Sunday, December 26, 2010

Lukut:: Entry pertama bersama angin pantai PD

Assalamualaikum dan salam sayang.

Tetiba LY update blog lepas kata nak rehat sehari dua.
Apa kes...
Huhuhu..

Okay2...kala waktu ni, readers mesti tengah pulun tengok Final pertama Piala AFF Suzuki Malaysia lawan Indonesia.

Tapi, LY buat kerja lain.
LY bertandang dekat rumah cikgu Fiza. Tengok dia kemas barang.

Kat sini, LY nak cerita.
Semalam, LY dah sampai Lukut - kemas rumah -rehat -
Thanks kepada famili LY....abang kakak, kakak ipar, abang ipar, adik2, anak buah, mak abah...

Azab jugak nak bersihkan rumah tinggal ni.
Tu pun nanti LY kena lah bersih kan mana2 yang belum bersih.

Housemate LY pun dah sampai.
Ni LY update guna lappy Fiza.
Dia tengah kemas2 barang lagi.
kawan2 lain pun LY dah jumpa.
Esok nak pergi sekolah.
Ada meeting.
Yang penting, LY nak tengok meja dekat bilik guru.
Lagi sekali tu nak kena kemas.

Meeting2...tugas2...nanti lain masa LY fikirkan.
Sekarang ni fikir, macam mana nak tidur seorang diri di rumah baru (tipu!!! Housemate kat bilik sebelah je pun)

Apa2 hal pun. Doakan LY selamat dekat sini.
Nak berdepan dengan sekolah yang ranking ke berapa ntah dia punya masalah disiplin.
Jangan yang pertama sudah!!!!!!!!!!!!!!!

LY nak chau dah.
Kompom lepas korang tengok bola, tetiba korang nampak entry baru LY.

Huhuhuhu...
Selamat malam semua.
Semoga sentiasa di bawah lembayung rahmat dan kesejahteraan Ilahi.

b/s: semalam along n family yang temankan Ly tidur kat sini~

Friday, December 24, 2010

Nota untuk followerS

Esok hari Sabtu yeah....
Sabtu yeah...

Owh...tidak...
Sabtu sudah rupanya.
Esok 25/12 rupanya.
Owh...tidak dipercayai langsung.

Esok dah nak pindah.
Esok nak kena hidup sendiri.
Bukan hidup macam dekat hostel lagi.
Kiri kanan depan belakang matlamat nak study.

Tapi kali ni.....
Depan belakang kiri kanan, matlamat berbeza.
Rumah atas, kerani PPDPD.
Rumah bawah tak tau siapa.
Rumah sebelah  kosong tak berpenunggu.

Owhhhh...tidak.
Cabaran apakah yang bakal diri LY tempuh ini.
Dalam hati rasa macam dah kecut je nak kena tinggal jauh tanpa ada orang jaga ni.

Kena jaga diri sendiri lepas ni.
Kena berdikari.
Mana ada orang nak tolong itu ini lagi.
Semua nak kena buat sendiri.

Owhhhh...mampukah diri ini??????????????

Barang2 belum habis packing lagi.
Rasa macam nak sumbat2 masuk kereta je nanti.
Tapi ni bukan nak balik UPM yang 45 minit je.
Ni nak jalan jauh.
1 jam 45 minit.
Jauh lah tu kan.

Kena isi betul2 dalam kereta.
Nanti kereta berat membazirkan minyak. Kita mesti menggunakan prinsip penjimatan.

Malam ni, abah ajak makan dekat luar.
Abah kata dekat emak, "Esok Yan dah nak pergi tu"
Bukanlah pergi jauh pun. Paling2 pun dekat BT18. Kedai Misman. 10 minit dari rumah.
Tapi.....yang penting, tu tanda abah meraikan.
Tak payah susah2 nak beli kek bagai. Makan satay je dah cukup.
Ni yang sayang abah lebih.
Huhuhuhu.....rasa2nya, LY je yang abah LY layan macam ni. Anak abahlah katakan.

Esok, laptop ni LY tak bawak. Nak hantar pergi repair. Skrin ni kan dah hancur. Kalau ada siapa2 tengok mesti kompius macam mana LY boleh survive dengan lappy rosak. Mesti tak terbayangkan macam mana rosaknya. Lepas ni, lamalah korang nak tunggu LY update blog. Tu pasal LY tak join segmen 100penulis yang ENHEAR tag hari tu. Sorry Midah.

Lepas ni, kalau ada yang berminat nak tag contest itu ini, harap jangan tag LY. LY mungkin tak berkesempatan nak baca entry korang masa tu. Lepas ni....korang tinggalkan jejak korang dekat Shout mix tu je dulu. Kalau nak rindu2 dengan LY, dipersilakan. LY mesti terharu putik2 jambu punya.

FB pun, dah tak layan sangat sekarang ni. Mana2  yang buat bisnes tu jangan nak gampang2  tag LY dekat gambar. Harus kena blok nanti dari LY.
Tinggalkan jejak dekat post je. Malu sangat nak kata rindu kencang korang, tinggalkan dekat inbox mesej. Takpun, rajin2 buang kredit nak mesej ke fon LY. Kalau tak mampu nak call, korang boleh 3G je kat fon LY.

Setakat tu, selamat tinggal FB, selamat tinggal blog buat sementar waktu sementara tunggu LY ada duit nak pergi repair laptop ni. Sekarang ni duit guna untuk masuk rumah dengan start kerja.

Salam sayang tulus ikhlas dari hati yang paling kanan bahagian belakang.


~batubersurat: helmet merah tu barang penting kena bawak esok pagi...kot2 lah kan boleh pinjam motor jiran sebelah untuk pergi pekan PD~

Ucapan besday advancE

Tadi LY tengok2 kalendar 2011.
Nak tengok cuti sekolah.

Lepas tu mesti nak tengok tarikh2 hari jadi untuk 2011.

Tangga pertama macam biasa, tak lain tak bukan mestilah abang LY kan.
Encik Md Rizal Ramli.
1 Januari jatuh pada haru Sabtu. Kalau pun bukan sebab hari Sabtu tu cuti, hari jadi beliau tetap sentiasa cuti sebab tahun baru.

Lepas tu, 4 Januari jatuh hari Selasa. Kepada cikgu Paan. Kalau hari tu ramai kawan course BSDP tak wish, mungkin sebab sibuk dengan tugas2 di sekolah dan keletihan bila pulang ke rumah.

10/1/11 ni hari jadi Ilman yang ke-7??
Macam ada rasa nak bagi hadiah. Tapi apa ek???

14 Januari tak ada hari jadi siapa2 yang LY kenal. Tapi hari tu hari keputeraan Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan. Hari tu jatuh hari Jumaat. Negeri Sembilan cuti. Lukut dalam N9. Maka, sekolah pun cuti. Cikgu pun cuti. Kalau tak ada apa2 aktiviti hari Sabtu, LY dah plan nak balik Lui. Tapi...tapi...tapi....macam nak stay dekat KOSASS UPM je kejap. Nak jumpa Jier Lin. Hari jadi dia 15 hari bulan tu.
Jier, kau nak aku belanja secret recipe ke McD???

Bulan Januari ramai jugak yang lahir ni. Terutamanya kawan2 sekolah rendah dulu. Mira (17/1), Shah, Ija, Fiza (LY nak ucap Selamat bertunang la ye...kahwin jangan lupa jemput...nak sakat kencang2 dekat FB dah tak boleh.....hahahaha).

Bulan kelahiran LY pulak...
Carta pertama dalam reminder C902 ni, confirm2 lah Yana, ex roomate tahun 4 dekat Seladang. Time tu cuti raya Cina.....jom celebrate nak Yana...dekat pantai Melaka sana tu....

Lepas tu, hari jadi Syikin, 9 hari bulan. Aku doa kan kau tamat belajar sem ni dengan cemerlang dekat UIA tu.

Lepas itu, pada minggu ke-7 dalam tahun 2011. Hari Selasa adalah hari jadi LY.
Hari tu LY nak bagi cuti umum dekat semua rakyat Malaysia.
Jangan memandai nak pergi sekolah hari tu.
LY sebat nanti.

Tabik spring kalau boleh buat arahan macam tu!!!
Tapi hari tu memang cuti pun.
Cuti 12 Rabiul awal.

Jangan jealous okay anda2 semua.
Tahun ni tahun tuah la sebab hari jadi jatuh 12 Rabiul awal.
Macam tak percaya masa semak kalendar tadi.


Mana2 yang masih keliru pening2 kerut2 dahi tu, dipersilakan pergi check kalendar.
Betul tak cuti umum.
Lepas tu, korang tahu lah cuti sebab apa.

Dikesempatan ini, LY ucapkan selamat hari ulang tahun advance untuk mereka2 yang lahir pada 1 Januari sehingga 9 Februari. Sekian....

Sampai situ je cerita pasal hari jadi yang bakal2 menjelma sehingga tarikh hari jadi LY sendiri.
Yang belakang2 tu lain kali okay.

~batubersurat: Ady, tak reti2 nak pos kan coklat satu guni ke kat Lukut nanti~

Thursday, December 23, 2010

Checklist : Episod 2

Episod: Inventori

  1. Sabun mandi
  2. Syanpu
  3. Berus baju
  4. Sarung kusyen
  5. Penyapu
  6. Penyodok sampah
  7. Bakul sampah
  8. Plastik sampah
  9. Pinggan
  10. Cawan/gelas
  11. cerek/heater
  12. mini rice cooker
  13. mangkuk
  14. sudu garfu
  15. jug air
  16. sabun baju
  17. sabun basuh pinggan
  18. seterika
  19. kunci + solex
  20. stoking
  21. sandle DR Cardin (semalam dah usha, tapi tak ada size)
  22. KALKULATOR Saintifik 570(tak mampu, nanti tukar bateri)

Ni senarai inventori yang BELUM beli lagi.
Yang dah beli tak payah display lah kan.

Agak2 petang sikit, LY nak keluar kuasa naga sembur2 api dekat Sabri.

"Jom pergi MYDIN Nanding kejap"

Agak2 barang tu tak penting macam seterika tu LY beli dekat Lukut je nanti.
3 tahun setengah duduk UPM, LY tak pernah ada seterika sendiri.
Sebab LY jenis iron baju dari rumah bila balik hujung minggu.
Tak pun iron baju stok 3 minggu sekali gus. Pinjam roomate punya seterika.
Kali ni, tak kan nak pinjam jiran depan rumah pulak kan!!!

Tadi LY siapkan kelim tangan dan hujung baju kurung yang mak LY jahit. Dah siap 4 pasang.
Ada lagi sepasang.
Yang lagi 2 pasang biar dulu.
Bagi mak LY rest2 dulu.

Beliau nak jahit baju sekolah pulak waktu2 macam ni.

Okaylah...nak makan tengah hari (dah pukul 3 baru nak lunch!!!)

~batubersurat: charger Sony jangan lupa okay!!!!~

Kejadian 22/12/2010

Satu petang LY tak menaikkan kain layar broadband Maxis.
Macam2 benda nak kena baca.

Berpinar mata LY nak digest posts dari ENHEAR dan Cik Pelangi hari ni.

Tak sempat nak join segmen  itu ini.

Hari ni LY keluar buat urusan rasmi.

Tengah hari tadi, LY keluar ke Kajang.
LY tumpang adik LY nak pergi kerja sampai BT9.
LY naik bas dari BT9 ke Kajang.
LY  jumpa Pesuruhjaya Sumpah.
Pergi minta dia autograf dekat LY punya surat AKU SUMPAH dari KPM tu.

Sampai Kajang dah petang.
Masuk Metro kejap.
Langsai hutang RM 199.25 dekat Celcom center.
Kepada peguam bela Celcom, jangan nak rajin2 hantar surat dekat LY lagi okay.
Tu semua salah agen Celcom.
Tak pasal2 0123521163 jadi Celcom hari tu.
Sekarang ni dah lega. Hutang dah langsai. Nombor tu dah tak boleh guna lagi dah.

Jalan2 kedai kasut.
LY usha baik punya sandle DR CARDIN harga RM79.
Nak sambar tapi test dulu yang diorang display.
"Kak, saiz 6 tak adalah"
Ok....out dari itu kedai.

Jalan2 dekat Hot Market. Cari pin selendang yang cikgu Umi pernah bagi dulu.
Jumpa. Beli 2...RM 7.
Jalan2 dekat SMART.
Usha kalkulator.
Monolog: Siap ada integration simbol bagai...canggih sangat...tak reti nak guna pulak.
Tak jadi beli kalkulator.
Stok bajet untuk alat tulis memang dah standby.
LY capai bakul.

Pemadam, pensil murah, pen biru, pen merah,pen hitam, pen purple, pen hijau, pembaris, solatape, double sided, gunting, pisau, paper clip, stapler kecil, liquid paper, file sijil, pencil box.
Tu je kot...tak tengok balik apa yang beli tadi.
RM 62.30.
Nasib baik ada member card.

Keluar Metro. Naik bas sampai BT9.
Tunggu bas dalam hujan.
Nak balik rumah LY azab sikit basnya.
Maka, mesej kakak yang kerja dekat MPKj tu...
"nt brenti bt9, aku x blk lg, aku bwk helmet, nt blk aku naik ngan Sab"

Gerak balik dari BT9, 5:30 petang.
Berhenti dulu....pasar malam.
Melayang RM 20....beli tudung.

Jemput Arissa rumah Mak Usu dekat Nanding. Patah balik naik Taman Perkasa.
Lepak2, makan2, minum2, tengok TV, main dengan Arissa.

Zasss...9:20 malam adik LY sampai rumah kakak LY tu.
Dia pun makan2, duduk2, baca paper, minum2.

Zasss....jam 10:30 baru sampai rumah.
Sejuknya kaki LY naik motor.
Tu lah padah kalau tak pakai kasut.
Nasib badanlah pakai selipar Siam je naik motor. Siang hari kena batu lori....malam hari kena embun malam.

mandi celup2....baru pasang layar broadband Maxis.
Layan FB, baca entry baru.
Nasib baik bukan infiniti....
Kalau tak, mahu juling biji mata LY.

Okaylah...LY penat.
Tidur duluan.
Selamat malam semua.

~batubersurat: pesuruhjaya sumpah dekat Kajang, ada dekat dalam kedai bingkai deret 7-E okay!!!!~

Tuesday, December 21, 2010

SEGMEN JOM BERKENALAN

Salam tautan ukhwah kepada bakal guru muda, saudara Loqman Hakim.

Adalah molek kiranya LY meng-introduce-kan perihal TENTANG DIRI LY dahulu.
LY tinggal di suatu koordinat yang pastinya AGAK dekat dengan KL.  
LY tinggal di Kampung Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor. Sebuah daerah yang sangat kerap muncul di kaca TV drama2 Melayu. Sebuah daerah dengan pusat rekreasi antaranya SUNGAI GABAI,  SUNGAI CONGKAK, SUNGAI TEKALA, GUNUNG NUANG. Lokasi rumah LY di kampung ini, adalah di sebuah lorong pemisah diantara dua kedai, terdapat sebuah court badminton yang berkongsi lampu dengan Balai Raya yang hidup segan mati tak mahu. Boleh juga dijadikan klu sebelum rumah LY adalah surau kayu bercat kuning berpagar batu putih.

LY adalah anak ke-5 dari 8 orang adik beradik. LY adalah subset yang sangat bertuah kerana diapit oleh subset lengkap seperti, 2 orang abang, 2 orang kakak, 2 orang adik lelaki dan seorang adik perempuan.  Di waktu tautan ukhwah ini dikarang, LY mempunyai 5 orang anak buah lelaki, dan 4 orang anak buah perempuan.

Hari jadi LY adalah sama dengan tarikh lahir, Galelio yang mana ke-genius-an otak LY pun lebih kurang sama dengan beliau. Hatta berkongsi tarikh dengan Anuar Zain, tapi tidak pula LY mempunyai bakat menyanyi seperti beliau itu.

LY berdarjah 1 hingga 6 di SK Sungai Lui. Kemudian bertingkatan1 hingga 5 di SMK Abdul Jalil, Hulu Langat. Kemudian, ke Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (batch 2005/2006) dan seterusnya bergrdauat selepas 4 tahun di UPM dengan kursus Bacelor Sains Dengan Pendidikan (Kepujian)- Matematik.
LY sekarang ni bertugas sebagai guru di SMK RAJA JUMAAT, LUKUT, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Cita2 buat masa sekarang ini adalah untuk sambung Master dalam kriminologi atau alam sekitar. Dan menetapkan matlamat untuk lulus cemerlang falsafah kedoktoran sebelum usia 30 tahun.

STATUS LY bukanlah Datuk ataupun Datuk Seri, mahupun Tan Sri. Hanya sekadar Cik sahaja. Angan2 Lady tu sempena mengenangkan mendiang Lady Diana. LY belum pernah mendaftar di mana2 pejabat agama seksyen nikah, cerai dan rujuk sama ada di dalam atau di luar negara.

LY tak menetapkan malamat yang khusus bagi BLOG LY ini. Awalnya hanya sekadar untuk suka2 dan mengikut kawan. Blog LY adalah titik2 koordinat sejarah yang telah berlaku. Tidak lupa juga lokus2 yang bergerak seiring peredaran masa.  

BLOG ini UNIK kerana tidak terpacak diatas sudut 90 darjah. Kadang2 entry-nya memerlukan penyelesaian hukum SINE dan COSINE. Cerita2 yang tidak linear yang memerlukan penyelesaian pembezaan kadang2 adalah disengajakan bagi menutup beberapa titik2 yang bukan integer.

DUNIA BLOG hari ini, pada PANDANGAN LY sedikit sukar untuk ditafsirkan seperti menyatakan prinsip Bernoulli kepada anak buah LY yang lebih memahami prinsip Ultraman Dyna dan raksasa di gunung Kilimanjaro. Tetapi, LY tetap mahu meluahkan pendapat LY sendiri. Blog hari ni, adalah medan lapangan2 yang tidak memerlukan kawasan luas seperti KLIA. Antara medannya adalah, medan ilmu, medan gosip, medan bergaduh, medan luah perasaan, medan merapu serta medan mempromosikan tempat2 pelancongan seperti Medan, Indonesia. Untuk setiap kebaikan yang dapat dijadikan iktibar adalah perlu diteruskan. Dan mana2 yang tidak baik, perlulah dikurangkan melainkan untuk tujuan berdakwah dan memberi pengajaran.

NASIHAT LY pada beliau2 yang baru nak buat blog, adalah menjadi satu kemestian melawati sekurang2nya 100 blog sebelum memulakan blog anda. Itu adalah bagi tujuan, untuk menetapkan batas2 kawasan berlorek dalam hukum INEQUALITY. Tujuan lainnya juga supaya blog anda menjadi medan yang dapat ditafsirkan oleh followers seperti mana menyelesaikan PERSAMAAN KUADRATIK bagi mencari punca2 sama ada integer atau pun bukan. Selain itu, bloger baru haruslah mematuhi norma2 penulisan agar dapat dibaca dan kemudiannya menjadi bahan artifak untuk muzium siber, sama ada untuk kegunaan peribadi atau pun universal.

LY tidak menetapkan apa2 matlamat SEHINGGA WAKTU MANA LY akan ber-blog. Boleh jadi sehingga LY tidak mampu untuk meluangkan masa disebabkan oleh kesibukan dunia. Boleh jadi sehingga terputus hubungan di antara LY dan internet kerana tiada liputan rangkaian kerana Telekom tidak mampu menyalurkan tiang2 elektrik ke tempat kediaman LY, waima pencawang telefon Maxis atau Celcom pun tidak kelihatan di kawasan kediaman LY.

Boleh jadi juga LY berblog setakat hari ini sahaja kerana mendapat sekatan kerajaan dunia kerana dikhuatiri membawa virus ketidaklogikan dalam silibus Sejarah tamadun dunia. Sekiranya masih terdapat entry di blog ini walhal LY sudah tiada, boleh jadi LY telah mewasiatkan blog LY ini kepada seseorang. Kesimpulannya, jika masih diberi peluang dan ruang serta kesempatan waktu, maka LY akan sentiasa berblog. Walaupun bukan untuk buat entry, tetapi cukuplah sekadar membaca nukilan2 indah dari bloggers.

Sekian, wassalam.
Salam tautan ukhwah,
Norazian Ramli a.k.a LY

p/s:LY suka ambil markah 80 je...sebab tu pun dah dikira A, kalau jawab semua nanti dapat 100%, tak ada pulak peningkatan prestasikan. Maka LY skip menge-tag. :)

~batubersurat: tak mampu nak tempek banner lah cikgu Hakim, LY duduk dalam hutan, coverage broadband slow sangat2....accept je la ye salam tautan ukhwah LY ni~

Masa depaN

CSI:Miami * CSI:NY * CSI * House * Numbers * The Biggest Loser * Amazing race * Oprah Winfrey * Top Chef * NCIS: LA * Oh Yeah! * Spontan * Halimah Jongang * Lagenda Budak Setan * Isabella * Tiramitsu * Conan * K.E.S * No Ordinary Family * Hani * National Geografic * S.W.A.T * Spiderman 2 & 3 * Papadom * Milenge Milenge * Alisa * Cahaya * Bukan Aku * Putera Katak bla...bla...bla...


Lagi berapa hari je nak layan semua show kat TV ni.
Walaupun dah berulang tayang pun masih jugak melayan.

LY bakal rindu dengan Horatio Caine, Phil Amazing Race.
LY bakal teringat dengan Oprah.
Tu belum masuk dengan show2 hujung tahun nak sambut New Year ni...

LY bakal tinggalkan movie2 Thai, Jerman, Perancis.
Bakal berhenti statistik tayangan SWAT.
Tiada lagi pengubat tension dengan lagu2 hindustan.

Setahun terbiasa dengan TV....perlukan aktiviti menarik bagi mengisi masa lapang.

LY dah merangka beberapa agenda untuk beberapa bulan ni.

Yang paling utama sekali adalah.......
  1. Belajar siang ikan
  2. Belajar siang ayam
  3. Belajar siang daging
  4. Belajar siang sotong
  5. Belajar goreng ikan
  6. Belajar goreng ayam
  7. Belajar goreng daging
  8. Belajar goreng udang
  9. Belajar masak kari
  10. Belajar masak gulai cili api
  11. Belajar masak pindang
  12. Belajar masak sup
  13. Belajar masak sambal
  14. Belajar masak ikan sumbat
  15. Belajar masak asam pedas

Strategi: suruh kak Faridah ajar takpun baik2 dengan cikgu KH sekolah...takpun ambil kelas masak!!!!!!!!!!


Back up plan untuk rancangan dekat atas.
  1. Bukak kelas mengaji Quran dekat rumah.
  2. Bukak kelas tuisyen dekat rumah.
  3. Buat part-time cikgu tuisyen dekat pusat2 tuisyen depan kuarters
  4. Jual jagung bakar dekat pantai PD
  5. Jual air dekat depan bangunan pentadbiran Lukut.
  6. Daftar persatuan nelayan PD.
  7. Berlatih main bola tampar pantai.
  8. Berlatih main layang2 dekat pantai.
  9. Pengusha kereta2 import dekat pekan Lukut.
  10. Ambil upah mesin rumput petang2.
  11. Jadi sukarelawati bersihkan muzium Lukut.
Okay!
Stop menyimpang dari matlamat hidup yang sebenar.

~batubersurat: bilalah LY nak kemas barang2 ni~

Sesaja je buat entry malam ni.

[start=12:11 am,21 Dis 2010]

Owh yeah.....
Hari yang muram dengan cuaca yang hujan2 rajin.
Dari petang tak mahu rest dia turun ke bumi Allah ni.

Semalam, Along dan kak long dah bawak balik Alif dan Jehan ke Semenyih.
Tamatlah sudah edisi menjadi pemantau cuti sekolah yang terhormat.

Semalam jugak....badan LY rasa melayang2....
Macam duduk atas awan terbang kartun dragon ball tu je.

Pening2 dan ada lelehan air putih cair dari salur utama pernafasan.
Hari ni.....badan malas2 je.
Habis buat kerja rumah (chop...habis basuh baju dengan menyapu je)...terus baring2 depan TV...
Dan tidur.......

Nak masuk sekolah lagi seminggu je lagi.
Tapi habit tidur tengah hari ni susah pulak nak tinggalkan.

Macam mana ni???????
Kang tak pasal2 boleh terlentok masa meeting cikgu pulak.

Hari ni LY kencang bermesej dengan ex-roomate masa dekat Seladang dulu. Paan dan Yana....terima kasih sudi buang masa bermesej dengan LY okay.

Kepada kawan2 yang dah tahu result interview....TAHNIAH  semuanya.
Lepas ni....Sindrom KPM bakal melanda hidup korang.

Lepas ni, muncullah status2 di FB yang  dapat mimpi dari KPM.
Meng-komplain pasal makcik2 jiran yang menyibuk nak tahu bila korang bakal posting.
Lepas ni jugak, korang mula membayangkan kalau2 nanti dapat ke ceruk gua dan terusan2.
Lepas tu, korang mulalah berangan2 dapat sekolah yang best2.
Korang bakal merasa peritnya sebuah penantian.
Lepas tu........bla...bla...bla....
(kepada yang ada pengalaman sindrom KPM boleh sambung) 


LY nak tidur....vicks sudah disisi.
tkut2 nanti tengah malam hidung tersumbat.
Payah pulak nak menggagau.

~batubersurat: takutlah pulak nak stay rumah sewa ni~

Sunday, December 19, 2010

Semestar barU

"Kau dah tengok result ke?"
.
.
.
."Aku kantoi paper kimia analisis wei"
.
.
.
.
"Bila balik kolej??"
.
.
.
."Dapat bilik mana? Siapa roomate??"
.
.
.
.
"Kau ambil pengurusan makmal sains?"
.
.
.
.
"Berapa jam kredit sem ni?"
.
.
.
.
.
"Lebihan kredit dah daftar ke?"
.
.
.
.
"Amali kaedah matematik ambil hari apa?"
.
.
.
.
.
"Cop tempat aku sekali masa optimum"
.
.
.
.
"Kau dah ada group ke assigment DE??"
.
.
.
.
Dah setahun berlalu..... Waktu2 macam ni, mesti tengah punggah barang bawak masuk bilik dekat Seladang, KOSASS. Waktu2 macam ni mesti tengah happy2 nak gospen2 dengan kengkawan blok cerita pasal cuti dan result bla bla bla bla.

Yang tak satu blok pun, sibuk bermesej...tanya dah sampai kolej ke??
Terutamanya click bersekutu iaitu Adelia dan Vasantha.

Angan2 nak celebrate graduasi dekat KLIA tak kesampaian. Tunggu LY konvo master baru kita celebrate kot.

Geng2 1 Malaysia...bila boleh dapat jumpa lagi.

Kengkawan 1 blok, bila lah boleh lepak sama2 dekat BSS lagi.

Kengkawan course...bila lah boleh duduk dalam kuliah yang sama lagi.

Kengkawan 1 batch, bila lah nak pakai baju  KOSASS sama2 lagi macam sukan road relay walau sekadar jadi penyokong je!!

Rindu....rindu....rindu.....

LY rindu kawan2 masa dekat UPM. Tapi nak mesej tanya khabar malulah pulak!!!!!!!
Hehheehehe.....
Dah lama tak mesej kengkawan ni. LY tak pandailah nak mesej bagi soalan2 remeh temeh ni.

Kalau korang baca entry ni, cepat2 capai fon, roger 014 aku ni. Korang start tanya khabar LY dulu okay....nanti confirm LY reply punya.

Hehehe....boleh ke buat request macam ni???

monolog:  Vas, Ady....korang tak rindu kat aku ke???

~batubersurat: rindu nak pergi makan sama2~

Saturday, December 18, 2010

Checklist: Episod 1

 
Episod: Checlist gotong royong.
  1. Mop
  2. Kain buruk / kain lap
  3. Baldi
  4. Getah paip
  5. Plastik sampah hitam
  6. Penyapu
  7. Penyodok sampah
  8. Kunci solex baru
  9. Tombol pintu bilik baru
  10. Langsir tingkap bilik
  11. Langsir sliding door
  12. Kain pemijak kaki
  13. Abah dan mak = bersih bilik utama
  14. Adik Anem dan LY= bersih ruang tamu
  15. Abang Ijal dan Kak Elly = dapur
  16. Along dan kak long = toilet luar
  17. Kak ngah dan abang Mali = belakang dapur
  18. Sabri = stor
  19. Asri = beranda
  20. Abang Ogos = mana2 tempat boleh tolong + pasang tombol pintu
  21. Aishah = Arissa
  22. Askar wataniah, navy, tentera udara = boleh bergolek di lantai rumah sepanjang tempoh pembersihan.
Nombor 13-22 tu kena mesej. Nanti diorang lupa pulak.

Tarikh gotong royong  25/12/2010.
Bertolak selepas sarapan pagi.

~batubersurat: rasa macam nak tukar header title!!!~
[ni gambar dekat desa water park hari tu...yang depan LY tu along LY, yang pandang belakang baju merah tu abang Ijal LY, yang kanak2 tu semua tentere2 bersekutu]

Laporan Kajian Bertarikh 17/12/2010

Program kajian : Cuti sekolah di rumah atuk dan nenek

Hari kajian : Jumaat

Suasana sepanjang kajian : Pagi-cerah; Petang hingga malam-hujan.

Objektif: Untuk menyiasat perkaitan tindakan dan umur kanak-kanak.

Kaedah kajian: Pantauan berhemah.

Pembolehubah konstant: Aliff Najmi Opanizam(6 tahun), Ariff Najhan(5tahun), Nursuhada (3tahun), Nursuhaila(10tahun).

Pembolehubah bertindakbalas: aktiviti diluar dan dalam rumah.

Pembolehubah yang dimanipulasi: tenaga seorang makcik.

Hipotesis: Semakin ramai pembolehubah konstant...semakin sukar tugas seorang makcik.

Bahan-bahan dan perkakas: Air, kain buruk,  Ulat dan serangga, kayu pembaris nenek, kertas, gam.

Sinopsis laporan:-

Kanak2 meminta untuk tidak mandi di awal pagi kerana air kolam yang sejuk. Kanak2 membuat keputusan untuk menonton kartun. Selepas itu, sarapan pagi kanak2 adalah cekodok pisang, air milo dan biskut Hup Seng. Kemudian mereka bermain diluar rumah untuk seketika. Masuk ke dalam rumah untuk mandi.
Kanak2 bermain di ruang tamu rumah atas dengan membuat sepah kertas2 yang digunting dan di gam padu.
Kemudian....
"Maktam....Ada kencing dalam seluar!!!!!!"
Penyeksaan mengelap lantai sepanjang laluan dari muka pintu hingga ke depan pintu bilik air. Bla..bla..bla....

Makan tengah hari.

"Maktam....ada berak dekat sini!!"

"Maktam....Jehan nak berak"
"Maktam....saya dah sudah....saya tak pandai cuci"

"Kakak...janganlah bergurau lebih2...nanti Alif dengan Jehan tu terkencing dalam seluar...Kakak ni kenapa degil sangat!!"

"Kakak...kemas ni sekarang!!"

"Jehan.....maktam bagi ulat nak??? Jangan lompat maktam kata kan??"

Mandi petang.
Makan nasi.

Main...main...main
Menyusu.
Pengsan kepenatan.

Penutup dan kesimpulan: Pembakaran kalori di dalam badan adalah berkait rapat dengan peningkatan suara untuk mencegah kanak2 dari melakukan bahaya.

~batubersurat: hari ni Sabtu....kem budak2 ni habis hari ni kan??????~

Thursday, December 16, 2010

Raksasa di Kilimanjaro

Khamis....dikala senja hari.

Mak ke surau depan rumah....tinggallah daku mengadap askar wataniah Semenyih dan navy Kampung Jawa menengok TV....

Movie Dinosour di 615...

Alat kawalan jauh di capai....

101 di tekan oleh jari tangan....

National Geografi di kaca TV seperti biasa.

Rancangan hampir tamat....terpaparlah pandangan dari atas pergunungan Kilimanjaro yang sungguh indah.

Tiba-tiba.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Hey....macam tempat raksasa dalam Ultraman Dina lah," Aliff.

.
.
.
.
.

"Nah..ambillah remote ni...tengok TV elok2...maktam ada kerja"
.
.
.

Nak je cancel kan rancangan kartun dekat Astro ni. Tapi apakan daya....itu ubat nak bagi budak2 jangan main dekat luar rumah!!!!!!!!!!!

~batubersurat: esok kena cabut bateri remote Astro~

Cuti sekolaH

Salam sayang semua....

Owwwyeeaahhh...rajinnya Lady Y meng-update entry siang2 hari ni.

Sekarang ni tengah hujan. LY sedang ambil kesempatan dari tugas sebenarnya.

Hari ni dah genap 4 hari Alif dan Jehan...anak along LY stay dekat rumah ni. Diorang nak bercuti di kampung. Kan cuti sekolah sekarang ni.

Nak jaga beliau2 ni memang lah tak susah sebab bukan baby pun. Alif dah nak darjah satu tahun depan. Jehan pulak muda setahun dari Alif....

Tapi yang membuat penatnya...kita kena selalu awasi pergerakan dia di luar rumah ni...
Beliau2 ni termasuk Ada sekali....bila kita leka tak pandang apa yang diorang buat dekat luar rumah ni....mau nya diorang jalan kaki ke atas bukit belakang rumah LY ni....Bajet nak terjun kolam ikan jiran LY....Bahaya okay!!!!!!!!!

Maka...bila diorang main dekat luar...mata ni kena perhatikan diorang...dah lah main dekat laluan motor dan kereta....lepas tu ada pulak buldozer dengan lori simen nak lalu dekat laluan sempit rumah LY ni....gara2 jiran belakang rumah LY ni lah. Habis suara jerit panggil nama2 beliau ni semua suruh turun main depan laman rumah je.

