Friday, December 16, 2011

LY & Cuti (II)

|
|
|
|
|
Salam takzim.

Malam tadi (15/12) ada kenduri dekat rumah cik Salmah sempena perasmian kedai makan Satay D' Rimba.
Kekenyangan dan keletihan melayan kerenah anak2 buah yang banyak songeh mongeh nak makan itu ini.
Kedai ni letaknya jalan ke atas bukit lorong rumah LY. Boleh test mulai esok malam (17/12)

Hari ni, kesejukan menggamit sanubari untuk bangun membuang bahan kumuh serta solat Subuh dengan segera.

Pagi2 buat kerja rumah semua dan mandi dengan dalam selang waktu yang agak awal iaitu jam 11 pagi. Terbaik....air bukit memang sejuk....ggggrrrr...

Hari ni disebabkan tak ada aktiviti yang menarik untuk di buat maka, LY merajinkan diri untuk menyiang sayur untuk proses lunch.

Mak LY beli pucuk paku 3 ikat. (Ikat tangan yang besar...kalau tangan LY ikat tu mungkin 6).
Mula2 patah patah guna tangan....macam biasa. (kalau ikut teknik arwah nenek LY kena lurutkan dulu sebelum patah2kan)

Mula2 steady je patah2 ni. Sekali jumpa benda hijau bergerak2....eeeeeiiiiiiii...geli2...(tapi dalam hati je)....kalau kakak2 LY jumpa lagi dahsyat...mahunya diorang pergi campak daun pucuk paku tu.

LY yang masih lagi steady nak patah2kan pucuk paku tu lama2 jadi malas pulak sebab banyak sangat. Dan bila dah malas...apalagi....capai gunting....zas...zas....hamek kau...sekejap je siap.

Bila basuh tu...ada lagi benda2 hijau yang LY tak buang masa guna gunting.
"Masak je sekali mak kalau kita tak nampak....orang lain makan ulat hidup2 sihat je"
Hahahha......
Mungkin orang pekan yang beli pucuk paku jarang jumpa ulat daun sebabnya ulat dah mati kepanasan....tu pasal orang pekan tak geli bila proses pucuk paku ni.

Menu lain....sambal udang campur petai....
Selalu mak LY masak sambal cili api petai dengan ikan bilis...dan LY akan dapat sakit perut CIHIT BIHIT sebabnya mungkin cili tu terlalu pedas. (benda ni jadi 2-3 tahun kebelakangan ni je....dulu2 masa zaman sekolah ok je....mungkin sebab duduk luar tak makan petai...sekali makan kat rumah perut tak boleh terima agaknya....tak makan kat tempat lain mungkin sebab tak kena dengan selera perut LY...memilih kan???)
Hope makan sambal cili kering ni tak sakit perut lah besok.

Semalam LY baru baca beberapa baris novel Abu Ubaidah. Tapi hari ni LY malas nak sambung sebab LY nak habiskan dulu travelog Hatiku terluka di Bukhara....Baru baca sampai bab 4 petang tadi sambil dengar anak2 buah main sebelah bilik ni.

Semalam minum petang punya menu: bubur pulut hitam.
Hari ni menunya pulak.....cekodok pisang.
Ni super duper pebret LY punya menu ni.
Melantak sepinggan dengan cicah sayur pucuk paku tengah hari tadi.
LY bab2 buat menu pelik ni memang terer habis.

Free2 lepas Maghrib ni, sempatlah LY baca Quran sikit.
Almaklumlah TV pun bukan boleh tengok sebab rosak.
Maka, carilah pahala sikit dikesempatan cuti sekolah ni.

Lain2 yang menarik hari ni...
Slip gaji dah keluar....alhamdulillah.

~batubersurat: terkenang pulak zaman sekolah dulu, waktu2 macam ni mesti tengah melepak dekat surau mengaji dengan geng2 surau lain~

No comments: