Friday, December 2, 2011

Aktiviti merawat hati yang luka #1

|
|
|
|
|
|

Episod down down down ni memang selalu terjadi. TER tau...bukan sengaja jadi...dan efek TER memang kritikal. Kritikal macam kena rodok dengan ikan todak. Pilu dan ngeri.

Tak tahu kat mana salah.

Gua.
Dia.
Keadaan.
Takdir.
Mana-mana je lah kan.
Yang pasti kebarangkalian salah 0.5...kebarangkalian betul 0.5.

Nak menangis ni jadah sangatlah LY boleh keluar air mata.
Nak makan banyak tanda bengang boleh maut pulak sebab perut jenis kecik. Sumbat banyak, nanti LY yang kena sumbat masuk spital pulak.
Nak merewang LY dah tak pandai nak merewang. Agak2 nak beli tiket wayang pun mungkin LY dah lupa.

Asbab nak layan perasaan ni supaya LY tak ada lah jadi meroyan depressed kalah orang jatuh muflis.

Bila hati dah terhiris, terpenyek macam kena langgar t-rex....buat macam hari-hari biasa 5, 6 tahun lepas je.
Alah bisa tegal biasa.
Sedangkan deman, selesema, batuk tu semua LY boleh handle, inikan pulak patah hati.

Lempang pipi kiri ke kanan.
Memang susah nak pulihkan hati yang dah patah...(hati mana boleh patah...hati kan benda lembik...kompius..kompius)

Memang susah...siapa cakap senang. Tapi tu semua bergantung pada diri masing-masing macam mana nak handle.

Bagi LY yang hati keping-keping ni, LY biar je dia keping-keping macam biasa.
Hidup biasa-biasa je.
Makan...tidur...baca buku...tengok TV..buat kerja rumah.

Dan tambah 1 aktiviti yang LY sangat suka buat.
Tak kisah lah time hati tengah ok atau hati tengah rabak macam sekarang.

Aktiviti yang LY dah praktis kan sejak dari zaman sekolah rendah lagi.
Taaaaaaaaaaaraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
 
Gosok baju.
Dan bila LY leka gosok baju yang banyak ni...tangan LY akan cepat letih. Lepas tu letih satu badan. Lepas badan letih...kepala dah tak proses apa-apa.
Bila kepala dah tak proses apa-apa LY akan tidur sampai pagi esok.

Soooooooooooo...bila korang rasa korang susah sangat nak rawat hati korang tu...LY suggest korang buat aktiviti yang memenatkan ni.

Kalau baju korang dah gosok semua, korang gosok baju mak abah korang, lepas tu baju abang kakak  adik korang. Baju kerja, baju sekolah untuk tahun depan, baju kebun pun boleh jugak korang gosok.
~batubersurat: Lagi sebulan baru nak pakai baju-baju yang dah gosok tu~

1 comment:

Anonymous said...

wowwww......... ok.. i'll try.. thanx... =)