Pagi2 bila diorang bangun...suruh diorang mandi...lepas tu makan...lepas tu bagi main. Heaven betul diorang ni duduk kampung...bebas...kalau dekat rumah sendiri...waktu2 macam ni...kena hantar dekat taska....duduk main menghadap dinding batu.....balik kampung....jejak tanah...main pasir...suka bebenar...

Hari ni hujan...semua main dalam rumah....dapatlah LY rehat2 sambil ber-tenet ni...
Memang saja tak nak bagi diorang tidur siang...biar malam cepat sikit tidur...

Bila petang pulak....bagi diorang mandi...main lama2 sikit dalam toilet...air free lah katakan...
Bila dah setlle...bagi makan...menyusu...diorang layan kartun pula...nasib baik tak ada cerita best petang2...kalau tak mahunya LY berperang remote nak tengok TV.

Lagi satu job penting.......before beliau2 masuk tidur....
Yang Alif tu...kena pakai pampers dulu.......
Ohhhhhhhhhh nnnnnnnooooooooo....masa kecik2 okaylah kan nak pakaikan pampers..tapi dah besar2 ni...
Maktam pulak yang boleh rasa nak muntah kayak Lip sayang...

Aliff ada sindrom kencing malam...
Untuk tidak mengotorkan tilam dan membuang tenaga disiang hari menjemur tilam basah...
Maka kena pakai pampers...

Penyakit ni berhenti sendiri bila dah besar macam darjah 1 atau 2.
Tapi kalau ada petua, boleh jugak nak suruh Along dan kak long cuba.

Diorang stay sini sampai weekend ni. So far....nenek diorang belum lah sampai telan panadol berbiji2 sebab pening layan kerenah cucu yang aktif2 ni. Mungkin sebab dah besar sikit. Tapi sakit tekak nak tegah diorang jangan buat yang bukan2.

Okay...chau dulu....jumpa lain entry.

~batubersurat: hari ni LY nak tidur petang.....bermalas2 sikit...merehatkan urat2 yang tegang ni~

Wednesday, December 15, 2010

Statistik hidup yang tak berapa nak staT

Salam sayang pembaca semua.

Faham tak tajuk entry di atas. Kalau tak faham tak apa....tak penting...tak masuk mana2 kertas peperiksaan pun....melainkan kuiz dalam kelas je!!!! Kuang3...

Siapa tak pernah belajar statistik?? Okay....korang boleh berhenti baca dan terjun masuk paya belakang rumah LY ni sekarang juga.

Kepada yang pernah belajar...tak ada tahniah untuk kalian...tu chapter wajib dalam silibus Matematik dekat Malaysia okay. Rasa2nya dekat luar negara pun tu benda wajib kena tahu. Kalau tak tahu...buat apa kerajaan susah2 rangka silibus statistik tu kan.

Korang pernah tengok drama siri Numb3rs tak??? Cerita ni rolling dekat AXN Astro. Kalau channel Singapura, Indonesia dan Brunei LY tak tahu okay. Maklumat lanjut boleh cari sendiri....tak ada makna LY nak buat penerangan definisi dekat sini. Kebanyakan dalam episod Numb3r.....selalunya statistik ni berkait rapat dengan cara penyelesaian masalah pengganas ni. Dalam realiti kehidupan pun....statistik sangat penting dalam bidang penyiasatan, kriminologi, kaunseling, ekonomi bla bla bla....(nampak sangat kemalasan dewa kencananya)

Okay....sekarang ni kan TV3 ada siri dokumentari KES [kronologi eksklusif siasatan].... Dah nama pun dokumentari...confirm lah kupasan benda yang dah jadi. KES ni buat dokumentari pasal kriminologi. Atau nama kampungnya....kupasan kajian jenayah. Apa kaitan dengan tajuk entry statistik ni.

LY sebenarnya ada hati nak sambung buat Master dalam kursus kriminologi ni lah...konon2 nak ganti Kamal Affendi, Pakar Jenayah Asia Tenggara gitu...first degree LY kan Mathematics and education. Basic statistik LY dah ada....Basic Psikologi pun LY dah ada...even psikologi pendidikan...kira okaylah tu kan...hehehe...
Apa kaitan jugak dengan tajuk entry ni????

Okay...sebelum LY mengkaji statistik jenayah....LY nak kaji statistik tak jenayah LY sendiri. Boleh???
Kuang3....layan je lah okay.

Ni antara statistik yang terlintas di kepala LY.

-LY pernah jejak kaki dan ber-shopping dekat Jalan TAR hanya 2 kali  je....Yang terakhir kali pergi 6 tahun lepas. Sekarang ni fikir beberapa kali kalau nak pergi lagi...kena tunggu ada energi super power baru LY nak jejak balik dekat situ.

-Sejak wujudnya Times Square dekat KL....rasa2nya hanya 3 kali LY jejak....itu pun sebab ikut Nana, kawan  LY dekat kampung ni....Last pergi dengan Midah bulan 2 tahun ni...ex-student LY yang tingkatan 6 dekat SAAS...nak pergi sendiri jalan sorang2 memang kirim salam sayanglah....

-Mid Valley. Pun pergi dengan click....Confirm yang paling rajin ajak keluar masa dekat UPM adalah Adelia....tapi berapa kali kita keluar????? Tak sampai 5 kan...yang pasti sekali beli Adidas..lepas tu Nike...lepas tu teddy bear....yang lain pergi Mid Valley dengan geng sekolah Jalil. Tunggu malaikat turun baru LY nak pergi sana sorang2 agaknya.

-KLCC....nan hado....sekali seumur hidup pernah shopping dekat situ...itupun Aunty Zahara yang belanja...5 years ago....zaman sekolah??? Tak pandai kot nak survive sorang2 naik bas pergi sana. Even masa tu...budak2 sekolah...mesti nak hot2 gitu lelepak dekat KL sinun...

-Yang tempat dekat sikit dengan rumah, JJ Balakong, Mines, Kajang.....okay....tu tak tipu...lebih dari sepuluh kali....tapi confirm dengan someone or in a group. Biasanya family, sepupu atau kawan2. Sangat jarang LY nak keluar saja2 seorang diri. Hakikat yang nyata....LY seorang yang penakut!!!

-Fakta statistik ni jangan gelak kencang2 okay....malu LY.... sejak tinggal hostel [matrik and uni]....tak sampai 10 kali LY balik rumah dengan jayanya menggunakan bas. [10 kali dalam 3 tahun setengah] Selalunya abah LY atau kakak LY atau adik LY yang ambil. Balik dari Penang pun, sampai KL dengan kawan...lepas tu ada orang jemput balik rumah. Kalau pun LY memulakan perjalanan pulang dengan bas...tapi separuh jalan je kadang2 tu. Mesti ada yang jemput dekat tempat transit.

-Fakta dekat atas kalau digabungkan....beberapa kali je dalam hidup LY ni yang LY menggunakan train. Weeeeeeehhhhhuuuuuuuu....nak naik bas pergi mana2 pun penakut...ni kan pulak nak naik train pergi tempat2 yang LY jarang pergi. Memang nahaslah gamaknya. Maka, jangan tanya LY pasal laluan pengangkutan awam ni. LY cuma tahu, nombor bas nak balik rumah dari Kajang atau UPM je. Dari KL.......sorry.....tak jejak KL seorang diri naik bas.

-Jom cerita pasal baju.......ni tak tahulah jatuh kategori statistik ke tak.... Dalam setahun, ada beberapa kali pergi shopping baju dan kain. Tapi LY belum pernah  ada baju raya fresh untuk pagi raya. Walaupun mak LY sebenarnya tukang jahit. Kuang3...selalunya baju buat lepas raya.....Padan muka sebab tak pandai jahit sendiri!!!!!! Tapi dah imun kalau raya tak ada baju baru sebab...3 4 bulan sebelum tu....dah get ready...kalau ada baju baru siap..jangan selalu sangat pakai....harap faham maksudnya!!

-Yang ni jatuh kategori statistik malas...ops...silap...penakut okay....LY penakut dengan api dapur. Atau dengan erti kata lainnya...LY tak tahu masak!!! Fine...duduk dapur memang rajin...boleh tolong itu ini...fine tak kisah [kecuali siang ikan,ayam,daging]...tapi bila masak....waaaa....sangat takut dengan benda panas. Dalam seminggu, statistik masak adalah 0.1....1/10 tu sebab masak air dan goreng telur je....hahahha...

-Fakta ni menarik sikit.......Dalam setahun sekurang2nya LY membaca lebih dari 50 novel...fakta zaman sekolah je. Masuk matrik...masuk U....statistik jatuh....mungkin sindrom hormon membaca berkurang ikut peredaran masa dan minat bahan bacaan kot. Masa kecil2 boleh lah nak baca siri penyiasatan Hadi..Awang Kenit lah....sekarang ni......Boleh kena gelak dengan adik2 jiran kot kalau baca buku macam tu......huhuhu... Tapi....bila dah start kerja ni...nak start buat koleksi novel kanak2 lah...boleh bagi anak2 buah baca....Wajib ada dalam koleksi nanti, kisah2 Nabi. [dalam adik beradik, LY yang paling hyper bab buku cerita ni....even tak beli....lunyai kad perpustakaan bila akhir tahun]

Okaylah...lain kali LY cerita statistik yang lain pulak...
Taip panjang2..jenuh pulak nak membacanya..dah lah tak lepas nak upload pic dalam entry ni...
Kesian korang kena baca panjang2.
Nak sembahyang Isyak dulu...Kejap lagi KES nak start.

~batubersurat: selamat membaca novel kepada Jihah dan adik2 yang LY bagi novel hari tu~

Tuesday, December 14, 2010

Tunang : Bertunang : Tunangan

Salam sayang pembaca semua.

Kencang tak tajuk entry Lady Y kali ni??
Kihkih.....


Al-maklumlah sekarang ni kan musim cuti sekolah. Ramai yang ambil peluang nak buat kenduri. Salah satunya adalah kenduri doa selamat dan bertunang.

Dalam komuniti Melayu Islam ni...selalunya dimulakan dengan kenduri doa selamatlah kan...lepas tu sambung dengan majlis bertunangnya....Kita bukannya selalu sangat buat kenduri doa selamat dekat rumah kita kan. Maka, bila ada majlis macam ni...moleklah buat kenduri terus.

Siapa pernah tengok mak dia bertunang???
Ops....silap....siapa tahu macam mana cara mak dia bertunang???
Mak2 korang semua pernah cerita tak??
LY tak ingatlah mak LY pernah cerita ke tak....sebab banyak sangat cerita yang mak LY cerita.

Ataupun...siapa pernah tengok orang bertunang??
Korang tengok orang bertunang edisi apa??
Artis atau anak raja atau edisi orang beradat??

Macam tak best je kan mukadimah kat atas tu...sebab LY pun tak tahu nak start esei tingtong ni macam mana. Peduli je lah....asalkan bahagia...asalkan dapat keluar satu entry merapu...kalau tak merapu...tak LY lah macam tu.....


Sebenarnya nak story....
Sepupu kak ngah LY nak bertunang. (bukan sepupu LY tau....)
Tapi kalau dah sepupu kak ngah LY...mestilah sepupu LY jugak kan...

Ohhhh hooooiii....
Sedikit payah nak explain gamaknya...
LY dengan along dan kak ngah tu lain ayah satu emak. Yang nak tunang ni sepupu sebelah ayah kak ngah LY la...

Ceritanya adalah....LY tak dapat nak join sepinggan majlis tunang Nora (nama beliau yang ak tunang)
...majlis tu 1/1/11 ni...

Waaa....manyak sedih meyh...
Agak2 trick apa yang LY boleh buat supaya LY boleh balik dari PD ke Lui masa tu...
Baru seminggu pindah dah nak balik....

Dah tu ada pulak kenduri kahwin Kak Ila...jiran LY yang mak dia LY panggil Induk tu...
Yang bukak kedai roti canai tu....

Waaa....kejamnya semua orang....buat kenduri masa cuti sekolah dah nak habis...
Kenduri yang panjang2 ni tak nak pulak diorang buat!!!!

~batubersurat: "bertunang je la Yan....bukannya kawen!!!"

Monday, December 13, 2010

Bermukimkan Port Dickson

7/12/2010 = 1 Muharram 1432 H
Hari berehat sedunia. Dahsyat bila tidur rasa badan bergoyang2 naik gelongsor dekat Desa Water Park tu. Lagi dahsyat dari edisi Gambang Theme Park sebab dekat Gambang dulu main 2 kali round je.
Yang Desa ni, pakat layan anak2 buah main memang letih.

8/12/2010 = Rabu....
Hari bekerja. Maka perlu men-setlle-kan urusan rasmi dengan kerajaan.

Pagi2 lagi dah get ready nak pergi Lukut, PD. Tentera yang ikut mak LY, adik bongsu LY, anak buah LY dua orang. Pemandu of course lah abah LY.

Sampai PPDPD dah jam 11 pagi.
Masuk je jumpa Puan Ija.
Beliau bagi kunci kuarters untuk pilih.
B-02-02, C-02-02,F-02-01.

Owh yeah....kita ke KIP-Lukut.
Check rumah block B dulu.
Maka terjadilah kejadian seorang lelaki yang baik hati dari rumah B-02-03 menegur kitorang yang terkial2 nak bukak kunci pintu tu.

Dengan penuh ramah mesra,
"Tengok rumah ke?"
"A'ah"
"Rumah ni tak elok...kenapalah diorang bagi yang ni....bangang jugak diorang ni!!!"


Oooowwwwwwwww yyyyeeeeeeeaaaaaaaahhhhhhhh....
Abang tu cakap bangang okay!!!
LY tak tipu...saksi mak LY okay.

Check rumah block C pulak!!
Sama jugak masalah macam block B....tak boleh bukak pintu.

"Adik minta dengan akak tu kunci rumah B-02-01, C-02-01, dengan F-04-01"

Maaakkkaaaaiiiiiiihhhhhh....!!!!

Ok...fine...LY dengan abah pergi balik PPDPD. Nasib baiklah jarak nak pergi situ dekat. 5 minit je dah sampai. Kalau jauh....confirm masak nak redah tu semua. Thanks to abah yang sudi ke-hulu ke-hilir nak setlle kan hal rumah LY ni.

PPDPD-ambil kunci-KIP Lukut.
Finally dapat jugak masuk B-02-01 tu....check sana check sini.
OK.........LY  puas hati.
Abah LY pun puas hati.
Mak LY lagilah puas hati.

Jiran: nak tengok rumah lain
LY : Tak mahulah....
Mak LY: Yang ni okay dah. Dah kenal jiran ni rasa lega dah.
Abah LY: Baguslah ni...yang hujug sana tu semak je. Dekat2 dengan hutan, abah takut penyangak je.

Antara mak dengan abah, abah yang paling risau sekali.
Serius okay, bulan 12 ni genap setahun LY tak pernah renggang dengan mak abah. LY tak ada pengalaman duduk rumah sewa atau tinggal dengan bukan famili LY sendiri. Tinggal dekat hostel tu lain cerita.

Presenting.........jiran LY yang dah kenal dengan statement mem-bangang-kan krew PPDPD tu...Encik Khalid dan isteri beliau bernama Fadilah. Famili ni dari Melaka dan beranak 3. Akak Fadilah tu suri rumah sepenuh masa.

Dalam rumah Encik Khalid tu terselit rakan sekerja LY, Cikgu Fazwan. Dia pun men-setlle-kan hal rumah beliau. Dia dapat B-01-01.
Owwwhhhh...yeaahhhh jiran 1 blok ni...

KIP Lukut-PPDPD.
Ambil surat pengesahan rumah.

Fazwan pun nak settle-kan dengan JPA...yang penting rumah baru kena ada air dulu. Nak cuci rumah macam manakan kalau tak ada air. Azab nanti kalau tak ada air.
LY dan famili yang tak tahu JPA ni dekat mana....maka kitorang ikut Fazwan. Dia dah jalan2 dulu dekat kawasan PD ni..

Big thanks to Fazwan. Upah dia kita makan dulu.

Lepas makan baru gerak pergi JPA...
Sampai sana dah jam 1:50.
Lepak2 dulu dalam bangunan pentadbiran PD tu.
Aaaaaaaiiiiiiiiiiicccccccchhhheeeeeeeeee..........bangunan ni betul2 mengadap laut.
Angin dia punya lah kuat.......seronok bangat Ada main2 dekat luar bangunan pentadbiran ni.
Siap suruh aku depakan tangan nak suruh rasa angin.
Cheeeeeehhhhh....kuang asam punya budak...dia pulak ajar maktam dia ni!!!
Redha je la...

Lama gila nak uruskan akaun air ni.
Pegawai JPA ni seorang je.
Nak uruskan banyak benda.
Nasib baik sampai awal.

Sejam lebih bertapa dalam tingkat 4 bangunan pentadbiran PD ni.
Dah settle. Turun tingkat bawah. Bayar bil pemasangan. RM75.
Nasib baik dah keluarkan duit siap2 masa isi minyak pagi tadi. Kalau tak tu, jenuh pulak LY nak cari mak kan. Kuang3........

Jom ke TNB PD pulak.
10 minit dari bangunan pentadbiran tu.
30 minit.....bla bla bla bla dengan pegawai TNB tu...
" ni duit setem hasil....10 ringgit"

Waaa.....tak tahu pun kena beli setem hasil. Nasib baik pegawai tu akan uruskan.

Ke kaunter pembayaran pulak...
Bayaran cagaran dan proses pertukaran pelanggan.
Melayang RM 153.00

Bankrupsi LY nak uruskan rumah ni.
Dahsyat juga kan nak masuk rumah kuarters ni.
Tapi....tak pe!!!!!!!!
Inilah yang dinamakan pengalaman.
Kalau tak lalui semua ni...macam mana nak tahu prosedure-nya kan.

Jam 4:00 petang.........dah setlle......
Terima kasih dekat Fazwan sebab tunjuk jalan pergi JPA dan TNB. Lepas ni LY belanja air milo okay!
Sebelum balik ke Lui.
Ada ajak atuk dia pergi tengok laut.

Maka...kitorang pergi balik dekat bangunan pentadbiran PD tadi. Dekat situ ada jeti + dataran agaknya. Kitorang lepak2 jap ambil gambar. Bagi puas kan hati Ada.

Pulang ke Lui...
2 minggu lagi datang Lukut.
Nak cuci rumah dan pindah masuk terus.

Sampai di Lui tercinta jam 6 lebih.

~batubersurat:"Abang2, kakak2...lepas ni ada meeting pembahagian tugas bersih rumah Yan okay!!"



Saturday, December 11, 2010

CCM Edisi: Cuti Sekolah Disember 2010

Owh yeaaaahhhh....
Balik je dari kenduri kembar hari Ahad tu, minum petang bersama2.
Dan sesi meeting bermula.
Plan untuk hari esok. Membawa anak2 kecil berseronok.

[ISNIN, 6/12/2101]

Lady Y dan mak LY siap2 dekat rumah tunggu kak ngah LY.
Jam 8:30 tu kak ngah LY sampai dengan Ada dan Mamat.

"Mama Arissa nak ikut kita!!"
"Aikkk...tak kerja ke??"
"Dia ponteng....nak ikut jugak....papa Arissa tak ikut"

Mulakan perjalanan-isi minyak di Petronas Nanding-ambil Arissa and her mother a.k.a my second sister- tunggu along n company lepas tol 50 sen tu.

"Ada CIMB tak kat sini"
"Ada kot....tu Maybank ada"
"Nak check gaji cikgu ganti hari tu lah....dah masuk ke belum"

Zassss......
"Maktam belanja hari ni.....duit tiket maktam bayar"

Owwyyyyeeeaaaahhh.....tiba di DESA WATER PARK jam 9:40 pagi.
Sedia menunggu my brother, Ijal and his family.


Cari port untuk letak barang. 2 kali pindah....last2 duduk kat tempat yang ada stage. Biar senang baby2 tidur.

Bukan saja  anak2 yang berseronok....mak abah budak pun lagi berganda dia punya seronok.
Tapi kesian tak terhingga dekat orang yang ber-baby kecil.
Tak dapatlah nak mandi lama2.


Ingatkan pergi hari bekerja, tempat tu tak ramai....tapi ramai jugak.
Nasib baik datang awal pagi.
Maka puas hatilah mandi air klorin + air kencing orang kat tempat mandi macam tu.
Kuang3....
Kalau nak bawak budak2 mandi laut, memang tak larat lah nak jaga keselamatan diorang kan.
Bawak tempat macam ni....biar life guard yang jaga.
Biaq pi la lama mana pun diorang nak berendam dalam kolam tu.
Nak main gelongsor terowong gelap ke....terowong terbuka ke....asalkan budak2 happy.


LY pun letih sebab naik gelongsor mengalahkan anak2 buah LY.
Lepas tu sanggup beratur panjang dengan kak ngah dan dua orang kakak ipar ipar LY nak naik pelampung besar tu.
Sakit bontot dibuatnya. Pelampung tu nipis dari yang dekat Gambang.
Tapi laluan dia lagi teruk dari Gambang.
Pening kepala bila dah habis tu.


Jam 4 petang...masa untukberkemas pulang.
Alif, Jehan, Ilman, Iqbal, Ada semua mata dah merah.
Okay...lain kali kita datang lagi.
Tapi tempat lain pulak.


Balik tu singgah makan dekat Kampung Melaka, Batu 9.
Perut semua stok2 kebulur.
Habis licin semua lauk yang di-order.

Sampai rumah.

p/s: LY tinggal dalam ceruk hutan di pinggir KL ni....network broadband macam HAPER je kan....so tak ada gambar dalam entry ni.....nanti ada masa....LY kasi upload...dekat FB pun de sekeping je dapat upload.

~batubersurat: malam tu LY tidur dengan peningnya...masih terasa lencongan gelongsor~

Friday, December 10, 2010

Lagi seorang tukar status!!

Assalamualaikum pembaca. Takkanlah penskodeng pula kan?
Jenuh tu nak baca kalau mata tertutup sebelah.
Nanti tak pasal2 juling sebab suka skodeng.
Better follow je terus secara terang2an.
Apa yang susah.
Klik je kat ikon follow tu kan.

Huhuhu...Lady Y ni nak tagih simpati ke apa kejadahnya.
LY tak kisahla......huhuhuhu...

Jom bertingtong bersama LY.
Banyak ni nak cerita.
LY ada rasa nak update 3 4 entry jap lagi ni.
Hahhaha...
Harap semua sudi baca ye.


Dimulakan dengan kisah merajuk nak bawak diri pergi Burmingham hari Ahad lepas.
Bajet je nak pergi Burmingham konon.
Kuang3....

Sabtu malam Ahad tu, mak LY jahitlah baju LY tu kan.
Tapi banyak pulak masalahnya.
Kain lembiklah...nipis melayanglah....
Mak LY terus je berhenti menjahit.
Dalam hati menangis....isk3.
Tapi dalam kepala berfikir....esok nak pakai baju apa ni???????

Bangun pagi.
Mak LY dah duduk dekat mesin dia tu.
Yes!!!!!!!! Semangat buat kerja rumah.
Tapi jam dah dekat 9 pag. Sempat ke nak siap ni???
LY rasa cuak tahap keladi bunting layu ni.

Okay....tungtangtungtang....gggggggrrrrrr....
Sambil membebel kain tu susah nak jahit....akhirnya siap jugak...
Jam 9:30 sudah...

LY dengan sepantas rama-rama terbang terus pergi basuh BAJU yang dah siap tu.
Baju je yang sempat basuh. Kainnya masih dalam proses menjahit lagi.
Zaaaaaaaaaasssssssssssssssssss.....
Tarrrrrrrrrraaaaaaaaaaaa.....

[pelamin di jalan rumah flat]

Jam 12 lebih tu dah sampai dekat Keramat.
LY naik kereta dengan mak dan adik serta dilengkapi pemandu iaitu abah LY.
Biasa2 je lah kan kenduri ni....
Berkumpul saudara mara.
Yang muda kenal yang tua.
Yang tua kenal lepas tu lupa yang muda!!!

Buat kerja mana yang ada kerja lah kan.
Dah nama pun katering je...maka datang hanya untuk makan dan tengok pengantin.

[ooohhh hhhoooiii......tolonglah percaya yang kami ni sepupu walaupun tone warna kulit jauh berbeza]

Gosip2 keluarga memang best.
Tambah pulak bila adik2 sepupu yang baru lepas UPSR.
Memang seronok kan...
Lepas tu.....ada pulak sepupu2 punya anak2 semua dah besar2. Bertambah meriah dan kecoh famili.
[menunggu di pondok parking kawasan flat tu]

 
[ok....pengantin lelaki sudah tiba]
Majlis kahwin dengan aktiviti biasa.
Renjis2...makan2....

Masa untuk pulang.
LY balik dengan kak ngah LY. 
Kami singgah Carrefour Ampang.
Nak cari kasut baru untuk Ada.

Orang pergi kenduri pakai kasut lawa. Ada pakai selipar Jepun je...
Huhuhuhu.....Justeru bagi mengubati kecewanya Ada tak dapat kasut baru. Kita cari kasut baru untuk beliau tu....

Balik berhenti dulu kat rumah kak ngah. Tidur sejam dua sebelum balik rumah sendiri.
p/s: sebenarnya nak upload gambar lagi sedozen...tapi server ni macam hampeh je!!

~batubersurat: "balik rumah cepat...nak meeting ni"~

Adoyai!!

Macam ke-bengang-an bila 3 entry pending sebab tak dapat upload gambar dalam entry.

Huish............apa pasal lagilah problem internet dekat Lui ni.

Macam nak je hempuk lappy ni dekat lantai bilik ni.

Biar berkecai.......boleh beli baru.

Kuang3...

Baru kejap ni balik dari menge-faks-kan penyata KWSP dan buku bank dekat sekolah.

Bajet nak bagi masa masuk sekolah nanti.

Tapi dah kakak kerani minta bagi je lah kan.

Dia cakap LY seorang je yang tak pos kan.

Eh........tak tahu pun.
Eh.........kenapa diorang tak bag tahu LY pun pasal ni.
Ke LY yang tak dengar masa akak kerani bagi tahu masa masuk sekolah.

Cis.....sampai hati LY dicicirkan.

Bajet dapat gaji sekali harung je nanti. Rupa2nya kerani tu nak bagi duit awal kat cikgu2 baru.
Macam yang pegawai JPNNS tu bagi tahu dulu.
Cikgu2 baru mesti dapat gaji pertama selewat2nya pada bulan 1 nanti.


Ly tak kisah pun kalau bulan ni tak masuk duit.
Duit nak sara hidup sampai bulan dua masih mencukupi.

TAAAAPPPIIII kalau dapat awal pun best jugak.
Banyak barang nak kena beli ni.
Almaklumlah...nak masuk rumah baru.

Kepada yang masih menunggu story ting-tong dari LY harap sabar.

~batubersurat: hidup untuk kerja....kerja untuk bayar hutang~

Thursday, December 9, 2010

Oppss!!

Ok..kena update cepat dan pantas.
Ni dekat rumah Shahira ni.
Pinjam PC dia kejap.

Sebenarnya ada banyak story nak story.
Tapi disebabkan kekangan pencawang Maxis kena panah petir maka tak ada network untuk beberapa hari ni.
(tipu...baru semalam kejadian panah petir tu)

Sebenarnya tak ada mood nak update story...
Maka LY nak korang semua sabar okay!!

~batubersurat: Sabar tu separuh dari iman~

Saturday, December 4, 2010

LARA

Assalamualaikum.

Hari ni Sabtu.

Esok Ahad kan?????

Kenduri kembar kan??

Tapi kenapa baju baru tak nampak bayang tergantung pun????

Musykil??????????

Sangat2 musykil sebab ada dekat sebelah mesin jahit tepi.

Masih dalam keadan bercerai berai.

Masih belum bercantum!!!!!!!!!

Disebabkan kedukaan yang teramat sangat.

Maka beberapa hari yang bakal mendatang ni Lady Y nak mogok atau mungkin akan lari dari rumah terus.

Kepada readers semua, harap sabar dan tabah kalau Lady Y tak meng-update apa2 nanti.

Kalau tak dapat kesan Lady Y dengan telefon nanti.

Pandai2 lah korang cari Lady Y dekat Burmingham sana.

Lady Y nak tolong William setting majlis kahwin dia dengan Kate tahun depan ni!!!!


~batubersurat: selamat berjumpa lagi semua!!!~

Friday, December 3, 2010

Herdikkan inspirasI

terasa dugaan terlalu berat??
terasa banyak sangat cobaan??
sampai kamu ade terasa tidak mahu lagi hidup??
bosan dengan hidup??
penat dengan kehidupan??

kenapa??
sebab banyak masalah??
kamu ingat kamu seorang je  yang ada masalah??
yang di uji, yang di cuba dan di duga oleh Maha Pencipta??

atau,
rase masalah kamu hadapi tu tak sama dengan orang laen??
kamu orang awal ke yang hidup di muka bumi ni??
kamu rasa orang lain tak pernah hadapi??
kamu tak ingat ke berjuta-juta manusia telah hidup sebelum kamu??

buka la minda dan fikiran..
belajarlah dari pengalaman..
dengarlah cerita-cerita kehidupan..
orang dikiri, kanan, belakang, maupun hadapan..

jangan PERNAH untuk egois ! ! !

kerana kamu tidak pernah sendirian..
kenapa perlu untuk  mengasingkan..
sedangkan hidup ini satu perkongsian..
kite masih berkongsi pada ruang udara yang sama~

marilah Bangkit, Bangun dan Berdiri lagi..
dan teruskan perjalanan di bumi ini..

bukan pujangga
isnin
1 zulhijjah 1431
 
 
~batubersurat: LY copy n paste dari Notes Bukan Pujangga. LY ketagih bahan bacaan~

Apa yang menceriakan koranG

Hari2 yang gempak dalam hidup LY adalah bila kakak2 LY balik dan mula bergosip.
Cerita  hot hari ni pasal kengkawan LY.
Dia kata kawan LY tu couple dengan jiran dia.
Lepas tu sambung yang nenek saudara dekat Kampung Baru tu dah nyanyuk!!!
LY yang duduk menganggur 24/7 dekat rumah ni pun tak tahu benda2 macam ni.

~batubersurat: kak ngah LY bercerita dengan mimik muka yang kelakar~

Tak pasal-pasaL

Jumaat datang lagi.
Assalamualaikum....hari baik kena mula dengan ucapan yang baik.

Pagi2 lagi Ada dah ketuk pintu bilik.
"Atam...oh...atam..."

LY  dengan malasnya bangun jugaklah dari katil tu...
Buka pintu...

"Bangunlah Atam..."
~budak kecik ni ingat LY nak tinggalkan dia lah tu an...bajet LY tak tahu agenda budak kecil tu....nak follow LY pergi PD next week ni~

LY sambung baring2 balik...agak2 lah kan nak suruh bangun jam 8:15 pagi...
Masih terlalu awal untuk menggunaka tenaga yang telah dikumpul sepanjang malam.

Wawawwawawa......

Zasss.....selaju tikar terbang LY bangun pergi bawah.
Ada jatuh tangga.
Padan muka....kuang3....

Sakit ya amat lah tu....tergelecek dengan mainan sendiri dekat tangga tu.

Tak pasal2 LY bangun awal pula hari ni.

"Ada dah makan belum???"
"Lom agi"

Lagi sekali....tak pasal2 LY kena mandi pagi.

Gila sejuk air kolam tu.

Sarip Dol betul budak kecil...

Tak pasal2 LY mandi tak basuh rambut sebab sejuk....

Ikut dan je mandi...

Tak pasal2 aku tak mandi sunat Jumaat pagi ni!!!

Alahai anak buah.....kalau hal dia semua nak cepat...
Nak suruh tunggu kejap pun tak boleh!!!

Kentang lenyek punya budak dah sampai kedai Induk dia tak nak masuk sebab ada Atuk Inggi dia. Agak2 lah nak takut dengan atuk sedara sendiri.

Lagi sekali tak pasal2 kena bungkus bawak balik je roti canai tu!!!!

Tak boleh nak pekena milo gelas besar betullah kalau dengan budak ni punya kehendak.

Nak buat macam mana lagi...
Ikutkan je la....

~batubersurat: nanti korang ada anak....didik dia jangan jadi takut2 n jangan kuat perintah....susah korang nak handle nanti~

Thursday, December 2, 2010

BORED

Bosan?????

Tak adalah.....

Biasa je...

Hari ni buat apa???

Jawab soalan KAEDAH MATEMATIK...

~batubersurat: kenapalah awal sangat aku bangun tidur tengah hari tadi....kan dah meroyan~

Dah top-up...dah boleh gosiP

**background music: kalau berpacaran **

"Oit...kau kat mana??"
"Kat rumahlah"
"Mak buat apa? Mak jahit tak baju aku??"
"Jahit lah...tu tak dengar bunyi mesin??"
"Suruh mak jahit semua baju yang ada tau...nak pakai pergi kerja"
"Iyer...."
Bla..bla...bla...bla...

"Apa pasal tak balas mesej semalam?"
"Malas...tak ada kredit..."
"Errrrggghhh....Okaylah...suruh mak jahit tau...nak pakai Ahad nanti!!"
"Iyer...."

LY jarang2 mengalami fasa hidup kekeringan kredit. Sebenarnya semalam tu ada je lagi 18 sen. Tapi malas sesangat nak balas....maka tak adalah balas mesej gosip adik beradik.

Maka petang tadi dah top-up C902. Kredit habis bergosip. Bateri habis bergambar.

~batubersurat: LY okay je kalau tak ada kredit...orang lainlah kan yang tak tahan bila LY tak ada kredit ni~