|
|
|
|
|
|
Kadang-kadang benda ni jadi dekat diri sendiri juga.
Selalu lupa nak bersyukur dengan apa yang ada. Selalu nak merungut kalau hajat tak sampai atau benda yang kita angan-angankan tak dapat.
Korang bersungut bila tak dapat belajar dekat luar negara. korang tahu tak ada berapa ramai orang dalam dunia ni yang nak sambung belajar tapi tak dapat walaupun dalam negara sendiri.
Korang bersungut yang korang hanya ada sijil SPM je. Korang tahu tak dalam Malaysia ni ada berapa ramai yang tak ada sijil SPM. Ada tu jangankan SPM, PMR atau UPSR pun ada yang tak ada.
Korang bersungut yang korang ni sekolah tapi tak pandai-pandai juga. Korang tahu tak dalam dunia ni ada berapa ramai yang tak mampu jejak kaki dekat sekolah nak belajar macam mana yang korang dapat.
Korang bersungut yang korang ni ada adik beradik ramai sampai tak dapat kasih sayang yang sempurna lepas tu kena tolong mak ayah jaga adik-adik lagi. Korang tahu kan Nabi Muhammad dulu anak yatim piatu, tak ada adik beradik. Korang tahu tak ada orang yang terpaksa berpisah dengan adik beradik dia sebab keluarga tak mampu nak jaga, mak ayah lari atau mak ayah meninggal.
Korang bersungut motor asyik buat hal, basah kena hujan, perit badan kena terik matahari. Korang tahu tak, ada orang cari nafkah keluarga dengan hanya guna basikal atau jalan kaki.
Korang bersungut kerja bertimbun nak kena mengadap PC dekat pejabat yang ber-air-cond. Korang tahu tak ada orang kerja bawah terik matahari nak siapkan bangunan, kerja bawah lampu mentol sambil berdiri memanggil pelanggan sebab meniaga pasar malam, kerja dikeliling air sebab nak mencari ikan.
Korang bersungut bila kawan-kawan suka membuli dekat sekolah, tempat kerja. Korang tahu tak ada orang kena duduk dalam penjara sorang-sorang sebab banduan tahanan akhir. Korang tahu tak ada orang kerja berdiri hari-hari tanpa boleh bercakap sampai habis waktu kerja sebab dia jadi guard pintu istana.
Jom kita sama-sama ingatkan apa yang sepatutnya kita ingat.
Jom bersyukur sebab Allah dah bagi kita peluang untuk merasa pergi sekolah belajar dengan normal dengan cikgu-cikgu normal di sekolah-sekolah normal.
Jom bersyukur dengan sijil-sijil yang kita ada walaupun dalam sijil tu tak banyak A tapi sekurang-kurangnya kita mampu untuk isi borang kerja dan dapat kerja dengan sijil periksa kita.
Jom bersyukur dengan kapasiti otak yang Allah dah bagi pada kita. Bayangkan kalau semua orang nak jadi doctor, lawyer, engineer dalam dunia ni. Habis tu nanti siapa nak buat kerja kerani, bawak lori, jadi penjaga baby, penternak, tukang sapu dalam dunia ni. Allah menjadikan kita ni saling melengkapi.
Jom bersyukur kita ada adik beradik ramai sebab ada jugak kawan nak ajak bersembang sambil sepak-sepak kaki. Takpun kawan yang boleh dijadikan lawan lempang atau tumbuk bila marah.
Jom bersyukur dekat mana pun korang berada. Atas darat, dalam bangunan tinggi, atas jalan raya, basement kereta, dalam gua, atas air, dekat udara…semua tempat pun kena bersyukur sebab oksigen ni free je. Allah tak minta bayaran pun.
Jom bersyukur bila orang lain suruh kita buat kerja, buli kita buat itu ini. Bersyukur sebab Allah bagi kudrat pada kita lebih dari orang lain. Kita ada super power nak buat banyak kerja banding dengan orang lain.
Jom bersyukur bila orang lain mengata pasal kita, mengutuk depan belakang kita sebab tu menunjukkan mereka tu tahu kita ni wujud dalam dunia ni. Kita bukan halimunan.
Jom bersyukur dengan setiap nikmat Allah bagi.
Allah bagi kita dua tangan untuk buat kerja. Allah bagi dua telinga untuk kita dengar pelbagai kisah suka dan duka. Allah bagi kita mulut untuk luahkan apa yang kita rasa.
Allah bagi kita hidung, kaki, perut, pancreas, jantung, hati, limpa, hempedu, darah merah, darah putih, kuku, banyak lagilah...semua tu percuma je.
Allah bagi kita demam, sihat, penat, happy, sedih, geram, menyampah macam-macam lagi Allah bagi supaya kita sentiasa bersyukur pada Dia.
Fitrah manusia tu tak pernah puas. Maka, marilah kita saling ingat-mengingati.
~batubersurat: selamat datang Disember 2011~
No comments:
Post a Comment