baca dekat rumah, alamatnya drama CEREKARAMA TV3 yang akan men-SAJI kan kita...bukan mengaji]

17..solat awal waktu...pastikan Quran dekat tepi siap2..lepas baca doa boleh terus baca..

18. yang ada tafsir kecil tu, letak je dalam handbag...macam LY...memang beg edisi boleh muat anak gajah...sumbat semua benda...boring2 masa tak ada kelas, baca lah sehelai dua untuk top-up yang tak sampai target...

19 sentiasa ingat pada matlamat cabaran Ramadan...meraih pahala yang berganda setahun sekali...

20 Jangan lupa baca tafsir...kadang2 ada bacaan kita yang tersangkut...apa kata check apa sebenarnya surat cinta Allah yang kita baca tu...istighfar dan mulakan bacaan balik...kalau boleh baca tafsir semuanya lagi bagus...(LY tak kuat iman....baca tafsir SAHAJA baru sampai juz 16 untuk 11 bulan yang bukan bulan Ramadan...)

21......dah habis..

LY lagi prefer buat tadarus kumpulan...disamping boleh memperbaiki bacaan kalau ada yang terlupa, sambil tu boleh beramal dengan mengajar secara spontan...

Okaylah....sampai sini....semoga peroleh sesuatu. Jika ada yang salah tolong betulkan. LY bukan ustazah betul....ustazah part time je. Nak lebih lanjut, boleh belajar dari tuan guru atau mana2 ustaz dan ustazah yang lebih layak.

~batubersurat: LY pun dah lari dari target...dah hari ke-9, baru juz 12....ni semua sebab iman tak kuat...asyik kena seru duduk depan je.....doakan LY dapat habiskan 30 juz dalam masa sebulan ni...LY doakan anda semua terus istiqamah untuk menghabiskan bacaan tadarus anda. Ameen.....~

[finins: 9:14 pagi]

[edit: 9:21]
Tambahan: kurangkan makan luar....makan yang lebih had masa sampai kekenyangan...puasa ni adalah nak mengajar kita melupakan kelazatan dunia untuk nikmat yang lebih berkekalan di akhirat kelak.

1 comment:

Anonymous said...

Terima kasih atas perkongsian. Semoga Allah membalas kebaikan kamu.