Saturday, January 8, 2011

:: LY menangis kerana ATIQ WAZIF ::

Sabtu yang indah.
Hari bersenang2 tanpa kerja.
Tadi LY keluar ke Seremban. Teman Ain dan Fiza beli buku rujukan dekat Popular Terminal-One.
Tapi LY pun nak cari buku rujukan sendiri jugak.
Walaupun dekat sekolah dah ada buku rujukan, tapi tetap nak yang sendiri punya.
LY cari buku latihan untuk pelajar2 lemah.

Dekat Popular susah betul nak cari buku latihan dan rujukan untuk pelajar lemah.
Semua buku untuk yang high level je.....
Susahlah budak2 lemah nak belajar.
Buku semuanya latihan yang susah2.
Nak cari dekat kedai2 buku biasa ni, tak ada transport nak pergi.

Lepas je dapat buku yang sesuai, LY pun jalan2 dalam Popular.
Niat hati nak baca novel. Sambil usha tajuk, sambil baca isi kandungan atau sinopsis dekat belakang.
Tu habit tak baik korang jangan tiru!!!!

Mula2 nampak, buku masak2. Teringat dekat Danny yang beli buku masak2 dekat Mid Valley untuk mama dia dekat Labuan sana tu. Sebelah buku masak2 tu, adalah pulak buku motivasi.
Dah lalu tu, selak2 lah jugak. Buku HM Tuah ada. Buku jutawan MLM ada...buku buat bisnes dari rumah ada....macam2 ada.

Sampailah dekat barisan buku rak bawahi, LY pun cangkunglah. Penat dah kaki ni berdiri lama sangat.
Sambil mencangkung, LY capai satu buku ni. Langkah pertama sebelum buka isi dalam adalah tengok cover belakang. Sebab??? Sebab dekat belakang tu selalunya ada sinopsis, ataupun review dari orang lain, atau kata2 dari orang lain mengenai cerita/penulis tu.

Kata2 dekat belakang tu menarik minat LY untuk bukak page yang dalam.
Selak.....baca.......baca........baca.......selak langkau sikit.....baca.......baca.......
Owh....tidak, air mata boleh keluar meleleh dekat situ dengan keadaan mencangkung. Makcik yang kat sebelah dah pandang2. Okay, kesat air mata dengan tudung. Bersihkan yang tersangkut dekat spek. Bangun cepat2. Ouch....kaki kebas....adui...macam mana boleh tak sedar yang lama sangat mencangkung tadi.

Betul2 kan paksi dan koordinasi badan. Stabilkan imbangan dan menormalkan adrenaline. Terus beratur nak bayar buku rujukan dan latihan termasuk buku tadi.

Tu baru baca 10% dari keseluruhan. Dah berjurai air mata. Macam manalah gayanya kalau dah habis baca nanti.

Malam ni nak habiskan buku tu......
"Buku tu" bukan novel. Tapi adalah TRAVELOG: Kisah benar. Buku ni mula2 keluar tahun 2008.

Tajuk dia, KEMBARA ATIQ WAZIF- SATU ANUGERAH. Penulis buku ni adalah ayah kepada Atiq Wazif sendiri, iaitu Hasan Suyut. Siapa yang pernah baca, sila angguk kepala dan mengaku yang hati korang rasa sayu, pilu, terharu, bersyukur, respect, dan lain2 yang seerti dengannya.

~batubersurat: nanti LY buat review pasal buku ni.....excited ni first time nak buat review~

1 comment:

ismatulnabilaismail said...

kak yan!! kem slam kat teminal 1..
tempat saye pusing2 time kat smap labu dulu.. haha