Tuesday, December 21, 2010

Sesaja je buat entry malam ni.

[start=12:11 am,21 Dis 2010]

Owh yeah.....
Hari yang muram dengan cuaca yang hujan2 rajin.
Dari petang tak mahu rest dia turun ke bumi Allah ni.

Semalam, Along dan kak long dah bawak balik Alif dan Jehan ke Semenyih.
Tamatlah sudah edisi menjadi pemantau cuti sekolah yang terhormat.

Semalam jugak....badan LY rasa melayang2....
Macam duduk atas awan terbang kartun dragon ball tu je.

Pening2 dan ada lelehan air putih cair dari salur utama pernafasan.
Hari ni.....badan malas2 je.
Habis buat kerja rumah (chop...habis basuh baju dengan menyapu je)...terus baring2 depan TV...
Dan tidur.......

Nak masuk sekolah lagi seminggu je lagi.
Tapi habit tidur tengah hari ni susah pulak nak tinggalkan.

Macam mana ni???????
Kang tak pasal2 boleh terlentok masa meeting cikgu pulak.

Hari ni LY kencang bermesej dengan ex-roomate masa dekat Seladang dulu. Paan dan Yana....terima kasih sudi buang masa bermesej dengan LY okay.

Kepada kawan2 yang dah tahu result interview....TAHNIAH  semuanya.
Lepas ni....Sindrom KPM bakal melanda hidup korang.

Lepas ni, muncullah status2 di FB yang  dapat mimpi dari KPM.
Meng-komplain pasal makcik2 jiran yang menyibuk nak tahu bila korang bakal posting.
Lepas ni jugak, korang mula membayangkan kalau2 nanti dapat ke ceruk gua dan terusan2.
Lepas tu, korang mulalah berangan2 dapat sekolah yang best2.
Korang bakal merasa peritnya sebuah penantian.
Lepas tu........bla...bla...bla....
(kepada yang ada pengalaman sindrom KPM boleh sambung) 


LY nak tidur....vicks sudah disisi.
tkut2 nanti tengah malam hidung tersumbat.
Payah pulak nak menggagau.

~batubersurat: takutlah pulak nak stay rumah sewa ni~

4 comments:

NFM said...

bile nk wt psl entry xroomate ni LY?

Cik Ya-Alif-Nun said...

xde idea la...
maybe masa besday x-rumate...

Cik Nab said...

ngahahaa...sindrom PKM...!!
well, apa2 saje yg bkaitan ngan KPM even sejak mnunggu panggilan interview nak masuk mktb dulu pun, mmg dah rasa macam puaka! hadoi... penantian itu satu penyiksaan. x dinafikan cik nab mmg sronok dan bbangga berkhidmat di bawah naungan BPG dan KPM, tp kan, setiap tindak tanduk mereka penuh dengan debaran dan penantian...

armouris said...

info tentang hidung tersumbat di SIHAT SELALU - Hidung Tersumbat