Tuesday, October 19, 2010

Aqiqah AJAS 3

Ni lanjutan kisah majlis Aqiqah AJAS pada 10/10/10 yang lepas....
Gambar yang aku upload ni sequence nya terbalik lah...


 Ni dulang Arissa....yang dalam air kelapa tu ada rambut Arissa....orang2 tua kata, simboliknya sebab nak bagi kepala budak tu sejuk je sampai besar....kalau ikut logik orang tua2....air kelapa tu kan elok untuk oang yang demam....sebab tu lah rambut tu letak dalam air kelapa tu...lepas u air tu di buang dekat dengan pokok pisang sebab dia pun sama jugak....
 Ada 2 bekas?? Kenapa pula?? Sebenarnya, anak buah aku yang no 8 tu pun tak sempat cukur jambul lagi...so bagi memeriahkan majlis, kita buat serentak....so yang sebelah tu Adelia Najla binti Opanizam yang punya.....
Dulang tu main peranan penting sebab orang2 tua (lelaki) yang nak cukur jambul tu selalunya akan letak duit....korang pernah tak ikut mak korang pergi tengok baby baru lahir kat kawasan rumah korang....
selalunya mak korang akan selitkan duit bawah bantalkan...tapi orang zaman sekarang bawa hamper besar..(tak baik menunjuk2)...tu tanda sedekah untuk baby baru tu....tapi korang pernah tengok ke ayah2 pergi melawat anak2 jiran yang baru lahir????
Maka bila ada kenduri macam ni lah baru ayah2/atuk2/pakcik2 tu berkesempatan nak bersedekah dekat baby yang suci murni tak ada dosa tu sebab diorang kan sibuk kerja (pernyataan berdasarkan pemerhatian kepada encik Ramli tersayang)

 Ni lah dia Adelia Najla....dengan gau putih renda merah jambu (tak perlu gatal2 nak letak PINK dalam ayat)

 Rissa tidur masa tu...maka senanglah papa dia nak dukung dan orang2 lelaki nak gnting rambut AJAS tu...yang pakcik baju oren tu, dia tolong bawak dulang....
Selalunya orang akan ambil rambut dari beberapa tempat sambil berdoa dan selawat...ada jugak yang doa dulu baru ambil rambut....lepas tu diorang cium lah kat waris diorang yang baru lahir ni....

Lepas habis pusingan tu,  AJAS ditelakkan dalam buai....marhaban disambung balik sampai habis bacaan doa, AJAS duduk dalam tu....baik kan perangai anak buah aku yang sorang ni....
Tidur je dia....sayang Atam lebih tau.....(semua pun nak gila kuasa)...

 Akhirnya AJAS buka juga mata bila mama dia nak ambil bawa keluar.....
Untuk apa???? Mestilah sesi fotografi....
Gambar2 cun ada dalam kamera.....sambil2 pegang kamera still boleh snap guna fon C902...

gambar kenangan orang yang bertema putih pada hari kejadian....
Yang lain2 tak join bergambar sebab sibuk layan tetamu dekat bawah....
Tengok lah saya, berbaju putih krim....lama dah baju tu....masa form 3...
Baju masa khatam Quran sempena majlis kahwin along....
Masih okay sebab pakai untuk majlis tertentu je...
Yang kepala kat bawah tu diorang sibuk nak main....tak peduli nak ambil gambar...

Sampai situ je la kisah majlis Aqiqah n majlis cukur jambul Arissa Jazielah Agus Salim....

~futnot:penat lipat baju tadi~

No comments: