Wednesday, October 20, 2010

S-E-R-I-U-S

Seriusnya title entry...
Serius aku TAK nak merepek...
Serius aku TAK nak merapu...
Serius aku nak mula serius...

Mulai hari ni...kita (kalau korang nak ambil bahagian dipersilakan)....kita akan membincangkan hal2 yang serius sahaja (canggih tak bila guna perkataan yang penuh dalam ayat??)!!!

Perkara serius pertama yang harus kita bincangkan adalah JODOH!!! 
Dengan serius, saya masih berharap dapat menjadi pasangan hidup kepada lelaki dalam gambar di bawah ini......
Kenal tak??? Beliau ni la JODOH aku (serius aku tengah memikirkannya)....
Nama beliau, Prince William Arthur Philip Louis....
Serius dari sekolah rendah aku dah kenal mamat ni.....disebabkan keseriusan aku yang suka membaca surat khabar dan majalah.....

Dari  situ la aku kenal dia....cerita2 pasal kerabat dia...yang menjadi kemuncak aku tak pernah lupa  ikut perkembangan mamat ni lepas dari tragedi Lady Diana mati accident (sila gunakan 'kemalangan' jika menulis karangan rasmi)...
Masa tu aku darjah 4. Umur baru 10 tahun, aku dah baca story2 kerabat2 serata dunia.....cayalah Yan....

Dalam majalah Nona (majalah yang mak aku baca untuk tengok contoh baju fesyen masa aku kecik2).....selalu ada cerita pasal Lady D....dan gambar Willy  selalu terselit dalam tu...dan beliau ni memang comel yang buat aku JATUH bedebug duduk kat  kerusi menjadi tekun nak membaca dan nak tengok muka dia dalam majalah tu....
Jom....imbau kenangan muka comel Willy masa kecik...
Comelkan buah hati saya????

 Serius aku tak pernah lupa dengan mamat ni....sampai sekarang walaupun rambut dia dah tak ada (mungkin lebih sopan kalau aku kata rambut dia berkurangan)...


Aku masih serius nak tahu perkembangan dia walaupun merobek dan melukakan hati aku.......(dah macam lirik lagu LY dan Baiduri je)
Siapa pulak ni???? 
Serius aku jealous dengan minah ni....
Serius aku tak nak upload gambar dia.....tapi disebabkan perkembangan terbaru Willy adalah berkait rapat dengan minah yang bernama Kate Middleton ni, (jangan harap aku nak bold dan underline nama ko.....I hate you!!!)

Tahap keseriusan aku mengikuti perkembangan Willy kian bertambah sejak gambar macam ni makin kerap keluar di Yahoo dan Google...
SEEEEERRRRIIIIIIUUUUUUSSSS aku jealous a.k.a cemburu.......

Kalau korang perasan dan belek2 info aku kat FB atau pernah nampak aku punya alamat email.....korang perasan tak alamat email aku tu.....
willy_azian@yahoo.com
Keseriusan aku minat sangat2 dengan William ni sampaikan nama email aku pun letak nama dia. 
Serius ke tak serius aku minat kat dia......

Serius aku kena berhenti menaip pasal beliau ni..... 
Serius aku akan sedih sebab dia tinggal beribu batu nautika dari bumi Malaysia ni....
Serius aku kecewa sebab kebarangkalian aku nak jumpa dia sangat2 menghampiri kosong....
Serius aku berduka sebab tak dapat pahala besar sebab nak bawa dia masuk Islam sebab kebarangkalian ada hubungan dengan dia adalah tiada kebarangkalian...

Sampai sini sahaja perkara SERIUS yang pertama dapat dirungkaikan....
Dengan serius saya mahu anda nantikan rangkaian topik serius yang akan dibincangkan tak lama lagi....

~futnot:sampai zaman U masih kendong gambar Willy....ada yang kat dalam dompet...poster dinding...poster fail.....wallpaper laptop....SERIUS sekarang ni tak buat sebab tak nak kena gelak dengan anak murid~

2 comments:

dD said...

SERIUS ko nak berlakikan si willy ni ke??jgn derr...cari yg beriman...hahaahahaahhaha

Cik Ya-Alif-Nun said...

serius aku main2 la...
smpai ke tua la aku tak kawen kalo tgu willy...
entah2 Malaysia pun dia tak tau...