|
|
|
|
|
|
Salam takzim
Hari ni 15/12/2011
Dah setengah bulan bulan terakhir untuk tahun 2011.
Bermakna jugak cuti sekolah berbaki kurang dari 20 hari je lagi.
Hari ni kisah bermula dari jam 6:15 pagi.
Bangun untuk solat Subuh atau lebih tepat lagi tak tahan untuk proses perkumbuhan sebab rumah LY ni sejuk sangat memandangkan dikelilingi pokok dan hutan rimba.
Lepas je solat....sambung tidur balik. (Wajib lah kan memandangkan tengah bercuti)
Jam 8:30 bangun balik.
Cuaca sungguh menarik.
Hari ni tak basuh baju sebabnya malam tadi dah basuh. LY bangun, baju dah siap sidai dan Datin A tengah bersidang dengan jiran dekat ampaian.
Sarapan pagi nasi lemak pak Akob.
Sarapan bersama dua orang askar wataniah Along LY yang bermukim di rumah LY sejak hari Isnin.
Mengurus makan je dah ambil masa.
Nak letak sambal nasi lemak tapi tak nak bawang.
Nak asingkan kacang dan ikan bilis lah.
Leceh...leceh...leceh....
Rumit....rumit...rumit...
Buat pulak air milo suam.
Macam-macam hal!!!!
Sapu rumah bawah yang karam di lautan.
Habiskan lipat baju (seluar kecik adik2) yang tergendala malam tadi.
Kemas bilik sendiri yang sekarang ni menjadi milik adik bongsu LY.
Sungguh menggeramkan tulang2 dan urat2 sendi badan LY.
Berhabuk....bersepah....kertas sana sini...
AAAAAAAAAAARRRRRGGGGGGGGGGGHHHHHHHHHH....
Harap muka je cantik dan rajin make-up....
Tapi bilik nan-hado....jahanam.
Dah macam sarang tikus.
Kemas bawah katil.
Uhuk2....habuk.
Kemas meja study.
Kemas kotak2 buku LY yang LY tak tahu nak letak kat mana.
Nak buang sayang.
Nak bakar sayang.
Kebanyakannya buku dari sekolah menengah, buku matrik dan buku masa U.
Buku original tu....nak jual pun sayang.
Siapa nak pinjam LY bagi dengan syarat mesti pulangkan balik.
Habis kemas je dah jam 12:30.
Mandi....air sejuk...tak tahan nak mandi awal.
Haha....busuk punya orang.
Dah siap mandi...online sekejap.
Solat Zuhur.
Lunch dah siap....
Gulai cili api ikan tongkol campur tomato, sayur campur, ikan goreng.
Terbaik....terhangat....terliur.
Memanglah duduk dengan mak ni syurga....syurga makanan.
(part ni bukan tak tolong masak...tapi nanti mengacau jadinya....kesian Datin A ganggu gugat kekonsentrasian beliau di dapur)
Kemas-kemas.
Naik bilik...capai buku Abu Ubaidah Penakluk Parsi.
Baru nak layan 1 muka surat.
Sorang masuk bilik bising-bising.
Masuk lagi sorang...
Masuk lagi sorang...
"hhhhhhhheeeeeeiii...pergi main dekat luar sana!!!!"
Aaarrrrrggghhh...tensi...tensi...
Kenapalah budak2 ni tak reti duduk diam.
Cuaca dekat luar hujan.
Aliff, Jehan, Ada ni terpaksa duduk dalam rumah je lah gamaknya.
Diorang punya bertandak dekat ruang tamu utama yang sebelah bilik LY ni...tuhan je tahu bisingnya.
Dah lah dinding pemisah papan playwood (betul ke eja).
Sakit telinga diorang ni lompat2 main dekat luar.
Nak baca buku pun tak ada feel.
Baru nak terlelap sebab kekenyangan diorang bising tahap super duper.
Tensi...tensi....
Sampai ke petang tak boleh nak baca dengan tekun apatah lagi tidur dengan aman.
Bila dah lama sangat main...mulalah ada yang tak puas hati budak2 ni.
Last2 menangis.
Dah satu hal.
"Pergi tidur....kang atam tepon ayah suruh ambil bawak balik Semenyih nak???"
Nan hado diorang ni tidur.
Segala macam benda buat main.
Tapi Ada tewas jugak. Dia terlelap sebab terlebih penat.
Jalan2 petang pergi rumah Cik Salmah atas bukit sebab malam ni ada kenduri.
Baru nak melepak jap....Anem suruh balik...mandi kan Ada.
Dia sibuk nak suruh Atam beliau ni mandikan.
Aduiiissssssshhhhh...
Mandi pun memilih orang jugak.
Pakaikan baju...pakaikan bedak....sikat rambut....
Puh...puh...puh...
Penat...
Macam mana LY nak jadi mak-mak ni.
Buat kerja sikit dah penat.
Tu belum masuk kes masak lagi...kemas baju...basuh berak kencing budak.
Aduiiiiissssssshhhhhhhh...
Susahnya nak jadi mak orang.
Dikala waktu entri ditulis...
Pintu bilik ditutup rapat.
Biarlah ada yang nak ketuk sampai runtuh pun...jangan ada yang nak masuk.
Konsentrasi baca Yaasin ni.
Selesai Yaasin...
Menaip sebentar sementara menanti Isyak.
Sedang enak2 menaip ni, Ada ketuk pintu sambil menangis sebab kena pukul dengan Aliff.
Sampai sini dulu. Nak layan Ada.
Lepas Isyak nak pergi kenduri...menu ikan bakar dan satay.
Chau shin chi....
~batubersurat: baru nak rehat2...tapi dah kucarkacir hidup~
No comments:
Post a Comment