Tuesday, December 20, 2011

LY & Cuti (IV)

|
|
|
|
|
Salam takzim.
Beberapa hari yang menggeramkan hati sanubari dengan internet yang tiba2 lembab macam kura2 tua.
Nak update pasal cuti pun tak boleh. Memang mendengkikan lagi meng-iri-hatikan pada diri LY ni.

Ahad lepas....LY dapat demam suam2 kuku. Lepas telan dua biji ubat demam kak ipar LY dan tidur petang dalam 2 jam....lepas tu badan okay sikit. Anak2 buah pulak dah balik rumah masing2. Kecuali Ebot yang dah juta2 kali kena halau pun still menempek kat rumah nenek beliau ni. Ada tetap datang macam biasa.

Rutin biasa untuk hari Isnin dan Selasa. TV masih lagi rosak. Tak ada yang menarik untuk ditaip panjang lebar.

Dikesempatan rangkaian internet yang lembap mambab ni, LY berjaya menghabiskan travelog lama tahun 2002 yang menang anugerah Sako bagi Novel Nasional iaitu HATIKU TERLUKA DI BUKHARA karangan oleh Wan Hashim Wan Teh (Nanti akan LY review)

Lain-lain yang menarik sepanjang dua hari ni. Duit cash dalam dompet berbaki RM8.80.
Duit gaji dah masuk. Bonus dah masuk. Claim exam PMR dah masuk dan kena potong dari jumlah asal. Claim SPM untuk bulan 11 pun kena potong SEPARUH!!!!

Duit ni mintak cukai rasanya....terasa macam nak beli TV sebijik untuk rumah mak LY ni je memandangkan Abah LY TAK MAMPU nak beli barang2 yang TAK PENTING ni. Lagipun bukannya beliau tengok TV sangat pun.

Bila fikir2 balik...ada hikmah jugak kan orang tak ada UNTA TUNGGANGAN ni. Bolehlah beli macam2 untuk Datin A. LY tahu, orang lain celik2 mata lahir kat dunia ni, hidup diorang memang sedia ada senang. Abah LY hanya kerja pemandu lori kerajaan. Korang bayangkanlah gajinya berapa je kan....nak2 lagi sekarang ni dah pencen. Cukuplah sekadar apa yang ada. Dan mak pun bukanlah jenis meminta. Hentikanlah cerita sedih2 ni....yang penting LY happy dan adik2 pun tak pernah nak kebulur atau kekurangan baju untuk di pakai.

Itu saja untuk kali ni. Jumpa kejap lagi untuk review buku Hatiku Terluka di Bukhara.

No comments: