Tuesday, February 15, 2011

12 Rabiul Awal 1432H = 15 Feb 2011

Salam Maulidur Rasul kepada semua umat Islam.
Sempena hari mulia ini, sama2lah kita memanjatkan selawat kepada baginda ya rasulullah Muhammad s.a.w. Sebagai tanda mencintai baginda utusan mulia. Sebagai tanda pengakuan kita umat Muhammad.
Sama2lah kita mengenang kembali perjuangan baginda, sifat dan peribadi baginda serta mengambil tauladan sebagai panduan hidup kita.

------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dan Selamat hari lahir yang ke 24 kepada Norazian binti Ramli. Semoga sentiasa diberkati oleh penguasa alam. Dilindungi dunia akhirat. Dilapangkan pintu rezeki dari setiap penjuru alam.
Dipermudahkan urusannya di dunia akhirat.  Di sayangi oleh insan2 disekelilingnya. Disenangi oleh setiap yang baru dikenalinya. Dijauhkan musuh dan permusuhan dengan makhluk Allah yang lainnya. Semoga menjadi contoh yang baik kepada adik2nya, anak2 buahnya, sepupu2nya dan rakan2nya serta murid2nya.

Semoga diberikan kesihatan dan kesejahteraan agar mudah melaksanakan perintah dan meninggalkan larangan Penciptanya. Sentiasa ditetapkan hatinya menjadi anak yang solehah serta muslimat yang taat setia kepada Pemiliknya.

Semoga lidahnya sentiasa lancar dengan kalimah2 suci Al-Quran, selawat dan kata2 yang baik untuk dirinya dan orang kelilingnya. Di pelihara matanya dari pandangan yang mendatangkan mudarat. Semoga telinganya tidak pekak mendengar nasihat dan teguran.  Semoga kedua-dua kakinya rajin melangkah mendahulukan yang wajib dan meninggalkan yang dilarang, Semoga kedua-dua tangannya dipelihara untuk menyampaikan ilmu yang di pinjamkan kepadanya. Semoga akal fikirannya dipenuhi ilmu buat pedoman diri dan orang kelilingnya. Semoga terpelihara setiap anggota tubuhnya untuk sentiasa bersyukur dengan nikmat dan kurniaan yang dipinjamkan kepadanya.

Semoga dengan pertambahan usianya ini, hatinya akan sentiasa ingat akan mati. Semoga dirinya sentiasa ingat akan tiba jua saat dirinya berpisah dengan dunia yang fana.

Semoga dijauhkan sifat lalai, riak, takbur dan semua sifat mazmumah dalam dirinya. Semoga dirinya sentiasa belajar dalam setiap perbuatan dan tindakannya. Amin.

~batubersurat: terima kasih Puan Azizah kerana bertarung maut 24 tahun yang lalu di waktu subuh untuk melahirkan diri ini~

[kiriman doa kasih sayang dunia akhirat buat mereka yang melahirkan dan membesarkan]

2 comments:

ismatulnabilaismail said...

Moge Allah berkati hidup kak yan.. selamat hari lahir.. sanah helwah ya gamilah~

Lady Ya-alif-nuN said...

syukran jazilan dentist to be....