|
|
|
|
|
Salam takzim.
Sana sini orang dok bercerita pasal filem Ombak Rindu.
Berombak-ombak wall FB dengan status ombak rindu.
Sampai dah boleh jadi hari peringatan Se-Malaya 1 Disember sempena memperingati filem Ombak Rindu.
Sebenarnya LY bukan nak review cerita tu...(nak review cengganakan kalau jejak kaki kat wayang pun tidak)
LY nak review pasal aktiviti tengok wayang.
LY dah dekat 2 tahun tak jejak panggung.
Takjub tak???
(Astaghfirullah...ter-riak lah pulak....ada orang tak pernah tengok wayang tak kecoh pun)
Sebab apa sekarang ni LY malas tengok wayang???
Kat sini ada beberapa alasan yang munasabah lagi munasarawak yang boleh diterima pakai oleh hakim-hakim se-antero dunia Melayu.
1-SEJUK
--- dalam wayang tersangat2 sejuk untuk body LY tahan sampaikan sekurang-kurangnya sekali LY mesti kena pergi toilet masa movie tengah on untuk proses perkumbuhan.Tak syoklah kan dah tertinggal beberapa scene....kalau dah 2 3 kali asyik pergi toilet...baik duduk rumah je.
2- IKLAN SPONSOR
---- siapa yang jenis masuk awal ke panggung mesti tahu ada iklan apa yang keluar sebelum movie on. Atau yang tak perasan...iklan ARAK mesti ada terselit dalam iklan wayang. Walaupun cerita yang keluar bercorak ke-Melayu-an atau lebih tepat ke-Islam-an...owner wayang belum tentu Islam lagi. So, kalau tak sokong wayang...kita tak adalah sokong iklan arak kan. Huhuhu...kita ni dah lah tak berapa nak buat pahala setiap masa...ni nak tambah pulak dosa yang tak berapa nak perasan masuk buku belah kiri.
3- PACARAN
---- dalam wayang tak semuanya dah berkahwin dan mengamalkan adat kesusilaan yang tepat dan jitu. Panggung gelap dan boleh jadi gulita kalau tak pakai spek mata...huhu....pacar2 zaman sekarang ni macam2 hal buat dalam wayang.....disebabkan LY tak mampu nak berjihad menghalang maksiat depan mata....maka lebih baik tak masuk wayang...
4- CUKAI
---- dalam tiket wayang yang kita tonton tu...kita dah bayar cukai hiburan sekurang2nya RM2 untuk 1 tiket. Bukan masalah kedekut sangat nak bayar duit tiket...tapi kalau dah selalu sangat layan wayang ni....kiralah berapa banyak duit cukai hiburan yang kita bayar setahun. Lebih dari zakat sekepala yang kita bayar masa puasa tiap-tiap tahun.
5- MENGANTUK
---- dalam wayang yang sejuk mejuk tu....mudah sangat LY nak rasa mengantuk....memang boleh terlelap 15 minit kalau layan filem yang slow motion.
Cukuplah kot alasan2 untuk mengelak tengok wayang. Anak2 buah ajak jugak tengok wayang ni...tapi sedaya upaya LY kata cerita tak best. Padahal dulu LY rajin je nak jejak panggung....Hahaha...kedekut kan... Tapi tak apalah kalau kedekut tengok wayang...jangan kedekut nak bagi makan....
~batubersurat: tunggu jelah cerita tu keluar dekat Astro.....senang cerita....Astro pun kena bayar cukai jugak~
No comments:
Post a Comment