Tuesday, November 30, 2010

Realiti yang pasti!!

As-salam.....
Esok dah nak masuk bulan terakhir untuk tahun 2010 ni.
Maknanya tak sampai sebulan je lagi nak tempuh hidup baru sebagai cikgu baru.

Beberapa hari lepas LY baca notes dari Asyen Kamen Jr. a.k.a Aizan. Kawan LY yang bakal jadi cikgu sekolah rendah tak lama lagi. Notes yang beliau tu tag adalah realiti seorang guru biasa. Yang mana orang2 macam LY dan kawan2 yang lain bakal tempuhi.

Inilah realiti seorang guru biasa.
Kepada orang yang pernah memandang rendah karier seorang guru, diharapkan anda mengubah sudut pandangan anda.

  1. Menulis rancangan mengajar
  2. Menanda kedatangan murid/pelajar
  3. Menanda buku kerja murid. 1 murid = 3 buah buku. 1 kelas = 45 orang murid. Jumlah Buku bagi 1 kelas = 135 Buah buku. Seorang guru akan mengajar sekurang-kurangnya 5 kelas > 5 X 135 = 675 Buah buku.
  4. Menghadiri/ mengendalikan pelbagai jenis mesyuarat - Mesyuarat JKK sekolah - Mesyuarat Guru - Mesyuarat Sukan - Mesyuarat Panitia seorang guru mungkin ada 2 panitia - Mesyuarat PIBG - Mesyuarat Kelab Guru - Mesyuarat Kokurikulum - Mesyuarat Program lebih dari 6 program anjuran sekolah Hari Guru Maulidur Rasul Maal Hijrah Kemerdekaan Bulan Bahasa Hari Anugerah Sekolah Selamat
  5. Aktiviti kokurikulum, kadang-kadang seorang guru bertanggungjawab terhadap 2 unit - Perjumpaan unit uniform kekadang hadir Sabtu - Perjumpaan permainan tambah untuk pertandingan pulak - Perjumpaan persatuan / kelab - Latihan rumah sukan setiap minggu
  6. Menghadiri pelbagai jenis kursus dalaman / luaran
  7. Mengisi pelbagai jenis borang. Borang keluar masuk & buku keluar masuk Borang emis / hrmis/ label Buku Hadir Kursus / balik dari kursus Borang Fleksi PMR / SPM Borang kehadiran murid ke kelas fleksi Buku Pemantauan / salah laku murid Buku catatan relief guru Buku tugasan mingguan Laporan mingguan Laporan keceriaan Borang menghantar dan mengambil kertas peperiksaan selepas mengawas peperiksaan Buku Kokurikulum murid Borang permarkahan kokurikulum
  8. Menghantar murid ke Klinik
  9. Mengisi maklumat murid di dalam file peribadi
  10. Menceriakan bilik darjah selalunya duit poket sendiri
  11. Mengisi markah ujian/ peperiksaan
  12. Mengisi data murid SMM
  13. Menangani masalah disiplin murid / pelajar
  14. Memasukkan data disiplin di dalam e-disiplin
  15. Melayani karenah Ibu Bapa / penjaga
  16. Mengecat sekolah.
  17. Membersihkan bilik / stor / bilik khas
  18. Menganjurkan program-program wajib (Hari terbuka dsb)
  19. Menyiapkan program Head Counting
  20. Melaksanakan pelan tindakan PPD, JPN (seperti KIA2M, etc)
  21. Menyiapkan file gerko, persatuan, kelab dan sebagainya
  22. Menghantar murid ke pertandingan atau kejohanan
  23. Mengendali masalah / kebajikan murid
  24. Menunggu semua murid pulang sebelum guru pulang.
  25. Mengadakan kelas tambahan, kelas intensif dan sebagainya
  26. Menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM)
  27. Berniaga (jualan hari kantin, etc)
  28. Menjaga kebajikan murid / ke rumah murid bermasalah
  29. Bekerja lebih masa (menyiapkan pentas, backdrop, banner dsb)
  30. Menyediakan kertas peperiksaan / ujian
  31. Menanda kertas peperiksaan / ujian. 1 subjek 2 paper. 2 x 45 = 90. 90 x 5 kelas = 450 kertas
  32. Perkembangan staf
  33. Mengendalikan perhimpunan murid
  34. Gotong-royong kadang2 guru perlu bawa semua alatan


* Terdapat lagi tugasan sebagai seorang guru terutama yang ada tugas khas….. tetapi cukuplah sekadar ini untuk nilaian kita bahawasanya tugas seorang guru amatlah berat. Walaupun kita sering menganggap cikgu cuti banyak dan sebagainya. Tetapi hakikatnya tugas seoran guru amatlah berat. Jarang sekali bagi pekerjaan lain membawa balik kerja-kerja pejabat ke rumah, berbanding guru yang terpaksa menanda buku dan menulis rancangan mengajar sehingga lewat malam. Sungguh besar pengorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa kita. SELAMAT BERJUANG SEMUA GURU-GURU HANYA ALLAH SAHAJA YANG DAPAT MEMBALASNYA…

.[kenangan belakang pentas bersama pelajar persembahan dikir barat  SMTKj]

~batubersurat: jika kamu ingin bahagia di akhirat, didiklah manusia~

No comments: