Friday, October 1, 2010

Bulan baru

Chak ke chak bum....
Bum bum chak...
Sindrom apa pula lah tengah hari Jumaat ni...
Tak faham betul la cara penulisan hati ni....
Betul2 tak faham cara nak menulis rasa hati ni.....
Hahahaha...tipu belaka....
Sebenarnya terlebih faham yang hati tengah berbunga2 riang bagai bunga matahari kembang berseri.....
(Ayat tak nak kalah je....budget budak sastera la tu)

Hari ni 1 Oktober 2010.
Apa yang kita harus tahu pada tarikh ini.
Tak payah susah2 nak fikir. Biar je aku bagi jawapannya.
Tarikh ni adalah tarikh sehari selepas tahu berita gembira semalam.
Hahaha.....
Asbestos hijau punya jawapan.


Siapa2 yang masih berada di awangan kegembiraan, sila keluar dari awan putih tu sebab ada kawan yang tengah duduk dalam awan kelabu. Diorang belum boleh nak happy macam kita. Diorang tengah berdebar tunggu nak pergi interview nanti. Maka jangan nak lebih2 tunjuk kegembiraan anda tu.
Sila bersederhana meng-ekspresi feeling anda tu.
(Peringatan kepada penulis sebab menyemak kat wall kawan2 dengan ucapan tahniah)

Hari ni 1 Oktober....
Aku tahu tarikh ni sebab aku dengar Abby Fana berceloteh dekat Sinar.fm yang aku pasang kuat2 sambil potong kuku.
(Korang tak potong kuku ke??? Hari ni hari Jumaat tau tak....banyak pahala buat benda sunat hari ni...)

Tiba2.....(selalu aku sebut tetiba je... tapi tulis kat sini tetiba jadi Tiba2)
Yan ni dah mula la nak merepek cerita dongeng nenek kebayan pelupa ke ape???
Tiba2....aku teringat....hari ni hari jadi Siti Hawa Shahidan (aku tau la korang suka sebut besday kan....ceh...nak cakap mat salleh je korang ni)

Siti Hawa ni....(nama wanita pertama yang dicipta di bumi tu....pheeewwiit)
...kawan baik aku masa dekat Kolej Matrikulasi Pulau Pinang(KMPP) dulu...
Kawan baik mestilah dari kelas yang sama kan....haa...betullah tu...
Sama kelas....Hayat 4 Praktikum 4 (H4P4)...dah tu satu blok plak...bertambah baik la...
Aku suka lepak bilik dia sebab mengadap highway dan jelas nampak Gunung Jerai.
Info tok korang hari ni....bilik aku mengadap cafe Blok B n Blok B3.
Dia ni comel...(korang tau tak apa definisi comel sebenarnya??? Benda subjektif kan....susah nak describe....so faham2 sendiri sudah)....

Beliau sekarang ni buat MEDIC ataupun dalam bahasa rasminya  bakal jadi DOKTOR tahun depan. InsyaAllah.....
Semoga cepat dia boleh jadi doktor peribadi aku nanti...
Tiba2 teringat dekat kamu wahai Hawa....
Yang tak kedekut nak kongsi ilmu.
Beliau belajar ala kadar je...tapi bila dia mengajar....dia blander pensil shaker dengan A4 paper nak explain dekat aku pasal BIOLOGI tu.
Terbaiklah kamu kawanku....

Dua2 sem dia dapat 4.00. Memang termakbul doa dia nak buat medic dekat USM.
Sekarang ni tak tahu pun pe perkembangan beliau....
Almaklumlah aku kan malas nak mesej2 dengan kawan2 ni even kawan baik sendiri.
Kesian siapa2 yang jadi kawan Yan.


Yang pasti bila tengok gambar dia dekat FB tu terubat juga rindu dan aku tahu dia baik2 je.
Rindu kat Hawa...uuuuwaaa....nak peluk Hawa....nak tidur kat bahu Hawa yang empuk tu...

Selamat hari lahir sahabatku, Semoga Hawa sentiasa di bawah lindungan Allah, murah rezeki dan bahagia selalu.

Okay...sampai sini saja merepek di tengah hari Jumaat yang mulia dan penuh rahmat.
Kalau ada story best yang berlaku hari ni, lain entry pulak aku merepek.

~notakaki: Saudara Mohd Akmal, Timb YDP JPP KMPP tu jadi coursemate Hawa~

4 comments:

dD said...

akmal??yg mane eh...ingat2 lupe ah..yg aku plaing knl si alim tu..hahaha...mamat poyos..opsss..

Lady Ya-alif-nuN said...

akmal yg jd timbalan alim tu...
budak fizik...
F4P4....senyap je die...
yg dpt 4.00 jugk...yg jd plajar terbaik...

ciK PeLAngi said...

yan..saya jugak lahir bulan 10..haha..sediakan hadiah ye

Lady Ya-alif-nuN said...

hadiah dlm bentuk entry boleh la...skg lom keje lg...