Sunday, January 9, 2011

Kembara ATIQ WAZIF - satu anugeraH

Salam sayang semua.
Semalam LY dah habis baca travelog dari Hasan Suyut dengan tajuk dekat atas ni.
First of all, confirm2 lah nak mengaku yang LY menangis masa baca ending cerita ni.

Ni review pasal travelog ni.

Hasan Suyut ni seorang bisnesman. Bisnesman yang bukan calang2. Bisnes deal dengan orang luar negara selalunya. Wife dia cikgu Dora. Tahun 1997, diorang dah ada 3 orang anak. Lepas tu diorang dikurniakan lagi seorang anak lelaki yang diberi nama Atiq Wazif.

Sepanjang tempoh cikgu Dora mengandung, macam2 benda pelik berlaku. Beliau mimpi mengenai seorang perempuan nak ambil anak dia. Lepas tu insiden kucing melintas dan kena langgar dengan kereta yag memotong diorang dekat highway.Cikgu Dora pun ada nampak bintang2 yang bersinar.


Lepas Wazif lahir, kehiduan keluarga ni berubah 360 darjah. Keluar masuk hospital perkara biasa. Doktor tak dapat mengeluarkan apa2 diagnosis mengenai penyakit Wazif. Wazif kanak2 istemewa tanpa ada nama penyakit yang spesifik. Doktor menyatakan Wazif tak ada harapan untuk hidup. Sehingga usianya 3 tahun, Wazif belum boleh berjalan. Wazif hanya tulang yang diselaputi kulit.

Perjalanan macam mana penulis dan isterinya menguruskan Wazif dengan tabah. Mereka terpaksa bergilir2 menjaga Wazif. Rawatan perubatan yang melebihi ratusan ribu.

Penulis juga membuat rawatan alternatif. Wazif selalu menangis lama dan tanpa henti. Ada makhluk  lain yang bersama dengan Wazif. Dari rawatan Islam hinggalah ke bomoh, semuanya dilakukan oleh Hasan. Demi anaknya. Sanggup meredah jalan yang jauh untuk mencari penawar Wazif. Satu hari, bila Wazif tanpa henti menagis sehingga petang, cikgu Dora, penulis dan anak2nya tanpa henti membaca surah 4 Qul. Seiring dengan itu juga, suara meminta tolong sayup2 kedengaran diiringi nyalakkan anjing yang kuat. Akhirnya, bila penulis melaungkan azan selepas suara2 tu hilang dan Wazif berhenti menangis.

Wazif yang tidak seperti kanak2 normal sering jatuh sakit dan keluar masuk hospital.
Penulis tak pernah berputus asa dalam mencari punca penyakit Wazif. Berbagai usaha dilakukan.
Perjalanan melakukan terapi bersama Kak Ro membuka ruang harapan kepada Wazif. Ada sedikit perubahan. Selepas itu Wazif mengikuti terapi di Bukit Antarabangsa.

Penulis berkorban masa untuk mengubati Wazif. Beliau sanggup meninggalkan kemewahan dalam mencari harta. Kesibukan kerjaya bertukar kepada kesibukan mengubati Wazif. Pengorbanan yang dilakukan oleh seorang ayah terhadap anaknya.

Walaupun mengalami krisis kewangan, berkat keikhlasan menjaga Wazif, segala perjalanan keluarga ini dalam menempuh ujian dipermudahkan. Ada saja tangan2 yang sudi membantu bila diperlukan. Penulis membawa Wazif menjalani terapi di Erkang Hospital di Beijing. Di sana, terapi yang dilakukan membolehlkan Wazif berjalan. Penulis berpisah dengan isteri dan anak2 sepanjang di Beijing.

Walaupun Wazif telah boleh berjalan sikit (umur 6-7 tahun), penulis masih lagi berusaha mencari alternatif lain untuk mengubati Wazif. Perjalanan mencari kaedah perubatan Wazif membawa mereka sekeluarga ke Orlanda, Amerika Syarikat. Perjalanan 5 hari dari Malaysia ke Orlanda sungguh mencabar. Tetapi, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Wazif kini (2008)  boleh berjalan tanpa bantuan dan boleh bersuara menyebut "mamma...pappa"
Penulis meninggalkan bisnes demi mengurus Wazif.

Kata penulis beliau bukan meninggalkan kerjayanya, tetapi menangguhkan seketika sahaja.
Bukan sahaja penulis yang berkorban demi Wazif, bahkan kakak dan abang2nya juga berkorban.
Sungguh terharu bila, kak long (Atiqah), Waaiz dan Wafeeq sanggup memberikan wang tabungan mereka kepada papanya demi membeli tiket untuk adik bongsu mereka yang sering ditinggalkan bila penulis membawa Wazif berubat ke luar negara. Ketika itu anak2 penulis berumur sekitar (8-12 tahun).

Part yang LY paling terharu bila penulis menceritakan tentangnya Wafeeq memberi kad hari lahir kepadanya.
ta pada kad sungguh menyentuh hati. Penulis menyatakan kesyukurannya di berikan ujian melalui kehadiran Wazif. Penulis meninggalkan kehidupan yang menjurus kepada keduniaan semata2. Penulis menyatakan kesedaran tentang pengabaian masa berharga bersama keluarga yang pernah dilakukannya. Penulis sungguh bertuah menyatakan Wazif adalah satu anugerah.

Kini, pengorbanannya meninggalkan Malaysia, kerjaya demi Wazif berbaloi bila anak2nya yang lain turut berjaya dalam bidang akademik dan sosial.

Akhir kata dari penulis yang menggambarkan perjalanan kembara Wazif ini berbunyi seperti ini

Tempoh itu walaupun getir namun mematangkan kami. Kami memahami apa itu erti SEDIH, MALU, SEDU, DERITA,KECEWA, DUKA, LARA. Namun apa yang lebih penting, kami lebih memahami apa itu erti TABAH, KASIH, SAYANG, GIRANG, BANGGA, BAHAGIA, TAKWA,SABAR.IKTIBAR.

Dalam buku ini jugak di selitkan gambar2 sepanjang tempoh rawatan Wazif di beberapa negera dan tempat. Ada juga panduan yang sangat2 berguna kepada ibubapa dan juga bakal2 ibubapa bagaimana melahirkan anak2 yang cemerlang dari semua aspek.

LY sangat2 terharu dengan pengorbanan yang telah dilakukan oleh penulis dan ketabahan keluarga ini dalam menempuh ujian yang hebat ini. Bila LY membayangkan kehidupan LY macam ni, LY menangis dalam hati, mampukah LY mengharunginya dengan ikhlas???? Mampu LY untuk tidak menafikan takdir Allah. Semoga Allah memberikan ketabahan yang tinggi kepada LY dalam menempuh ujian-Nya.

Kepada mak abah, adik beradik, anak2 buah......Atam sayang semua. Semoga LY sentiasa ingat dimana bumi dipijak!

~batubersurat: kepada kaum Adam, ini buku wajib baca~

2 comments:

therosputih said...

sangat bagus la ini cerita, mau nangis berkoyan2 nih...nnti bakal beli jugak lah...

Dr Wan said...

Assalamualaikum..kepada ibu bapa yg memiliki anak istimewa seperti masalah Autism,Dyslexia,Cereb Palsy ,Sawan sila berhubung terus dengan saya untuk mendapatkan rawatan secara holistik di Pusat Rawatan Fitrah Healthcare Centre Gombak.Jaminan dlm tempoh 6 bulan akan menampakkan perubahan.
call/whatapp-019 6676236 -Dr Wan