Tuesday, February 8, 2011

:: dah berTUNANG.....LY okay ::

Salam sayang korang.

Awal mula pertama mula....alhamdulillah...syukur.... (segala puji bagi Allah)....[LY tahu, ada kawan2 yang bukan Islam baca blog LY ni]

Alhadulillah...akhirnya bertunang jua.....
Setelah sekian waktu mengenal hati budi....akhirnya termetrai janji untuk ke jinjang pelamin dengan restu keluarga.

 [serabai betul siapa yang ambil gambar ni....entah apa2 posisi di tibainya]

[ni dari pihak lelaki, yang kat atas, belah perempuan]

Mengikut persetujuan, majlis perkahwinan bakal diadakan pada bulan Oktober 2011. Kepada kawan2 boleh mula kumpul duit untuk sediakan hadiah atau men-sponsar majlis kahwin saya nanti!!!!!!!

Zaaaaaaaaaassssssssssss.....ayat last dekat atas tu sila ulang baca!!!

Kepada kawan2 yang tengah baca ni, harap maklum, ini adalah majlis pertunangan saya punya kakak ipar punya adik. Faham tak??? Ni nak lagi mudah faham...majlis pertunangan saya punya along punya adik ipar.

Hahahaha....siapa yang terpedaya dengan ayat LY dekat atas tu memanglah kan...maktam tetipu tau!!!
Kejadah apanya LY nak bertunang....mak dengan abah pun masa tu ada dekat Kedah...diorang pergi wedding sepupu LY dekat sana. 
Yang tak logiknya, siapalah yang nak jadi calon tunang LY tu....tak ada yang nak pun dekat LY ni....
Dah lah jiwa WWF....tambah pulak dengan pakej tak pandai masak....kihkih...terbocor rahsia...

Sabtu lepas, 5/2/11...adik ipar perempuan along LY bertunang....rumah kitorang ni dekat2 je.
Memandangkan rumah dah dekat, keluarga besan mak LY ni pun jemputlah datang kenduri diorang yang sederhana ni..(kalau kata ringkas tu majlis minum petang...tapi ni majlis makan tengah hari)

Memandangkan mak LY tak ada, kami pun mewakilkan diri kami sendiri ke majlis ni (suka sangat guna perkataan memandangkan...gunalah menengokkan sesekali kan)


[lia-ebot-kakngah-LY-ida-esah n rissa- kaklong]

Yang bertunang ni adik kepada kaklong LY ni lah....Namanya, Zuraida Abdullah Zabor..umur baru 21...sebaya adik lelaki LY, Sabri. Tunang beliau adalah seorang penguatkuasa MPKj bernama Ibrahim Jani. Perkenalan diorang ni dulu adalah atas usaha along LY dan kak long LY ni....masa tu Ida ni baru putus cinta kot....diorang saja2 lah nak kenen2 kan Ayem ni memandangkan Ayem ni pemalu dan single lagi. Gambar Ayim tak sempat nak ambil...

LY kenal jugaklah dengan Ayem ni....selalu datang rumah kitorang....kalau ada kenduri ke apa ke kan....[ayat orang tak ada contoh lain]
Nanti diorang kahwinlah LY letak gambar okay.

Tajuk entry kat atas tu, yang sebetulnya macam ni... ::Ida dah bertunang even umur baru 21, tapi  LY yang umur nak masuk 24 ni tak ada calon lagi, LY okay::

Tapi tak syoklahkan....tajuk panjang2...lepas tu tak surprise lah cerita....tak boleh lah nak auta kat korang kan...huhuhuhuhu...

Sampai sini dulu....nanti cerita lagi.

~batubersurat: korang tahu tak sebab apa orang sekarang buat trend sarung cincin dekat luar bilik dan siap ada pelamin ringkas lagi???????~

3 comments:

Nurhasyimah Musa said...

aku pun tak faham kenapa tunang sekarang pun nak ada pelamin????

ciK PeLAngi said...

eh LY..cik pelangi terlepas cerita ke ni??yg dulu tu dh kemana?

~sunflower~ said...

ermm kalau ekut adat org lelame dl,,,
kalau tunang jangan bagi anak dara dia di tgk org ramai, so kena sarung cincin or gelang dalam bilik...tak nak seri hilang mase kawen nanti...
ermm tp skunk ni tak tahu la...