Friday, December 2, 2011

Aktiviti merawat hati yang luka #2

|
|
|
|
|
|

Salam semua.
Kuarters tempat LY menumpang sekarang ni tengah upgrade maintenance.
Rumah LY dah siap proses.

Sebelum cuti sekolah hari tu, orang2 yang bertanggungjawab membaik pulih kuarters ni dah mengecat rumah LY ni.

Budak2 ni cat memang laju. Sehari je dah siap. Korang bayangkan je lah macam mana hasil kerja cat dalam 1 hari ni.

Budak2 ni buat kerja tak letak pelapik dekat tile rumah ni. Makanya, cat tu terpercik ke tile.
Habis keliling rumah ni kena cat.

Sempena off day SPM....tak ada benda nak buat selain dari makan tidur makan tidur...LY decide nak menghapuskan kesan cat dekat tile.

Dengan sebijik scalpel (camni ke eje???)
Dan sebotol thinner....

Dan jugak sehelai kain.
Tapi penat nak buat kerja ni. LY buat slow2....baru habis dalam 25 tile yang 1 ft x 1 ft tu.
Dari mencangkung ke duduk lepas tu mencangkung balik. Letih nak sapu thinner kat tile lepas tu kikis cat. Dan efek dari men-thinner mengikis cat ni jari habis lenguh.

Tambah pulak sekarang ni tengah uzur syar'ei...petang tadi LY bantai tidur sampai ke Maghrib. Terjaga sebab dapat mimpi ngeri.
So....esok sambung lagi aktiviti ni.

~batubersurat: kemas rumah - sepahkan rumah - kemas rumah - sepah kan rumah - kemas rumah...banyaknya kerja~

No comments: