Tuesday, December 20, 2011

Review Buku: Hatiku Terluka Di Bukhara

|
|
|
|
|
|
~batubersurat: review yang panjang tapi tak panjang sangatlah~


Ihsan Google

Bagi muda-mudi yang tak pernah jumpa buku ni di Perpustakaan...LY nak maklumkan bahawa buku ni diterbitkan pada tahun 2002. Buku ni adalah Finalis Hadiah Sako. Tahu tak apa tu hadiah Sako??? Kalau tak tahu....google-lah sendiri...hahaha!!!

Dah sembilan tahun baru LY nak baca. Ketinggalan sungguh LY ni kan. Kalaulah LY baca buku ni masa mula2 terbit dulu (2002 baru tingkatan 3)...mungkin LY dah pergi RUSIA agaknya belajar buat medic. (Tak ada kaitan langsung dengan nama Bukhara kan!!!)

Cerita ni berkisar perjalanan percutian lawatan10 hari seorang penuntut Universiti Machester,UK ke SOVIET UNION. Beliau masa ni tengah buat master. Tidak dinyatakan umur tetapi LY agak mungkin dalam 25 ke atas.

Mungkin pelik bila kita mula2 baca buku ni. Penggunaan bahasa Melayu yang agak sukar nak faham kalau korang jenis tak faham kehalusan seni bahasa Melayu ni.
Bertambah pelik bila korang baca pasal pelajar ni nak pergi SOVIET UNION. Kalau tak tahu sejarah, agak sukar dekat mana korang nak tahu apa tu SOVIET UNION....nak2 lagi pada tahun 2011 ni. Dalam peta atlas pun tak jumpa SOVIET UNION dekat mana.

Pengalaman ni(cerita lawatan 10 hari ni) dialami oleh Abdul Rahman pada tahun 1983. (korang akan tahu bila korang baca epilog ending buku ni bila adanya ayat yang lebih kurang macam ni "pada tahun 2000, aku sekali lagi menjejakkan kaki ke Tashkent, Uzbekistan (salah satu tempat lawatan di SOVIET UNION dalam novel ni).......adanya hotel baru berdekatan hotel Bukhara tempat kami menginap 17 tahun dahulu.

Dah 17 tahun baru dia nak buat buku pengalaman dia pada tahun tu.
Legend kan cerita ni....siapa yang tak suka membaca memang susah nak faham cerita ni. Dengan fakta2 pelik pasal Soviet Union lagi...kapitalisme...sosialisme...macam2lah yang susah kalau tak ada pengetahuan am pasal terma2 -isme ni.

Lawatan hari pertama beliau di Moscow, Rusia (Ni semua tahukan)
Diceritakan berkenaan pameran pencapaian ekonomi,dan kehebatan persembahan oleh Bolshoi Ballet. Lepas tu beliau pergi ke Kremlin dan Klin. (Rusia terkenal dengan kemajuan angkasalepas)

Berkaitan Klin ni adalah seorang pemuzik agung Rusia yang menjadi Idola Rahman iaitu Tchaikovsky(terpulang koranglah nak sebut macam mana!!!). Rahman ni tahulah semua fakta2 tentang pemuzik idola beliau ni sebab dia pernah buat esei 3000 patah perkataan tentang pemuzik ni masa dia menuntut dekat Australia. 3 Hari dekat Moscow Rahman pecah dalam kumpulan kecil untuk lawatan ke kawasan lain dalam Soviet Union ni.

Group diorang ada 12 orang dan seorang pemandu pelancong nama Tania. Dalam grup ni ada 2 orang lagi Muslim sama dengan Rahman dari Afrika.
Banyak hal2 menarik dalam buku ni...macam kisah sistem apartheid di Afrika yang diselitkan dalam perbualan antara Rahman dan ahli rombongan lain. Monumen2 tinggalan sejarah. Kisah2 perang revolusi Oktober 1917. Perang Dingin dengan Jerman. Kisah pemerintah contoh Maharaja Tsar, V.I Lenin.

Dah setengah baca novel ni, tak jumpa pun apa yang menyebabkan penulis kata hatinya terluka di Bukhara. Sebabnya setengah buku awal diceritakan tempat2 yang tak ada kaitan langsung dengan Bukhara.

Dah masuk bab Berkenalan Dengan Kahramon(bab 11) barulah rombongan ni tinggal di Bukhara. Yang menjadikan hatinya luka adalah bila, dekat situ beliau tahu bahawa umat Islam telah ditindas dari segi fizikal. Contoh yang menunjukkan hatinya terluka bila, sebuah masjid dijadikan tempat hiburan oleh anak2 remaja, madrasah dijadikan coffee-house, umat Islam tak dibenarkan sembahyang berjemaah.

---mukasurat 235
Ah! Apa ni? Apa?
Pertanyaan itu bergema kuat dalam mindaku. Dan ia membawa kepadaku suatu persoalan yang amat mengusik jiwaku....
Apa? Sebuah coffee house? Tempat remaja minum2 dan menghiburkan hati mereka? Ini masjid, tempat mulia bagi umat Islam dijadikan tempat minum, mendengar muzik dan bersuka ria. Sungguh sedih, hairan dan aneh!
Tanpa disedari, aku dirasuk oleh perasaan kebencian, kekesalan dan kemarahan yang amat tinggi sehingga air yang hening menyimbah keluar membasahi kedua-dua bola mataku tanpa dapat ditahan2 lagi.. Perasaan sedih, marah, kecewa dan benci bergelora dalam dadaku seperti Laut China Selatan yang menerpa ganas ke sepanjang pantai timur Semenanjung pada setiap bulan Disember dan Januari....

Tu antara bahagian yang menunjukkan betapa hati penulis terluka saat beliau melawat ke suatu tempat ketamadunan dan keilmuaan Islam yang agung pada suatu masa dulu. (Bukhara ni tempat kelahiran Imam Bukhari, Ibsu Sina)

Lain2 bahagian yang menarik adalah dialog antara Rahman dan seorang profesor dari Jepun yang pernah tinggal dekat MALAYA (zaman perang)
----mukasurat:147
".....Pada pemerhatian saya, rakyat di negara saudara sedang mengalami proses pembaratan yang amat pesat. Nilai tradisi semakin hilang. Nilai materialisme don konsumerisme sudah menjadi satu gelombang besar yang diterima umum. Juga kehidupan masyarakat anda semakin individualistik, tidak seperti masyarakat Melayu yang pernah saya kenal semasa Perang Dunia Kedua dulu..."

Memang betul pun inilah sikap orang kita sekarang ni (LY pun sama juga....jiran depan rumah pun tak kenal)

Dan bila Rahman kata orang Malaysia sangat mengagumi Jepun, profesor Suchi cakap macam ni pulak.
"...akhirnya anda juga akan meniru segala kesilapan yang telah dibuat oleh Jepun!. ....kehidupan majoriti rakyat jelata akan terpinggir. Dan jurang hidup antara yang kaya dan miskin akan semakin melebar. Inilah yang akan berlaku di negara saudara nanti"


Kalau anda berminat nak cabar minda dengan pengetahuan politik serta pengetahuan am...tak rugi baca buku ni. Dulu2, LY berminat jugak nak ambil Sains Politik, tapi mungkin takut tak ada kerja atau takut kena tangkap jadi tahanan ISA, so LY kuburkan je cita2 tu. (sekarang ISA dah mansuh)

Memang patutlah catatan lawatan ni disimpan selama 17 tahun. Dalam selang masa tu, Tashkent dah bebas dari Soviet Union. Siapa minat Dr Sheik Muzaffar mesti tahu dekat mana beliau berlepas pergi angkasa. Tempat tu dalam negeri Kazakhtan. Area jajahan Soviet Union lah dulu ni. Kalau tak salah dalam sejarah Kerajaan MONGOL dulu pun dekat tempat Soviet Union nilah.

Memang layak jadi finalis hadiah Sako....nak2 lagi kategori novel nasional tu.

LUKA. Belah, cedera; pedih, sakit hati menanggung kecewa.
Yang membawanya hadir ialah peka-------oleh asuhan deria, ilmu, pengalaman, tahu, ingat, iman, nur Ilahi.

Hatiku terluka di Bukhara rakaman perjalanan kehidupan:
akan hebat tingginya tamadun suatu bangsa
tentang makna dan harga kebebasan dalam penjara ideologi
tentang makna sama rata dalam tafsir kesaksamaan nafsu
kisah luka manusia hilang hak, hilang emosi
kisah luka manusia mengutip iktibar di depan mata

Sekian.

1 comment:

Anonymous said...

saya mencari buku ini utkdibeli...plscall 0172910812